PENGUMUMAN
TAKWIM PEPERIKSAAN
Wednesday, April 28, 2010
Projek Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3 Bahagian B
1.Menulis esei yang tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.
Soalan: Bagaimanakah sambutan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuhkan dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?
Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat dibentuk melalui kajian terhadap perayaan kaum tertentu seperti…………. kerana melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan meneruskan perayaan warisan bangsa ini.Dengan meneruskan dan memperkenalkan perayaan ini kepada generasi depan, bermakna mereka juga menyemai perasaan patriotik. Sekaligus menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam ertikata lain, melalui prinsip perayaan ini, kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa.
Melalui sambutan terhadap perayaasn ini juga , kita dapat menyemai semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk. Dalam melaksanakan sambutan perayaan ini di Malaysia, kita juga dikehendaki bekerjasama dan tolong menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau semangat bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota masyarakat.
Dalam melaksanakan sambutan hari perayaan juga, masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi Aktiviti seperti seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi undang-undang walaupun ketika mengadakan sambutan perayaan kaum masing-masing. Keadaan ini jika disemai berterusan akan melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadap peraturan negara.
Proses menyambut peristiwa perayaan kaum juga mempamerkan sikap rajin dan gigih . Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan sambutan biasanya dilakukan secara kerjasama berpasukan bermula daripada keluarga, kaum, masyarakat dan negara. Dalam proses menjayakan peristiwa ini, kita juga perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran bagi melengkapkan perayaan tersebut. Sikap rajin, tabah dan berdikari ini akan menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara.
Rakyat Malaysia juga telah memperlihatkan Semangat kekitaan yang tinggi, dengan menunjukkan sikap bersatu padu dan berharmoni. Sikap masyarakat pelbagai kaum yang bertolak ansur dan bertoleransi memudahkan proses hormat menghormati antara satu sama lain. Situasi ini sekaligus akan mengwujudkan keadaan muhibbah atau semanagat bermasyarakat yang tinggi, sekaligus mempu mengwujudkan negara yang aman dan makmur.
sumber : dj love sejarah
Posted by ken at 1:54 AM
Thursday, April 15, 2010
KERJA KURSUS SEJARAH TINGKATAN 3 TAHUN 2010
CONTOH 1
kerja kursus sejarah pmr 2010(Hari Raya Aidilfitri)[ KEN LEE ]
CONTOH 2
KERJA KURSUS SEJARAH TINGKATAN 3 TAHUN 2010 [ KEN LEE ]
CONTOH 3
Kerja Khursus Sejarah 2010 [ KEN LEE ]
CONTOH 4
SENARAI KANDUNGAN
ASPEK ........................................................MUKA SURAT
1.TAJUK KAJIAN
2.SENARAI KANDUNGAN
3.PENGHARGAAN
4.OBJEKTIF KAJIAN
5.KAEDAH KAJIAN
6.HASIL KAJIAN
7.RUMUSAN
8.LAMPIRAN
9.RUJUKAN
____________________________________________
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Kerja Kursus Sejarah ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi besar kita Muhammad s.a.w dan kepada ahli keluarganya, seterusnya kepada para sahabat baginda dan para tabi'n, para alim ulama sehinggalah kepada sekelian hamba-hamba Allah yang mengikuti jejak langkah mereka
Seinfiniti perhargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada __________________selaku pengetua SMKSR yang banyak memberi sokongan kepada para pelajarnya.
Penghargaan tidak terhingga juga saya tujukan kepada_________________________ selaku _____________________ saya yang terlalu banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudahcara saya sepanjang proses menyiapkan KERJA KURSUS Sejarah ini. Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Kerja Kursus Sejarah ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya.ucapan penuh kasih sayang juga saya tujukan buat ayah__________________________dan ibu____________________________________.terima kasioh atas segalanya
Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin saya akan dapat menghasilkan KERJA KURSUS SEJARAH sebaik ini..
Jutaan penghargaan juga diucapkan kepada semua ______________________ yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menyiapkan KERJA KURSUS ini.
Semoga Allah s.w.t. memberikan ganjaran pahala yang besar kepada semua hamba-hamba-Nya yang banyak membantusaya dala menyiapkan KERJA KURSUS ini. Amin.
____________________________________________
OBJEKTIF KAJIAN
1. Kajian yang saya lakukan ini dapat menjadikan saya seorang insan dan manusia yang menghargai dan bersyukur kepada ALLAH terhadap apa yang dikurniakan kerana HARI RAYA AIDILFITRI adalah hari kemenangan umat Islam seluruh dunia.
2. Melalui kajian ini juga saya mengetahui jenis-jenis perayaan tradisi pelbagai kaum yang terdapat di negara Malaysia ini seperti hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidil Adha, Tahun Baru Cina, Depavalli dan Cristmast.
3. Melalui kajian ini juga saya mengetahui sejarah Hari Raya dalam Islam dan konsep Hari Raya dalam Islam yang jelas menunjukkan bahawa ia perayaan keagamaan dan ia disambut sebagai satu ibadat.
4. Melalui kajian ini juga dapat melahirkan kerjasama antara saya dengan guru, ibu bapa dan rakan-rakan dan mereka yang terlibat dengan kajian ini.
____________________________________________
KAEDAH KAJIAN
1. Kaedah kajian yang saya gunakan ialah kaedah internet. Bahan-bahan untuk kajian ini saya perolehi daripada internet dengan melayari lama-laman web yang berkenaan dan berkaitan dengan tajuk kajian.
2. Kaedah kajian perpustakaan. Saya mencari tajuk kajian daripada buku-buku ilmiah yang saya pinjam dan perolehi daripada perpustakaan sekolah ini dan sekolah-sekolah lain.
3. Kaedah temubual juga saya gunakan dalam kajian ini, iaitu saya menemubual ibu dan ayah saya berkenaan dengan perayaan ini. Mereka sebagai orang sumber yang menjdi rujukan utama saya semasa menyiapkan kajian ini.
4. Kaedah majalah. Saya juga mencari bahan-bahan berkenaan tajuk kajian ini melalui majalah-majalah yang berkaitan.
____________________________________________
RUMUSAN
Bertitik tolak daripada kajian yang saya lakukan ini terdapat beberapa unsur patriotisme yang saya perolehi.Melalui tajuk kajian yang telah saya siapkan ini menjadikan saya seorang yang bersyukur dan menghargai perayaan ini kerana perayaan ini merupakan perayaan keagamaan yang dituntut dalam agama saya. Saya juga berasa bangga dengan perayaan ini kerana ia merupakan perkara istimewa dalam hidup saya.
Melalui kajian ini saya dapat mengetahui serba sedikit latar belakang perayaan yang ada di Malaysia ini.Perayaan tradisi akan disambut oleh semua kaum yang ada di Malaysia ini. Sama ada kaum Melayu, Cina atau India.Perayaan tradisi ini melahirkan perpaduan terhadap bangsa di Malaysia, melahirkan nilai hormat-menghormati antara kaum dan perpaduan bertambah erat dengan kunjung mengunjung antara kaum semasa perayaan.Kegembiraan dikongsi bersama.
Sebagai rakyat Malysia saya berbangga dengan negara saya kerana di negara ini terdapat pelbagai kaum dan perayaan tradisi.Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum.Saya amat menyayangi negara Malaysia. Salam Satu Malaysia.
Posted by ken at 8:30 PM


Gladys
Jane