BLOG INI DITERBITKAN UNTUK MEMUDAHKAN ANAK-ANAK MURID SAYA MEMUAT TURUN LATIHAN, NOTA, JAWAPAN CONTOH , RAMALAN DAN MEMBERIKAN CADANGAN. BAHAN-BAHAN DALAM "SUDUT PELAJAR" HANYA UNTUK RUJUKAN MURID-MURID KEN SAHAJA. HAL INI BERLAKU DEMIKIAN KERANA SESETENGAH BAHAN DALAM SUDUT PELAJAR MERUPAKAN BAHAN KAWALAN HAK CIPTA, OLEH ITU SAYA TIDAK BERHAK MENGUMUMKAN BAHAN-BAHAN PILIHAN TERSEBUT. JADI, JANGAN MARAH SEKIRANYA ANDA TIDAK DAPAT MELAYARI "SUDUT PELAJAR". SILA HUBUNGI SAYA MELALUI MSN: kenlee@live.com.my SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU PERMINTAAN. SAYA SEDIA MENOLONG. TERIMA KASIH.
Lihat gambar rajah di bawah , huraikan pendapat anda tentang gejala vandalisme di Malaysia. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Gejala Vandalisme di Malaysia
Perbuatan vandalisme merugikan dan mencemarkan imej negara. Namun begitu, perbuatan ini kerap berlaku . Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan bagi membanteras vandalisme.
Tanggungjawab membanteras gejala ini terletak di bahu semua pihak kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Didikan dan perhatian daripada ibu bapa dapat melahirkan warganegara yang berhemah.
Pihak sekolah merupakan organisasi yang paling penting dalam senario ini. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka lebih dekat dengan golongan tersebut. Pihak sekolah wajar menghukum pelajar yang melakukan vandalisme .
Selain itu, pihak kerajaan dan media massa turut berperanan penting dalam mendidik masyarakat agar menjaga harta benda awam. Masyarakat boleh membuat laporan atau menasihati golongan remaja khususnya jika ternampak kejadian ini berlaku.
Kesimpulannya, kita harus menjaga harta benda awam kerana kemudahan yang disediakan untuk kesenangan bersama.
Fuad ialah seorang pemuda yang berketurunan Cina dan beragama Islam. Selain nama Fuad, dia juga memiliki dua nama lain iaitu Joshua dan Abdul Halim. Ayahnya ialah Robert Lim yang berketurunan Cina dan berkahwin dengan Mariana yang berketurunan Melayu. Walau bagaimanapun, hidupnya penuh dengan liku kerana sejak kecil lagi dia tidak mengenali dan tidak mendapat kasih sayang daripada ibu dan bapanya. Dia dibesarkan oleh Peter Lim iaitu bapa saudaranya yang juga adik kepada Robert Lim iaitu ayah kandungnya yang sebenar. Selepas itu dia menjadi anak angkat kepada Pak Ismail dan Mak Salmah. Fuad berusaha untuk mencari kubur ibunya yang disangkanya sudah meninggal dunia. Fuad mendapat sokongan
Fuad yang telah diminta moral daripada Pak Ismail, Mak Salmah, Peter Lim, Swee Lan, dan Robert Lim sendiri memberikan bantuan untuk mengesan ibunya melalui cincin yang diberikan Robert Lim kepada Mariana. Selain itu, Fuad juga dibantu oleh Pak Said dan Pak Ngah Lias untuk mengesan kubur ibunya itu. Akhirnya Fuad mendapat maklumat bahawa ibunya tidak meninggal dunia dan masih hidup. Fuad telah ditawarkan sebagai guru sandaran tidak terlatih di Sekolah Menengah Seri Setia oleh Cikgu Abas. Setelah mempertimbangkan Fuad telah menerima tawaran tersebut. Di sekolah itu Fuad telah berkenalan dengan Farhana yang menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris di sekolah yang sama. Fuad sentiasa memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugasnya dan hubungannya menjadi semakin rapat dengan Farhana. Hubungan yang rapat itu akhirnya melahirkan perasaan cinta yang suci antara mereka berdua. Walau bagaimanapun, perasaan itu terpaksa diubah kerana hubungan mereka sebenarnya adalah sebagai adik-beradik daripada ibu yang sama tetapi berlainan bapa.
Sementara itu Farhana menghadapi konflik dengan Cikgu Zamani di sekolah. Hal ini demikian kerana, Cikgu Zamani selalu mengkritik dan mengutuknya dengan pelbagai kritikan dan kutukan. Farhana pula mengatakan bahawa Cikgu Zamani tidak sepatutnya ponteng kelas dan tidak menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya. Sepatutnya cikgu Zamani melakukan tindakan yang selaras dengan perkara yang dikatakannya. Dia selalu mengatakan orang lain sahaja yang melakukan kesalahan dan kesilapan tetapi tidak menyedari bahawa dia sendiri melakukan kesalahan.
Fuad pula menunjukkan keprihatinannya dengan mengambil berat terhadap Farhana. Sebagai contohnya, Fuad mengajak Farhana menaiki keretanya dan dia menghantar Farhana ke rumah ibu Farhana di Kuantan. Selain itu, Fuad juga menemani Farhana di hospital ketika ibu Farhana, iaitu Mariana yang diserang sakit lelah dimasukkan ke hospital. Ketika berada di hospital itulah Fuad mengetahui bahawa nama emak Farhana itu sama dengan nama ibu kandungnya selepas terpandang nama emak Farhana pada rekod catatan perubatan ibu Farhana.
Fuad terpaksa menenangkan perasaan Farhana yang agak sukar menerima hakikat bahawa mereka berdua ialah adik-beradik. Fuad cukup bersedia untuk menerima hakikat itu kerana dia sudah biasa hidup dalam keadaan yang penuh dengan cabaran dan masalah. Ayah kandung Fuad juga mengesali perbuatan silamnya yang meninggalkan Mariana selepas tiga bulan berkahwin tanpa sebarang berita. Robert Lim memohon maaf daripada Pak Ismail, Mak Salmah dan juga Mariana atas kesalahan-kesalahannya itu. Fuad juga akhirnya menerima hakikat bahawa Robert Lim ialah ayah kandungnya, Mariana sebagai ibu kandungnya dan juga Farhana sebagai adik kandungnya.
TEMA & PERSOALAN
Tema novel Melunas Rindu hasil karya Hartini Hamzah ialah kehidupan seorang mualaf yang menjadi mangsa keadaan dan masih mencari penghidupan baru serta mencari asal usul dirinya, contohnya Fuad tidak sanggup untuk berhadapan dengan bapanya dan bapa saudaranya lagi kerana ingin mencari sesuatu yang beliau rasa belum diperoleh, akhirnya dia mencari pusara ibunya yang membawa kepada penemuan ibu kandung dan seterusnya terpaksa melupakan hasrat untuk berkahwin apabila gadis yang ingin dikahwini itu ialah adiknya sendiri yang berlainan bapa. Sejarah pahit hidupnya berulang apabila buat kali kedua beliau jatuh cinta pada adik sendiri. Rupanya perjalanan hidupnya yang agak perit adalah untuk melunasi rindu yang dicari selama ini.
Persoalan novel Melunas Rindu hasil karya Hartini Hamzah ialah taat pada perintah agama, contohnya misalnya Fuad sentiasa menunaikan solat secara berjemaah. Selain itu persoalan kasih sayang antara ibu dan anak. Contohnya, Mak Salmah sangat menyayangi anak angkatnya Sofia sehingga terlantar di hospital apabila Sofia dilarikan oleh Fuad. Seterusnya sikap tidak amanah, contohnya Cikgu Zamani yang sering ponteng kelas dan menyusahkan anak-anak muridnya untuk menerima pendidikan sebaik mungkin. Di samping itu bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan, contohnya Fuad mendidik anak muridnya dengan bersungguh-sungguh dan sanggup pulang lewat petang untuk memastikan anak didiknya mahir berbahasa Inggeris. Akhir sekali menghargai jasa orang tua, contohnya Fuad menjaga Peter Lim yang rnembesarkannya dengan penuh kasih sayang dan sanggup mengelap muntah bapanya.
WATAK & PERWATAKAN
WATAK UTAMA
Watak utama novel Melunas Rindu hasil karya Hartini Hamzah ialah Joshua yang juga dikenali sebagai Fuad dan Abdul Halim. Fuad merupakan seorang pemuda yang berusia 27 tahun. Dilahirkan sebagai Islam dan dibesarkan dalam keluarga Cina dan kembali semula kepada ajaran Islam setelah berlaku tragedi dalam hidupnya. Anak kepada Robert Lim atau dikenali sebagai Roslan dan Mariana. Anak saudara kepada Peter Lim dan Swee Lan yang disangka bapa kandungnya. Anak angkat Pak Ismail dan Mak Salmah. Fuad memiliki ijazah pengurusan perniagaan dari Amerika Syarikat dan menjadi guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia. Fuad seorang pemuda yang taat kepada perintah agama dengan tidak pernah meninggalkan solat walaupun dia seorang mualaf. Fuad juga mempunyai sikap tanggungjawab dalam memastikan anak muridnya berjaya dalam bahasa Inggeris. Dia juga seorang yang gigih, contohnya beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk mengambil hati Mak Salmah yang sangat membencinya. Seorang yang suka membantu orang lain, contohnya membantu Borhan dalam majlis perkahwinannya dengan menanggung segalaa perbelanjaannya.
WATAK SAMPINGAN
Salah seorang watak sampingan dalam novel Melunas Rindu ialah Farhana. Dia merupakan anak kepada Mariana dan Fakhrudin. Dia memiliki ijazah pendidikan dari London dan mengajar di Sekolah Menengah Seri Setia. Dia mempunyai empat orang adik lelaki. Bapanya telah meninggal dunia. Farhana seorang yang periang. Buktinya Fuad tidak pernah melihat Farhana bermasalah. Farhana juga seorang yang tegas, contohnya menegur sikap Cikgu Zamani yang sering tidak masuk ke kelas. Anak yang bertanggungjawab, contohnya segera pulang ke Kuantan apabila mengetahui ibunya sakit lelah. Seorang yang pandai berjimat cermat, contohnya sewaktu tinggal di London, terpaksa mengikat perut untuk memastikan biasiswanya mencukupi agar tidak menyusahkan ibu bapanya.
LATAR
Latar Masyarakat
Latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat yang berpegang kuat pada ajaran agama, contohnya Pak Ismail, Mak Salmah dan Fuad sentiasa menunaikan solat secara berjemaah. Seterusnya masyarakat yang berperanan sebagai guru, contohnya Cikgu Abas, Cikgu Farhana, Cikgu Zamani, dan Fuad sendiri yang menjadi guru di Sekolah Menengah Seri Setia. Selain itu masyarakat pelbagai bangsa, contohnya keluarga Fuad yang terdiri daripada kaum Cina dan kaum Melayu; bapa Fuad. iaitu Robert Lim berkahwin dengan ibu Fuad, iaitu Mariana. Di samping itu masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar pekerjaan, contohnya Robert Lim ialah ahli pemiagaan, manakala Peter Lim merupakan pengawal keselamatan dan penoreh getah, manakala Fuad sebagai guru, dan bapa Farhana sebagai polls. Akhir sekali masyarakat yang tahu membalas jasa, contohnya Fuad yang membayar yang akan menanggung persekolahan adik sepupunya kerana jasa bapa saudaranya yang telah membesarkannya.
Latar Tempat
Latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah Danau Seberang, contohnya tempat tersebut merupakan tinggal Pak Ismail, Mak Salmah, dan Fuad. Seterusnya, Sekolah Menengah Seri Setia, contohnya tempat Fuad mengajar sebagai guru sandaran. Selain itu Sungai Ruan, contohnya tempat Fuad dibesarkan oleh bapa saudaranya, iaitu Peter Lim. Latar tempat seterusnya ialah di Lembah Klau, contohnya tempat asal ibu Fuad. Seterusnya di Kampung Sedili, contohnya Fuad mencari pusara ibunya di sini kerana kampung ini menjadi tempat tinggal Mariah. Latar tempat lain ialah di Restoran Terapung di Taman Syahbandar, contohnya tempat Fuad dan Farhana singgah untuk meraikan hari lahir Farhana. Di samping itu di Pantai Batu Buruk, contohnya tempat Fuad melayan perasaannya sendiri. Akhir sekali di Hospital Tengku Ampuan Afzan, contohnya tempat ibu Farhana dirawat kerana penyakit lelah.
Latar Masa
Latar masa berkisar pada awalnya ketika berlaku rusuhan kaum 1969. Ketika itu berlaku pergaduhan antara kaum menyebabkan sukar untuk Mariana mencari anaknya yang dilarikan, iaitu Abdul Halim. Seterusnya setelah 27 tahun usia Fuad, barulah dia mengetahui nama sebenarnya ialah Abdul Halim. Seterusnya, latar masa pada waktu pagi, contohnya Fuad keluar dari rumahnya pada awal pagi untuk melaporkan diri sebagai guru sandaran di Sekolah Mcnengah Seri Setia. Selain itu, pada waktu senja, contohnya Mak Salmah menegur Fuad yang pulang menghampiri waktu maghrib merisaukan Pak Ismail. Di samping itu pada waktu malam, contohnya apabila Fuad menghantar anak Borhan yang demam panas ke klinik. Selanjutnya pada waktu tengah hari, contohnya apabila Fuad terus makan tengah hari di rumah demi menjaga perasaan Mak Salmah. Latar masa seterusnya pada waktu awal pagi, contohnya sebelum subuh apabila Fuad dan Farhana bertolak ke Terengganu dari Kuantan untuk ke sekolah mereka. Akhir sekali pada waktu petang, contohnya Fuad mengajar bahasa Inggeris sehingga lewat petang selam dua hingga tiga jam selepas tamat sesi persekolahan.
NILAI MURNI
Antara nilai yang terdapat dalam novel Melunas Rindu hasil karya Hartini Hamzah ialah kasih sayang, contohnya Mariana sangat menyayangi Abdul Halim, iaitu anaknya yang dilarikan oleh Ah Sok dan sentiasa merinduinya. Selain itu tanggungjawab, contohnya tanggungjawab yang harus dipikul oleh guru-guru dalam mendidik anak murid supaya berjaya seperti ditunjukkan oleh watak Fuad dan Farhana. Seterusnya kegigihan, contohnya kegigihan Swee Lan mengambil alih tugas ketua kcluarga setelah Peter Lim sakit demi membesarkan anak-anak mereka yang masih bersekolah. Di samping itu keikhlasan, contohnya Fuad membantu membawa anak Borhan yang demam panas ke klinik walaupun sudah lewat malam. Selain itu kerjasama, contohnya Farhana dan Fuad sering bekerjasama untuk meningkatkan pencapaian anak didik mereka dalam bahasa Inggeris. Selanjutnya rasional, contohnya Fuad memujuk dirinya agar menerima dengan reda bahawa gadis yang dicintainya, Farhana merupakan adik kandungnya.
PENGAJARAN
Antara pengajaran yang terdapat dalam novel Melunas Rindu hasil karya Hartini Hamzah ialah kita mesti mengerjakan suruhan Tuhan, contohnya Fuad tidak pernah meninggalkan solat walaupun dalam musafir dan rajin membaca Al-Quran serta Fuad juga rajin solat berjemaah. Selain itu kita wajib mesti menghormati orang yang membesarkan kita, contohnya Fuad menghormati Peter Lim yang telah membesarkannya dengan menjaganya dengan baik sewaktu Peter Lim sakit. Seterusnya kita hendaklah mengamalkan semangat kerjasama dalam pasukan, contohnya Farhana dan Fuad berusaha keras dalam Panitia Bahasa Inggeris untuk memastikan murid-murid berjaya dalam subjek yang agak sukar itu dan sering berbincang untuk meningkatkan prestasi murid-murid. Selanjutnya kita perlulah menerima takdir yang telah ditentukan, contohnya Fuad dan Farhana mula dapat menerima bahawa mereka adalah adik-beradik dalam tempoh yang agak singkat. Seterusnya kita mesti berusaha untuk memperoleh sesuatu yang diinginkan, contohnya Fuad berusaha untuk mencari ibu kandungnya yang disangka telah meninggal dunia. Akhir sekali kita mesti mengenang jasa. contohnya Fuad membayar yuran Ah Soh dan membuka akaun untuk adik sepupunya sebagai mengenang jasa Peter Lim dan Swee Lan.
Pelajar saya sila layari Sudut Pelajar Ken untuk soalan contoh, jawapan contoh , nota yang lebih lengkap.
> Pencemaran - punca / langkah / kesan pencemaran [ gambar suasana pencemaran ]
> Kitar semula
> Pemanasan global [ gambar punca / kesan ]
> Langkah-langkah untuk menjimatkan sumber [ gambar rajah tentang cara penjimatan tenaga seperti menjimatkan air, elektrik ....]
>Langkah-langkah berjimat-cermat dalam perbelanjaan
Pendahuluan:
pengguna sering terpedaya dengan muslihat peniaga yang ingin mengaut keuntungan berlipat ganda – pengguna sebenarnya mempunyai kuasa untuk membuat pilihan sama ada dari segi harga atau kualiti barangan -sebagai pengguna, kita mesti bijak mengawal perbelanjaan.
Isi-isi:
1. pengguna yang bijak akan membuat pemeriksaan tentang kualiti barangan yang hendak dibeli terutama barangan makanan yang mempunyai tarikh luput – mengelakkan pengguna terbeli barangan yang sudah rosak dan berbahaya apabila dimakan – bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya
2. menetapkan waktu yang sesuai untuk berbelanja supaya tidak terburu-buru sewaktu berbelanja – membuat pemerhatian dan perbandingan harga – lebih-lebih lagi apabila membeli barangan dalam kuantiti yang banyak – pengguna juga boleh membeli barangan yang mempunyai tempoh luput yang agak panjang pada musim perayaan – pada waktu perayaan, biasanya terdapat tawaran harga istimewa dan harga barangan lenih murah – pengguna boleh berjimat lebih banyak
3. pengguna hendaklah memilih tempat-tempat yang memberikan perkhidmatan terbaik -kakitangan dan pekerja yang mesra pengguna – meletakkan label barangan dan tanda harga yang tidak mengelirukan pengguna – perkhidmatan kaunter pembayaran yang cekap – menjimatkan masa pengguna
4. pengguna yang bijak akan membuat senarai barangan yang ingin dibeli sebelum berbelanja – tujuannya bagi mengelakkan kita membeli barangan yang tidak diperlukan – mengehadkan perbelanjaan supaya bajet tidak tersasar – dapat membentuk disiplin ketika berbelanja – pepatah mengatakan ala bisa tegal biasa
Penutup:
pengguna atau pembeli ialah raja – namun, mereka seharusnya tahu dan faham akan hak mereka sebagai pengguna -perlu bijak membuat pilihan yang tepat dalam menguruskan perbelanjaan – berdisiplin semasa berbelanja supaya bajet yang dikeluarkan dapat dioptimumkan dan memenuhi keperluan pengguna
BHG B
>Masalah sosial dalam kalangan remaja - faktor / langkah mengatasi
>Kenaikan harga barangan - cara-cara menangani / punca
>penggunaan gas hidrogen sebagai alternatif petrol
> Pengaruh permainan video terhadap remaja
>Peranan PIBG
>Peranan negara kita dalam bidang ekonomi, keselamatan dan keamanan serantau
>Pelajar tidak meminati karya sastera - punca / cara mengatasi
KERTAS 2
1. RUMUSAN
2a.
2b.
2c.
2d.
3a. Bina ayat
3b. Ayat aktif-pasif / Cakap ajuk-pindah
3c. Kesalahan Ejaan / Imbuhan
3d. Kesalahan tatabahasa / istilah
3e. Peribahasa - bina ayat / beri maksud
4. NOVEL
>latar - masyarakat / tempat
>watak dan perwatakan - watak utama / sampingan
Ramalan di atas hanya merupakan ramalan rawak; jadikan sebagai rujukan. Ingat, kejayaan di dalam tangan sendiri.
1.Menulis esei yang tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.
Soalan: Bagaimanakah sambutan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuhkan dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?
Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat dibentuk melalui kajian terhadap perayaan kaum tertentu seperti…………. kerana melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan meneruskan perayaan warisan bangsa ini.Dengan meneruskan dan memperkenalkan perayaan ini kepada generasi depan, bermakna mereka juga menyemai perasaan patriotik. Sekaligus menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam ertikata lain, melalui prinsip perayaan ini, kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa.
Melalui sambutan terhadap perayaasn ini juga , kita dapat menyemai semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk. Dalam melaksanakan sambutan perayaan ini di Malaysia, kita juga dikehendaki bekerjasama dan tolong menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau semangat bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota masyarakat.
Dalam melaksanakan sambutan hari perayaan juga, masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi Aktiviti seperti seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi undang-undang walaupun ketika mengadakan sambutan perayaan kaum masing-masing. Keadaan ini jika disemai berterusan akan melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadap peraturan negara.
Proses menyambut peristiwa perayaan kaum juga mempamerkan sikap rajin dan gigih . Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan sambutan biasanya dilakukan secara kerjasama berpasukan bermula daripada keluarga, kaum, masyarakat dan negara. Dalam proses menjayakan peristiwa ini, kita juga perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran bagi melengkapkan perayaan tersebut. Sikap rajin, tabah dan berdikari ini akan menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara.
Rakyat Malaysia juga telah memperlihatkan Semangat kekitaan yang tinggi, dengan menunjukkan sikap bersatu padu dan berharmoni. Sikap masyarakat pelbagai kaum yang bertolak ansur dan bertoleransi memudahkan proses hormat menghormati antara satu sama lain. Situasi ini sekaligus akan mengwujudkan keadaan muhibbah atau semanagat bermasyarakat yang tinggi, sekaligus mempu mengwujudkan negara yang aman dan makmur.
ASPEK ........................................................MUKA SURAT
1.TAJUK KAJIAN
2.SENARAI KANDUNGAN
3.PENGHARGAAN
4.OBJEKTIF KAJIAN
5.KAEDAH KAJIAN
6.HASIL KAJIAN
7.RUMUSAN
8.LAMPIRAN
9.RUJUKAN
____________________________________________
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Kerja Kursus Sejarah ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi besar kita Muhammad s.a.w dan kepada ahli keluarganya, seterusnya kepada para sahabat baginda dan para tabi'n, para alim ulama sehinggalah kepada sekelian hamba-hamba Allah yang mengikuti jejak langkah mereka
Seinfiniti perhargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada __________________selaku pengetua SMKSR yang banyak memberi sokongan kepada para pelajarnya. Penghargaan tidak terhingga juga saya tujukan kepada_________________________ selaku _____________________ saya yang terlalu banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudahcara saya sepanjang proses menyiapkan KERJA KURSUS Sejarah ini. Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Kerja Kursus Sejarah ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya.ucapan penuh kasih sayang juga saya tujukan buat ayah__________________________dan ibu____________________________________.terima kasioh atas segalanya
Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin saya akan dapat menghasilkan KERJA KURSUS SEJARAH sebaik ini..
Jutaan penghargaan juga diucapkan kepada semua ______________________ yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menyiapkan KERJA KURSUS ini.
Semoga Allah s.w.t. memberikan ganjaran pahala yang besar kepada semua hamba-hamba-Nya yang banyak membantusaya dala menyiapkan KERJA KURSUS ini. Amin.
____________________________________________
OBJEKTIF KAJIAN
1. Kajian yang saya lakukan ini dapat menjadikan saya seorang insan dan manusia yang menghargai dan bersyukur kepada ALLAH terhadap apa yang dikurniakan kerana HARI RAYA AIDILFITRI adalah hari kemenangan umat Islam seluruh dunia.
2. Melalui kajian ini juga saya mengetahui jenis-jenis perayaan tradisi pelbagai kaum yang terdapat di negara Malaysia ini seperti hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidil Adha, Tahun Baru Cina, Depavalli dan Cristmast.
3. Melalui kajian ini juga saya mengetahui sejarah Hari Raya dalam Islam dan konsep Hari Raya dalam Islam yang jelas menunjukkan bahawa ia perayaan keagamaan dan ia disambut sebagai satu ibadat.
4. Melalui kajian ini juga dapat melahirkan kerjasama antara saya dengan guru, ibu bapa dan rakan-rakan dan mereka yang terlibat dengan kajian ini.
____________________________________________
KAEDAH KAJIAN
1. Kaedah kajian yang saya gunakan ialah kaedah internet. Bahan-bahan untuk kajian ini saya perolehi daripada internet dengan melayari lama-laman web yang berkenaan dan berkaitan dengan tajuk kajian.
2. Kaedah kajian perpustakaan. Saya mencari tajuk kajian daripada buku-buku ilmiah yang saya pinjam dan perolehi daripada perpustakaan sekolah ini dan sekolah-sekolah lain.
3. Kaedah temubual juga saya gunakan dalam kajian ini, iaitu saya menemubual ibu dan ayah saya berkenaan dengan perayaan ini. Mereka sebagai orang sumber yang menjdi rujukan utama saya semasa menyiapkan kajian ini.
4. Kaedah majalah. Saya juga mencari bahan-bahan berkenaan tajuk kajian ini melalui majalah-majalah yang berkaitan.
____________________________________________
RUMUSAN
Bertitik tolak daripada kajian yang saya lakukan ini terdapat beberapa unsur patriotisme yang saya perolehi.Melalui tajuk kajian yang telah saya siapkan ini menjadikan saya seorang yang bersyukur dan menghargai perayaan ini kerana perayaan ini merupakan perayaan keagamaan yang dituntut dalam agama saya. Saya juga berasa bangga dengan perayaan ini kerana ia merupakan perkara istimewa dalam hidup saya.
Melalui kajian ini saya dapat mengetahui serba sedikit latar belakang perayaan yang ada di Malaysia ini.Perayaan tradisi akan disambut oleh semua kaum yang ada di Malaysia ini. Sama ada kaum Melayu, Cina atau India.Perayaan tradisi ini melahirkan perpaduan terhadap bangsa di Malaysia, melahirkan nilai hormat-menghormati antara kaum dan perpaduan bertambah erat dengan kunjung mengunjung antara kaum semasa perayaan.Kegembiraan dikongsi bersama.
Sebagai rakyat Malysia saya berbangga dengan negara saya kerana di negara ini terdapat pelbagai kaum dan perayaan tradisi.Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum.Saya amat menyayangi negara Malaysia. Salam Satu Malaysia.
Sebagaimana kita sedia maklum, setiap negara di muka bumi bertuah ini memiliki permainan tradisional yang tersendiri. Jika ditinjau dari sudut sejarah, permainan tradisional dimainkan pada kala lapang sejak dahulu kala. Oleh hal yang demikian, permainan tradisional seperti congkak, guli, wau, gasing dan tingting memainkan peranan yang penting dalam mengisi masa lapang para penduduk zaman nenek moyang. Kini, permainan tradisional semakin dipandang enteng, justeru rakyat kita mula memboikot permainan ini tanpa menyedari kepentingannya.
Sebenarnya, rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam penjagaan permainan tradisional. Anjakan paradigma mestilah kita ambil agar permainan ini tidak hilang ditelan zaman. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Janganlah kita merindui permainan tradisional selepas permainan ini pupus ditelan zaman. Oleh itu, langkah mempopularkannya seperti kempen “Jom Main Permainan Tradisional” dan pertandingan bermain permainan tradisonal merupakan rencah maslahat untuk mempertahankannya. Langkah tersebut penting supaya ahli masyarakat mendapat pendedahan dan mempelajari permainan tradisional sepanjang kempen dan pertandingan dijalankan kerana tak kenal, maka tak cinta. Dengan langkah proaktif tersebut, kita dapat memastikan permainan tradisional mampu menjadi warisan budaya untuk generasi yang akan datang.
Realitinya, permainan tradisional memainkan peranan penting sebagai lambang keagungan bangsa dan negara tercinta ini. Oleh sebab rakyat negara ini berbilang kaum, permainan tradisional merupakan salah satu cara rakyat tanpa mengira kaum mengisi masa lapang. Tanpa melihat warna kulit mahupun agama, permainan tradisional dilihat sebagai permainan rakyat yang dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni. Kini, kerajaan sudah pun menjadikan permainan tradisional sebagai platform untuk menarik kedatangan pelancong asing ke negara kita. Yang di luar jangkaan, pelancong asing berasa teruja dan takjub dengan warisan bangsa kita dan sanggup tinggal lebih lama di sini hanya untuk mempelajari permainan tradisional kerana pelancong sedar akan peribahasa “sambil menyelam, minum air”. Hal ini sekali gus menjana pendapatan negara melalui industri pelancongan yang semakin meningkat.
Daripada persepsi cendekiawan, permainan tradisional merupakan sejenis pendidikan tidak formal yang amat tinggi nilainya. Hal ini demikian kerana kita dapat mematangkan pemikiran di samping membijakkan otak untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa memainkan permainan tardisional. Sebagai contoh, permainan congkak menguji kebijaksanaan dan kesabaran pemain memasukkan biji guli ke dalam “rumah” dan “kampung” pada papan congkak. Yang indahnya, kita dapat memupuk dan menyemai nilai-nilai murni dalan kalangan rakyat sesebuah negara supaya lebih cinta akan negara daripada dijajah oleh anasir jahat dari luar. Natijahnya, kita harus sedar bahawa permainan tradisional dapat mengukuhkan semangat perpaduan nasional dalam kalangan rakyat supaya mereka sedar bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.
Akhirulkalam, permainan tradisional mestilah dihidupkan semula supaya menjadi tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Saya berharap, satu hari nanti, permainan rakyat ini akan lebih dipandang berat dan diapresiasi oleh segenap lapisan masyarakat di nusa ini. Warisan bangsa ini sebenarnya mestilah kita kekalkan demi kesejahteraan negara. Secara tidak langsung, permainan tradisional dapat mengharumkan nama negara dan menaikkan imej Malaysia di persada dunia. Kesimpulannya, saya berharap permainan tradisional di Malaysia akan terus popular dalam carta kehidupan rakyat dan terus diminati sebagai hobi yang berfaedah.
sumber: spm.im
Tajuk 2 : Permainan Tradisional patut diperkenalkan kepada generasi muda hari ini. Bincangkan.
Masyarakat kita memang kaya dengan pelbagai warisan nenek moyang. Salah satu daripadanya ialah permainan tradisional seperti wau, congkak dan gasing. Permainan tradisional ini tidak lagi mendapat tempat dalam jiwa generasi muda zaman ini. Mereka lebih gemar permainan-permainan moden seperti badminton, bola sepak, tenis dan sebagainya.
Oleh yang demikian sepatutnyalah permainan tradisional ini diperkenalkan kepada golongan muda hari ini. Permaiann tradisional seperti ini hendaklah diperkenalkan di majlis-malis tertentu seperti majlis keramaian atau majlis rasmi di kampung dan juga bandar. Dengan cara ini, golongan belia akan dapat melihat sendiri cara permainan ini dimainkan. Sudah tentu ada di antara mereka yang tertarik hati dengan permainan ini.
Selain itu, persatuan belia patut memainkan peranan mereka. Permainan tradisional boleh dijadikan sebahagian daripada kegiatan belia seperti dengan menganjurkan pertandingan permainan tradisional atau pameran-pameran khas bagi menarik pehatian generasi muda kini. Pendedahan yang luas kepada permainan ini akan menambahkan lagi minat belia terhadap permainan ini.
Ibu bapa juga harus memupuk minat anak-anak dalam permainan tradisional ini. Sejak kecil anak-anak boleh didedahkan dengan permainan seperti congkak dan sebagainya bagi mengisi masa lapang bersama keluarga sewaktu di rumah. Ajarlah anak-anak cara permainan tersebut dimainkan dan terapkan kepada mereka betapa pentingnya ia dikekalkan.
Di samping itu pihak media massa harus selalu menonjolkan berita tentang permainan-permainan tradisional ini. Rencana-rencana khas perlu disiarkan melalui surat khabar, majalah dan lain-lain bagi menimbulkan minat para pembaca terhadap sesuatu sukan itu. Tidak ketinggalan juga ia boleh diperkenalkan dengan lebih meluas melalui internet yang mana boleh dibaca oleh masyarakat seluruh dunia. Dengan ini secara tidak langsung ia dapat membawa imej negara Malaysia di mata dunia umumnya.
Oleh yang demikian adalah wajar bagi kita meneruskan usaha meningkatkan lagi mutu permainan tradisional agar tidak luput ditelan dek zaman. Kekalkanlah ia di persada seni dan budaya negara agar generasi akan datang dapat menikmati akan keindahan warisan seni budaya kita di sepanjang zaman.