Cerpen ini mengisahkan pergolakan jiwa Muliati, gadis cacat yang baru saja menamatkan pengajian di universiti. Pergolakan dalam jiwa Muliati itu berpunca daripada perasaan rindunya kepada Cikgu Balkis. Cikgu Balkis bukan sahaja pernah mengajarnya, malah Cikgu Balkis telah menganggapnya sebagai anak angkat. Namun demikian, sewaktu Muliati belajar di Tingkatan Lima, dia terbabit dalam kemalangan, iaitu ketika menyertai ekspedisi ke dalam hutan. Akibat kemalangan itu, kaki dan tangannya cacat. Dalam keadaan yang serba kekurangan itu, Cikgu Balkis terus memberikan semangat dan dorongan kepada Muliati supaya meneruskan pelajaran ke universiti. Ayah, ibu dan tiga orang adiknya pula terkorban dalam satu kemalangan jalan raya. Selepas kematian ayah dan ibunya itu, dia telah dijaga oleh neneknya.
Muliati tabah dan gigih untuk meneruskan pelajarannya di universiti walaupun dirinya cacat. Dia tidak pernah mengesali perkara buruk yang telah menimpa dirinya itu. Sebaliknya, dia terus berusaha dengan prinsip hidup “selagi dia hidup, selagi itulah perjuangannya akan diteruskan”.
Namun demikian, apabila Muliati berjaya melanjutkan pelajarannya ke universiti, Cikgu Balkis telah berubah sikap. Beliau enggan bertemu atau ditemui oleh Muliati. Pelbagai alasan telah diberikan oleh Cikgu Balkis kerana tidak mahu bertemu dengan Muliati. Sikap Cikgu Balkis itu benar-benar telah menyeksa perasaan Muliati. Pada hari konvokesyennya, Muliati telah menerima sekeping poskad daripada Cikgu Balkis di London. Cikgu Balkis berada di kota itu untuk menjalani pembedahan bagi merawat penyakit ganjilnya. Perkara ini menyebabkan Muliati berasa sangat sedih.
Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Ken untuk mendapatkan nota yang lengkap [ sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran....]
PENGUMUMAN
TAKWIM PEPERIKSAAN
Sunday, February 22, 2009
Sinopsis cerpen menatap wajahnya
Posted by ken at 6:27 PM
Friday, February 20, 2009
DRAMA SERUNAI MALAM
Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Ken untuk mendapatkan nota yang lengkap [ sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran....]
Posted by ken at 8:59 PM
Sunday, February 8, 2009
元宵节
闹元宵,月正圆,全国同胞心相依, 扶老携幼返故里,了却两岸长相思。 热泪盈眶啥滋味?久别重逢分外喜! 闹元宵,煮汤圆,骨肉团聚满心喜, 男女老幼围桌边,一家同吃上元丸。 摇篮血迹难割离,叶落归根是正理。 **祝大家元宵节快乐**
Posted by ken at 12:27 AM
Friday, February 6, 2009
ANNYSS SOPHILLEA
Annyss Sophillea seorang gadis dari planet Alstonia, mencari kembarnya,Eyrique Etiqaz yang hilang ketika hendak ditabalkan menjadi raja di Alstonia.
Annyss mengembara ke bumi untuk mencari Eyrique dan berjumpa dengan Akmal. Pertemuan Annyss yang singkat dengan Akmal telah menjalinkan ikatan persahabatan yang erat.
Annyss terpaksa kembali semula ke Alstonia dan meninggalkan Akmal kerana gagal menemui Eyrique di bumi. Annyss memberikan seutas kalung bersama loket permata kepada Akmal dan kembali ke Alstonia dengan Eustary.
Annyss bertafakur di kubur ayahandanya dan berjanji akan menemukan Eyrique untuk menjadi raja di Alstonia Strenn, sepupunya mempengaruhi Annyss melupakan Eyrique, berkahwin dengannya dan menjadi permaisuri Alstonia. Strenn, menculik Eyrique kerana mahu menjadi raja di Alstonia.
Ayahanda Eyrique & Annyss mangkat ketika mereka belum dewasa. Eyrique tidak layak menjadi raja, digantikan adinda ayahandanya iaitu ayahanda Strenn. Penyerahan takhta kepada Eyrique tidak disetujui Strenn kerana dia mahu menjadi raja di Alstonia.
Annyss menolak pujuk rayu Strenn untuk menjadi isterinya malah dengan berani mengatakan dia sudah menjumpai Eyrique untuk ditabalkan menjadi raja Alstonia. Akmal sampai ke Alstonia, bersama Annyss mencari Eyrique ditemani Eustary.
Annyss dan Akmal akhirnya dapat menemui Eyrique di sebuah bilik kurungan di hujung terowong rahsia. Eyrique dapat dikeluarkan dalam keadaan lemah. Tenaganya pulih setelah menyentuh tanduk Eustary.
Strenn dan pengikut-pengikutnya datang untuk menentang mereka. Berlaku pertempuran antara Eyrique dan Strenn. Eyrique hampir kalah. Akmal mengeluarkan pistolnya lalu menembak Strenn. Akmal mengalami kesakitan seperti Strenn.
Di Alstonia sesiapa yang membunuh akan turut terbunuh. Eyrique dan Annyss berpadu tenaga meletakkan tangan di atas dada Akmal untuk menyelamatkan akmal. Akhirnya Akmal terselamat.
Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Ken untuk mendapatkan nota yang lengkap [ sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran....]Posted by ken at 8:23 PM
Sunday, January 25, 2009
Friday, January 23, 2009
Monday, January 19, 2009
Nota Sejarah Tingkatan 4
BAB 1 - TAMADUN AWAL MANUSIA
[ permintaan Tan Ming Hong ]
Posted by ken at 6:15 PM
Friday, January 16, 2009
VIRUS ZEL UNTUK ABAH
NOTA UNTUK PELAJAR SMK STAMPIN
CERPEN : VIRUS ZEL UNTUK ABAH (Mawar Shafie)
| Peristiwa Utama | Peristiwa Sampingan |
| Zel merancang untuk melepaskan Virus Zel ke dalam Program ZQ1308 yang telah dicipta oleh ayahnya melalui komputer. | - Imbas kembali nasihat oleh sahabat baiknya tentang perbuatannya terhadap ayahnya. - Setiap kejadian ada hikmahnya. - Zel marah kerana dia yang menderita akibat perceraian ibu dan ayahnya. - Imbas kembali terntang perbualannya dengan Abah yang menerangkan sebab-sebab Abah terpaksa berpisah dengan Mama. - Sebab-sebab : - Mama sukar dibentuk/ degil - Mereka tidak setaraf - Mama tidak ikhlas mengahwini abah - Mama hanya simpati terhadap abah |
| Perbualan Zel dengan Mama . Mama menasihati Zel supaya berbaik-baik dengan Abah . Prinsip hidup Mama bahawa wanita boleh hidup berjaya tanpa kaum lelaki di sisi. | - Imbas kembali peristiwa Mama menghadiahi Zel sebuah komputer Powerbook pada hari lahirnya yang lalu. - Imbas kembali pandangan Win tentang Mama yang berjaya dalam perniagaan. - Win menganggap kejayaan Mama membuatkan Abah berasa rendah diri. - Zel teringat peribadi Muslimah yang ada pada Mama. |
| Perbualan Zel dengan Mama tentang anak-anak Aunt Syarifah yang dianggapnya tidak matang dan tidak menerimanya dengan baik. | - Mama menasihati Zel supaya sentiasa memperlihatkan peribadi yang baik sebagaimana asuhannya sehingga Zel dewasa. - Mama menceritakan kisah anak-anak Nabi Adam yang tidak sanggup berkongsi kasih. |
| Perbualan Zel dengan Win melalui komputer. Win menasihati Zel supaya tidak meneruskan niatnya. | - Imbas kembali peristiwa perbalahan Zel dan Abang Awi ketika membeli hadiah untuk Abah. - Zel begitu marah terhadap Abang Awi apabila Abang Awi tidak mahu menerima cadangan baju yang akan dibeli untuk Abah. |
| Zel menghentikan niatnya untuk menganiayai Abah dengan mematikan Virus Zel bersama matinya dendam dan kemarahannnya terhadap Abah. | - Win terus mendesak Zel agar menghentikan niatnya untuk melepaskan virus itu. - Win mengingatkan Zel tentang perasaan kecewa Mama terhadap perbuatan Zel itu. - Zel memadamkan Virus Zel dari sistem komputernya. |
Watak dan perwatakan :
i. Zel
Zel yang dilahirkan pada 27 Februari merupakan seorang gadis yang berusia hampir dua puluh tahun. Dia tinggal bersama ibunya , seorang ahli perniagaan yang berjaya. Ayahnya merupakan seorang guru. Zel tinggal bersama ibunya kerana ibu dan ayahnya telah bercerai. Zel mempunyai saudara tiri iaitu Abang Jawi, Aman dan Arif, iaitu anak-anak ayahnya dengan ibu tirinya, Aunt Syarifah. Zel bakal melanjutkan pelajaran di
Dari segi perwatakan, Zel merupakan seorang yang pendendam. Sifat ini jelas apabila dia ingin memasukkan Virus Zel untuk memusnahkan program ZQ1308 ayahnya kerana dendamnya terhadap abahnya yang telah menceraikan mama, kemudian mengabaikan Zel dan mama . Mamanya.
Selain itu, Zel juga seorang yang pemarah. Sikap ini dapat dilihat apabila dia menumbuk meja komputer untuk melepaskan marahnya terhadap Abah.
Walau bagaimanapun, Zel seorang yang mudah dipujuk atau seorang anak yang mendengar kata, terutama kata-kata ibunya. Hal ini terbukti apabila dia mematikan Virus Zel apabila dia
teringatkan Mamanya. Begitu juga dengan perasaan tidak puas hatinya terhadap anak-anak Abah, perasaannya menjadi reda apabila Mama menasihatinya.
Zel juga seorang gadis yang pintar dan mahir menggunakan komputer. Kepintarannya jelas apabila dia berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang perundangan . Selain itu, dia telah berjaya mencipta Virus Zel untuk merosakkan atau memusnahkan program Abahnya.
Zel seorang yang peka terhadap kemurnian alam sekitar. Hal ini dapat dilihat apabila dia mencadangkan kepada Mama agar mereka menggunakan pendingin hawa yang tidak merosakkan alam sekitar.
ii. Mama
Mama merupakan ibu Zel dan bekas isteri Abah. Beliau merupakan ibu tunggal/janda. Mama ialah seorang usahawan wanita yang berjaya. Berusia 45 tahun, Mama juga merupakan seorang yang mahir dalam bidang komputer. Mama sentiasa menutup aurat dan lemah-lembut dalam pertuturannya.
Mama seorang wanita yang teguh berpegang pada prinsip. Prinsip yang dipegangnya ialah wanita boleh berjaya tanpa lelaki. Hal ini dibuktikan apabila beliau berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburinya tanpa bantuan seorang yang bergelar suami.
Mama juga seorang wanita yang teguh iman dan kuat pegangan agama. Hal ini terbukti apabila Mama menjaga batas auratnya dengan bertudung walaupun beliau terlibat dalam bidang yang sofistikated, iaitu bidang komputer.
Mama juga seorang yang tidak pendendam. Beliau tidak mendendami bekas suaminya. Hal ini terbukti apabila beliau menasihati Zel agar berbaik-baik dengan Abah dan meminta Zel melupakan dendamnya terhadap Abah dan saudara-saudara tirinya.
Mama juga seorang ibu tunggal yang gigih. Kegigihannya jelas apabila beliau dapat membesarkan Zel sehingga Zel berjaya dan bakal melanjutkan pelajarannya di luar negara. Mama juga seorang yang baik hati dan suka bersangka baik terhadap orang lain. Hal ini terbukti apabila Mama menasihati Zel agar tidak bersangka buruk terhadap anak-anak Aunt Syarifah.
Mama seorang ibu yang penyayang. Beliau telah membesarkan Zel dengan penuh kasih sayang sehingga Zel dewasa .
Persoalan / mesej : ( Perkara positif atau negatif yang mahu disampaikan oleh penulis)
Antara persoalan yang digarap oleh penulis adalah tentang anak-anak yang menjadi mangsa perceraian ibu bapa. Hal ini dipaparkan melalui watak Zel yang begitu tertekan dan kecewa terhadap Abah yang telah menceraikan ibunya.
Kesilapan memilih jodoh akan membawa kehancuran rumah tangga. Hal ini dilihat daripada kegagalan abah mempertahankan rumah tangganya bersama Mama kerana perbezaan status di antara mereka.
Cerpen ini juga mengemukakan persoalan kegigihan ibu tunggal membesarkan anaknya. Mama telah berjaya membesarkan Zel walaupun beliau seorang ibu tunggal.
Kejayaan wanita dalam bidang perniagaan. Perkara ini juga merupakan persoalan yang terdapat dalam cerpen ini. Persoalan ini dipaparkan melalui watak Mama yang sangat berjaya dalam bidang perniagaan sehingga beliau dikagumi oleh banyak orang.
Seseorang boleh berjaya tanpa mengabaikan aspek keagamaan dalam kehidupan juga merupakan persoalan yang terdapat dalam cerpen ini. Persoalan ini dapat dilihat melalui watak Mama yang teguh imannya walaupun beliau menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang mencabar.
Penglibatan wanita dalam bidang teknologi maklumat juga merupakan persoalan cerpen ini. Mama dan Zel merupakan dua orang wanita yang terlibat secara langsung dengan perkembangan teknologi maklumat di negara ini.
Persoalan tentang seorang suami /ayah yang tidak bertanggungjawab juga terdapat dalam cerpen ini. Persoalan ini ditonjolkan melalui watak abah yang telah mengabaikan mama dan Zel setelah abah menceraikan mama.
Kerenggangan hubungan kekeluargaan di antara keluarga tiri juga merupakan salah satu persoalan cerpen ini. Persoalan ini dapat kita lihat daripada hubungan Zel dengan ibu dan adik-beradik tirinya yang tidak begitu mesra.
Nilai-nilai Murni: (nilai-nilai yang baik sahaja)
Nilai-nilai murni banyak dirakamkan oleh penulis melalui cerpen ini. Antara nilai tersebut ialah nilai kasih sayang. Mama begitu mengambil berat dan amat menyayangi Zel, anak tunggalnya. Hal ini dapat dilihat apabila mama telah membesarkan Zel dengan penuh kasih sayang dan tanggungjwab sehingga Zel menjadi seorang gadis yang berpelajaran dan dididik dengan nilai-nilai murni.
Selain itu, terdapat juga nilai hormat-menghormati dalam cerpen ini. Nilai ini juga dapat dilihat pada Mama yang tidak mendendami Abah dan tetap menghormati kedudukan Abah sebagai ayah Zel dengan membenarkan Zel menemui Abah walaupun abah dan mama telah bercerai.
Nilai nasihat-menasihati juga dilihat dalam cerpen ini. Nilai ini jelas terlihat apabila Win sentiasa menasihati Zel agar tidak melepaskan Virus Zel ke dalam program Abah.
Nilai bertanggungjawab juga
Nilai kegigihan juga terlihat pada watak mama yang begitu gigih memajukan perniagaannya sehingga beliau menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya.
Nilai berpegang teguh pada ajaran agama Islam juga terdapat dalam cerpen ini. Nilai ini dapat dilihat pada Mama yang berpegang teguh pada ajaran Islam dengan menutup aurat dan tidak mengabaikan ibadah kepada Tuhan..
Latar Masyarakat : ( Keadaan masyarakat, pekerjaan mereka, pegangan dan kepercayaan mereka, perangai/sifat mereka, nilai yang dimiliki mereka, dll , yang merupakan perkara positif dan negatif. )
Cerpen ini menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu yang beragama Islam. Mereka merupakan masyarakat bandar yang terdedah pada unsur kemajuan seperti teknologi maklumat dan komputer. Zel dan ibunya merupakan watak-watak yang mempunyai kemahiran dalam dunia teknologi maklumat. Malahan, Zel telah menerima sebuah komputer Powerbook yang serba canggih daripada ibunya pada hari ulang tahun kelahirannya
Masyarakat dalam cerpen ini juga merupakan golongan yang berpelajaran. Abah Zel ialah seorang guru dan Mamanya seorang usahawan yang tersohor. Zel dan adik-beradik tirinya
juga mendapat pendidikan tinggi.
Cerpen ini juga memaparkan keadaan masyarakat yang pincang rumah tangganya. Mama dan Abah terpaksa bercerai kerana di antara mereka sudah tiada persefahaman. Hal ini mengakibatkan anak menjadi mangsa kekecewaan. Hal ini dapat dilihat daripada watak Zel yang tidak berpuas hati dengan tindakan bapanya bercerai dengan ibunya.
Golongan masyarakat dalam cerpen ini merupakan golongan yang kuat berpegang pada ajaran agama Islam. Mama dan Win sentiasa menasihati Zel tentang hal-hal keagamaan.
Cerpen ini juga memperlihatkan hubungan adik beradik tiri yang kurang baik. Zel tidak dapat menerima saudara-saudara tirinya; begitu juga sebaliknya.
Selain itu, cerpen ini juga memperlihatkan sikap masyarakat yang telah menerima penglibatan wanita dalam bidang perniagaan. Hal ini dilihat apabila kejayaan Mama dalam perniagaan dikagumi oleh banyak orang.
SILA KUNJUNGI SUDUT PELAJAR KEN UNTUK NOTA , SOALAN DAN JAWAPAN LENGKAP virus zel untuk abah
Posted by ken at 9:15 PM
VIRUS ZEL UNTUK ABAH
NOTA UNTUK PELAJAR TINGKATAN LIMA SMK STAMPIN Virus Zel Untuk Abah
| TEMA Penderitaan anak yang menjadi mangsa akibat perceraian ibu bapa. PERSOALAN 1. Tanggungjawab seorang ibu tunggal membesarkan anak dengan didikan yang WATAK PERWATAKAN ZEL 1. Anak gadis yang berusia 20 tahun. MAMA 1. Ibu Zel yang berusia 45 tahun . WIN 1. Sahabat karib Zel yang sering dihubungi untuk memberi pendapat. LATAR LATAR TEMPAT 1.Ruang tamu rumah Zel, rumah abah, ruang bilik komputer di rumah Zel, gedung LATAR MASA 1. Zaman sekarang atau zaman kemajuan teknologi maklumat. Buktinya,penggunaan LATAR MASYARAKAT 1. Masyarakat korporat / peniaga . Ibu zel merupakan peniaga komputer yang berjaya. |
| PLOT 1. Permulaan - diperkenalkan watak Zel yang tertekan akibat perceraian ibu dan GAYA BAHASA 1. Bahasa Inggeris, Contohnya, survive, taste, inferior, career woman dan sebagainya.. NILAI 1. Kasih sayang. Contohnya, mama kasih akan anaknya, Zel PENGAJARAN 1. Kita hendaklah memiliki sifat kasih sayang antara mama dan anak atau sahabat. |
Posted by ken at 9:08 PM
10 TOPIK PENTING KARANGAN SPM 2009
10 TOPIK PENTING KARANGAN SPM 2009
Pelajar Ken sila berkunjung ke Sudut Pelajar Ken untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkenaan dengan topik hangat yang PERLU dikuasai untuk membuat persediaan awal dalam menghadapi peperiksaan SPM 2009.
25 soalan yang berkaitan dengan topik-topik hangat tersebut juga akan dinaikmuat dari semasa ke semasa.
Posted by ken at 1:02 AM






Gladys
Jane