BLOG INI DITERBITKAN UNTUK MEMUDAHKAN ANAK-ANAK MURID SAYA MEMUAT TURUN LATIHAN, NOTA, JAWAPAN CONTOH , RAMALAN DAN MEMBERIKAN CADANGAN. BAHAN-BAHAN DALAM "SUDUT PELAJAR" HANYA UNTUK RUJUKAN MURID-MURID KEN SAHAJA. HAL INI BERLAKU DEMIKIAN KERANA SESETENGAH BAHAN DALAM SUDUT PELAJAR MERUPAKAN BAHAN KAWALAN HAK CIPTA, OLEH ITU SAYA TIDAK BERHAK MENGUMUMKAN BAHAN-BAHAN PILIHAN TERSEBUT. JADI, JANGAN MARAH SEKIRANYA ANDA TIDAK DAPAT MELAYARI "SUDUT PELAJAR". SILA HUBUNGI SAYA MELALUI MSN: kenlee@live.com.my SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU PERMINTAAN. SAYA SEDIA MENOLONG. TERIMA KASIH.
Sultan Mahmud ingin beristeri lagi setelah ibu Raja Ahmad meninggal dunia. Baginda inginkan isteri yang luar biasa lalu menitahkan Laksamana dan Sang Setia melaksanakannya. Tun Mamat mengarahkan orang Inderagiri menebas jalan. Laksamana, Sang Setia, dan Tun Mamat bertolak ke Gunung Ledang. Oleh sebab perjalanannya terlalu sukar, Tun Mamat dan beberapa orang yang pantas berjalan sahaja yang sanggup ke puncak gunung itu.
Tiba di puncak gunung, buluh perindu pun berbunyi. Tun Mamat tiba di sebuah taman yang sangat indah. Di taman itu, Tun Mamat bertemu sebuah balai. Perkakas balai itu diperbuat daripada tulang dan atapnya rambut. Tun Mamat berdialog dengan seorang perempuan tua yang duduk di atas balai dan kemudian menyampaikan hajat Sultan Mahmud. Dang Raya Rani (pengetua Tuan Puteri Gunung Ledang) meminta izin untuk bertanya yang empunya diri.
Seorang perempuan tua, bongkok belakangnya, berlipat tiga, menyampaikan syarat-syarat penerimaan pinangan, iaitu satu jambatan emas, satu jambatan perak, hati nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh dulang, air mata setempayan, darah raja semangkuk, dan darah Raja Ahmad semangkuk. Sultan Mahmud sanggup menyediakan kesemuanya kecuali darah Raja Ahmad.
Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Kenuntuk mendapatkan nota yang lengkap [ sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran....]
Raja Indera Maya diminta oleh nakhoda kapal mengenal jantina anak itik yang baru menetas. Jika dapat mengenalnya, baginda akan memperoleh tiga buah kapal termasuk semua muatan yang ada didalamnya. Sebaliknya, negeri baginda akan menjadi milik nakhoda,sekiranya baginda gagal mengenal pasti jantina anak itik itu.
Pak Belalang sebagai ahli nujum dititahkan baginda menyelesaikan masalah tersebut. Pak Belalang berdukacita kerana takut helah pembohongannya akan diketahui oleh Raja Indera Maya. Pak Belalang berdoa agar Allah membantunya menyelesaikan masalah tersebut.
Pada malam yang ketiga, Pak Belalang mengayuh sampan mendekati kapal nakhoda. Pada masa itu nakhoda sedang berbual dengan isterinya. Pak Belalang gembira kerana dapat mendengar rahsia tentang cara menentukan jantina anak itik melalui perbualan nakhoda dengan isterinya itu.
Pada pagi esoknya, nakhoda dan anak-anak kapalnya hadir menghadap Raja lndera Maya. Pak Belalang pun dipanggil menghadap. Dengan mudah Pak Belalang dapat menjawab soalan nakhoda. Jantina anak itik dapat dikenal pasti apabila dilepaskan ke dalam air. Anak itik betina cepat menyelam manakala anak itik jantan lambat menyelam. Dengan terjawabnya persoalan itu, nakhoda terpaksa menyerahkan ketiga-tiga buah kapalnya kepada Raja Indera Maya. Nakhoda, isteri, dan anak-anak kapalnya pulang ke negeri mereka dengan berpakaian sehelai sepinggang dan menaiki tiga buah perahu yang diberikan oleh Raja Indera Maya.
Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Kenuntuk mendapatkan nota yang lengkap [ sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran....]
Cikgu Bustam menyuruh murid-murid Tahun Enam Kenanga menulis karangan yang bertajuk "Saya Sayang Ayah". Semua muriddigalakkan berbincang, tetapi hal itu tidak menggembirakan
Angamah. Angamah tidak tahu apa yang harus ditulisnya. Diateringat akan ayah tirinya yang bengis, yang tanpa belas kasihan memukulnya dengan kayu, rotan, dan tali pinggang. Sudah berkali-kali dia dipukul teruk oleh ayah tirinya itu. Malah, Angamah selalu dipersalahkan apabila adik-adiknya menangis. Emaknya tidak pernah menolongnya. Angamah pernah tidak pergi ke sekolah selama tiga hari kerana menderita kesakitan dibelasah oleh ayahnya.
Cikgu Bustam memanggil Angamah kerana dia tidak menghantar buku karangan. Angamah hanya menangis tanpa memberitahukan masalah sebenar yang dihadapinya. Pada suatu pagi, Cikgu Bustam mendapati Angamah dalam kesakitan. Angamah dibawa berjumpa dengan Guru Besar. Angamah menceritakan penderitaan yang ditanggungnya akibat daripada deraan ayah tirinya. Guru Besar hendak membuat laporan polis. Tiba-tiba dua orang anggota polis datang. Angamah dibawa ke hospital. Angamah dimaklumkan bahawa ayahnya mati akibat kemalangan di tempat kerja. Angamah menangis. Angamah tetap sayang akan ayahnya.
Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Kenuntuk mendapatkan nota yang lengkap [ sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran....]
Oleh sebab terlalu percayakan raja serta hormat dan taat kepada raja, maka Pak Kadok tanpa berfikir panjang menerima permintaan baginda untuk bertukar ayam. Pak Kadok menggadaikan kampung halaman kepada raja dengan nilai 50 rial untuk dijadikan wang pertaruhan.
Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Kenuntuk mendapatkan nota yang lengkap [ sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran....]
Cerpen ini mengisahkan seorang remaja lelaki bernama Haidi. Dia mempunyai seorang adik perempuan bernama Sutina(ringkasnya Tina). Namun begitu adik yang sangat disayanginya itu telah meninggal dunia ketika kecil kerana menghidap sakit jantung. Kehilangan Tina begitu dirasainya.
Kenangan suka duka bersama Tina muncul kembali dalam ingatan Haidi apabila dia bersua dengan seorang pelajar perempuan bernama Kursiah yang mirip wajah dan perwatakan Tina di sekolah barunya. Setelah beberapa kali berusaha untuk bertemu muka dengan Kursiah, akhirnya Haidi dapat juga berbual dengan Kursiah walaupun tidak mendapat layanan yang mesra sewaktu rehat di kantin sekolah.
Pada hari sukan, Haidi dapat bertemu dan berbual sekali lagi dengan Kursiah yang kebetulan satu rumah sukan dengannya. Kursiah merupakan pelari jarak jauh. Haidi sangat gembira kerana Kursiah mula melayannya. Dia membayangkan adiknya Tina kalau masih hidup tentulah sebaya Kursiah juga. Haidi sempat mencabar Kursiah dengan hadiah RM5.00 jika berjaya menjadi johan dan disambut baik oleh Kursiah.
Kursiah akhirnya berjaya menjadi johan, membuatkan Haidi berasa sangat gembira dan teringatkan adiknya Tina. Namun begitu Haidi terkejut dan tiba-tiba menjadi tidak bermaya apabila melihat Kursiah diusung di atas tandu dengan muka yang biru. Haidi meraung dan menjerit supaya Kursiah segera dihantar ke hospital. Dia tidak mahu kejadian yang menimpa adik kesayangannya, Tina terjadi kepada Kursiah pula. Dalam keadaan lemah itu Haidi berdoa agar Kursiah tidak mati dan dapat menjadi pengganti adiknya, Tina.
Plot
Permulaan
Dalam cerpen "Tina", cerita dimulakan dengan kenangan watak "`aku" terhadap pertemuannya dengan seorang pelajar perempuan yang seakan-akan adiknya, Tina yang telah meninggal dunia. Kesan peristiwa itu, dia teringat akan adiknya Tina yang telah pengsan ketika bermain layang-layang. Dalam peristiwa ini digambarkan Tina sebagai watak kanak-kanak periang dan bercita-cita tinggi. Ketika pengsan Tina mengalami tanda-tanda sakit jantung.
Perkembangan
Cerita berkembang menerusi usaha Haidi untuk bersua muka dengan Kursiah. Kali pertama dia gagal kerana gadis itu berjaya melarikan diri. Kali kedua dia dapat berbual dengan gadis tersebut di kantin sekolah walaupun tidak mendapat layanan baik daripadanya. Akhirnya, dia dapat berbual mesra dengan gadis tersebut ketika Hari Sukan kerana dia serumah dengan gadis itu. Gadis itu menyertai acara lari jarak jauh manakala Haidi pula menyertai acara lompat tinggi.
Klimaks
Klimaks cerita berada pada -peristiwa gadis tersebut pengsan setelah memenangi acara 5 000 meter. Haidi begitu terkejut dan takut kalau-kalau gadis tersebut akan meninggal dunia seperti adiknya, Tina.
Peleraian
Cerita diakhiri dengan Haidi teringat akan adiknya Tina yang diusung keluar dari ambulans, diikuti dengan tangisan keluarga dan orang-orang kampung. Haidi pula tidak jadi menyertai acara lompat tinggi kerana badannya lemah dan terpaksa dipapah setelah melihat peristiwa yang dialami oleh gadis tersebut. Namun begitu, Haidi tetap berdoa agar gadis itu tidak meninggal dunia dan dapat menjadi pengganti adiknya, Tina.
Imbas kembali
Dalam mengembangkan plot, pengarang menggunakan teknik imbas kembali untuk mengemukakan kenangan Haidi terhadap adiknya, Tina. Pengarang turut memasukkan unsur konflik pada watak Haidi, iaitu Haidi berasa sedih dan sering teringat akan peristiwa bersama adik kesayangannya yang telah meninggal dunia dan ketika dia berhadapan dengan gadis yang seakan-akan adiknya yang tiba-tiba pengsan setelah menyertai perlumbaan lari jarak jauh.
Ada sedikit unsur saspens dalam cerpen ini, iaitu pada awal cerita di mana pembaca tertanya-tanya siapakah sebenarnya "aku" yang dikemukakan pada awal cerita ini. Pembaca juga tertanyatanya berjayakah "aku" berjumpa dengan gadis tersebut dan tertanya-tanya sama ada gadis tersebut dapat diselamatkan atau tidak ketika dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Kenuntuk mendapatkan nota yang lengkap [ sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran....]
Cerpen ini mengisahkan pergolakan jiwa Muliati, gadis cacat yang baru saja menamatkan pengajian di universiti. Pergolakan dalam jiwa Muliati itu berpunca daripada perasaan rindunya kepada Cikgu Balkis. Cikgu Balkis bukan sahaja pernah mengajarnya, malah Cikgu Balkis telah menganggapnya sebagai anak angkat. Namun demikian, sewaktu Muliati belajar di Tingkatan Lima, dia terbabit dalam kemalangan, iaitu ketika menyertai ekspedisi ke dalam hutan. Akibat kemalangan itu, kaki dan tangannya cacat. Dalam keadaan yang serba kekurangan itu, Cikgu Balkis terus memberikan semangat dan dorongan kepada Muliati supaya meneruskan pelajaran ke universiti. Ayah, ibu dan tiga orang adiknya pula terkorban dalam satu kemalangan jalan raya. Selepas kematian ayah dan ibunya itu, dia telah dijaga oleh neneknya.
Muliati tabah dan gigih untuk meneruskan pelajarannya di universiti walaupun dirinya cacat. Dia tidak pernah mengesali perkara buruk yang telah menimpa dirinya itu. Sebaliknya, dia terus berusaha dengan prinsip hidup “selagi dia hidup, selagi itulah perjuangannya akan diteruskan”.
Namun demikian, apabila Muliati berjaya melanjutkan pelajarannya ke universiti, Cikgu Balkis telah berubah sikap. Beliau enggan bertemu atau ditemui oleh Muliati. Pelbagai alasan telah diberikan oleh Cikgu Balkis kerana tidak mahu bertemu dengan Muliati. Sikap Cikgu Balkis itu benar-benar telah menyeksa perasaan Muliati. Pada hari konvokesyennya, Muliati telah menerima sekeping poskad daripada Cikgu Balkis di London. Cikgu Balkis berada di kota itu untuk menjalani pembedahan bagi merawat penyakit ganjilnya. Perkara ini menyebabkan Muliati berasa sangat sedih.
Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Kenuntuk mendapatkan nota yang lengkap [ sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran....]
Drama Serunai Malam mengisahkan Umar dan tunangnya bernama Safiah. Umar menemui Safiah di universiti lalu mereka berdua saling jatuh cinta. Pertemuan bermula ketika majlis meraikan junior dan pada waktu tersebut lagu Serunai Malam diputarkan, Umar memberitahu Safiah dia akan mengambil diploma pendidikan untuk menjadi guru. Pada mulanya, Safiah tidak bersetuju dengan cadangan Umar kerana mahu Umar bekerja sebagai pegawai kerajaan (MSC) atau pegawai di Kementerian Luar Negeri (Foreign Service). Bagaimanapun, Umar tetap dengan pendirian untuk menjadi guru dengan alasan dia berminat untuk menjadi guru agar dapat berbakti kepada masyarakat di kampungnya. Pada masa itu tidak banyak graduan universiti menjadi guru dan negara sedang mengalami kekurangan guru. Babak seterusnya ialah kedatangan ayah Umar, Majid ke rumah Safiah untuk melihat Majlis Konvokesyen Umar. Ibunya tidak dapat hadir kerana ada kenduri potong jambul di kampung. Majid membawa beras baru, petai dan tempoyak sebagai buah tangan dan makanan tersebut kegemaran Umar. Ibu Safiah menyambut kedatangan Majid dan memberi layanan yang baik. Dia meminta Safiah menghidangkan air untuk Majid. Mereka berbual tentang hajat Majid dan isterinya yang hendak ke Mekah.Majid berhasrat menjual tanah dusun yang berdekatan hutan kerana banyak orang yang telah bertanya. Majid pula tidak pernah dapat merasa hasil kebunnya akibat dimakan kera. Majid terkejut melihat bakal menantunya, Safiah yang berpakaian seksi iaitu berseluar ketat. Majid meluahkan perasaannya kepada Umar dan Umar berjanji akan mengubah penampilan Safiah apabila berkahwin kelak. Safiah terus memujuk Umar bekerja di Kementerian Luar Negeri tetapi Umar tetap dengan keputusannya untuk menjadi guru di kampungnya. Umar kemudiannya, menceritakan kesusahan hidupnya pada waktu dulu iaitu ayahnya hanya bekerja sebagai penebang pokok di dalam hutan manakala ibunya tidak bekerja. Umar pergi ke sekolah berkaki ayam dan tidak membawa wang saku. Dia selalu ke sekolah dengan perut kosong dan berjalan kaki ke sekolah.Umar menjelaskan kepada Safiah bahawa dia perlu menjadi guru untuk membangunkan masyarakat di kampungnya. Safiah akhirnya mengalah dan bersetuju agar Umar menjadi guru. Umarteringat semula peristiwa masa lalu bersama-sama Safiah dan teringat akan lagu Serunai Malam yang menjadi kegemaran mereka.
Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Kenuntuk mendapatkan nota yang lengkap [ sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran....]
Annyss Sophillea seorang gadis dari planet Alstonia, mencari kembarnya,Eyrique Etiqaz yang hilang ketika hendak ditabalkan menjadi raja di Alstonia.
Annyss mengembara ke bumi untuk mencari Eyrique dan berjumpa dengan Akmal. Pertemuan Annyss yang singkat dengan Akmal telah menjalinkan ikatan persahabatan yang erat.
Annyss terpaksa kembali semula ke Alstonia dan meninggalkan Akmal kerana gagal menemui Eyrique di bumi. Annyss memberikan seutas kalung bersama loket permata kepada Akmal dan kembali ke Alstonia dengan Eustary.
Annyss bertafakur di kubur ayahandanya dan berjanji akan menemukan Eyrique untuk menjadi raja di Alstonia Strenn, sepupunya mempengaruhi Annyss melupakan Eyrique, berkahwin dengannya dan menjadi permaisuri Alstonia. Strenn, menculik Eyrique kerana mahu menjadi raja di Alstonia.
Ayahanda Eyrique & Annyss mangkat ketika mereka belum dewasa. Eyrique tidak layak menjadi raja, digantikan adinda ayahandanya iaitu ayahanda Strenn. Penyerahan takhta kepada Eyrique tidak disetujui Strenn kerana dia mahu menjadi raja di Alstonia.
Annyss menolak pujuk rayu Strenn untuk menjadi isterinya malah dengan berani mengatakan dia sudah menjumpai Eyrique untuk ditabalkan menjadi raja Alstonia. Akmal sampai ke Alstonia, bersama Annyss mencari Eyrique ditemani Eustary.
Annyss dan Akmal akhirnya dapat menemui Eyrique di sebuah bilik kurungan di hujung terowong rahsia. Eyrique dapat dikeluarkan dalam keadaan lemah. Tenaganya pulih setelah menyentuh tanduk Eustary.
Strenn dan pengikut-pengikutnya datang untuk menentang mereka. Berlaku pertempuran antara Eyrique dan Strenn. Eyrique hampir kalah. Akmal mengeluarkan pistolnya lalu menembak Strenn. Akmal mengalami kesakitan seperti Strenn.
Di Alstonia sesiapa yang membunuh akan turut terbunuh. Eyrique dan Annyss berpadu tenaga meletakkan tangan di atas dada Akmal untuk menyelamatkan akmal. Akhirnya Akmal terselamat.
Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Kenuntuk mendapatkan nota yang lengkap [ sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran....]