PENGUMUMAN

BLOG INI DITERBITKAN UNTUK MEMUDAHKAN ANAK-ANAK MURID SAYA MEMUAT TURUN LATIHAN, NOTA, JAWAPAN CONTOH , RAMALAN DAN MEMBERIKAN CADANGAN. BAHAN-BAHAN DALAM "SUDUT PELAJAR" HANYA UNTUK RUJUKAN MURID-MURID KEN SAHAJA. HAL INI BERLAKU DEMIKIAN KERANA SESETENGAH BAHAN DALAM SUDUT PELAJAR MERUPAKAN BAHAN KAWALAN HAK CIPTA, OLEH ITU SAYA TIDAK BERHAK MENGUMUMKAN BAHAN-BAHAN PILIHAN TERSEBUT. JADI, JANGAN MARAH SEKIRANYA ANDA TIDAK DAPAT MELAYARI "SUDUT PELAJAR". SILA HUBUNGI SAYA MELALUI MSN: kenlee@live.com.my SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU PERMINTAAN. SAYA SEDIA MENOLONG. TERIMA KASIH.



TAKWIM PEPERIKSAAN

Custom Search
PENGUMUMAN TARIKH PEPERIKSAAN AWAM


UPSR 2011
UPSR Ujian Bertulis 13, 14 & 15 September 2011 (3 hari)


PMR 2011
Ujian Bertulis 4-6 Oktober 2011,10 - 11 Oktober 2011 (5 hari)


SPM 2011
AMALI OKTOBER
Ujian Bertulis 14 November - 14 Disember 2011 (16 hari)


STPM 2011
LISAN 20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
BERTULIS 21 November 2011 - 15 Disember 2011

                                           Ken Lee

Tuesday, April 28, 2009

Flower of a red onion

大家看过红葱仔开花吗?

这是我弟媳种的长豆....


这也是我弟媳种的....


这就是开花的红葱仔了...





ADDITIONAL MATHEMATICS PROJECT 2009

SAMPLE ANSWERS FOR ADDITIONAL MATHEMATICS PROJECT 2009

PART 1/2/3



PREVIOUS YEAR'S SAMPLE


Pelajar Ken please enter Sudut Pelajar Ken for FULL COPY


Sunday, April 26, 2009

CERPEN : BUDI YANG TAK TERBELI oleh KHADIJAH HASHIM

SINOPSIS

Mengisahkan pengorbanan hati budi seorang ibu tua, Jemah terhadap anaknya, Murni. Kisah bermula dengan persetujuan ibu tua itu yang menerima pelawaan anaknya Murni untuk tinggal bersarna-sama dengannya di bandar. Sebagai orang kampung, Jemah telah biasa melakukan pelbagai kerja kampung dan setibanya di rumah anaknya itu kehidupannya serba tidak kena. Bagi Murni pula, dia berharap agar ibunya dapat duduk-duduk berehat di rumahnya tanpa perlu memikirkan kerja-kerja hariannya lagi. Pada pendapat Murni sudah sampai masanya dia membalas jasa dan pengorbanan ibu tua itu terhadapnya......


Namun begitu kesibukan anak menantunya bekerja menyebabkan Jemah sering tinggal sendiri. Hal ini menyebabkan dia sentiasa teringat akan kampung halamannya. Dia menjadi risau kerana tidak bekerja. Hal ini menyebabkan lekas tangannya mencapai tajak dan menajak rumput di sekeliling rumah anak menantunya itu. Hatinya benar-benar puas dan tidak sabar-sabar menunggu kepulangan anak menantunya itu. Namun, setelah lama menunggu akhirnya dia terdengar akan suara orang marah-marah. Dia tidak menyangka bahawa perbuatannya menajak rumput di sekeliling rumah telah menimbulkan kemarahan menantunya. Namun begitu Murni, sebagai seorang anak yang bersopan tetap mempertahankan ibunya walaupun disindir oleh suaminya......


Setelah orang gaji anaknya pulang, sekali lagi Jemah termangu‑mangu di rumah tidak tahu apa yang perlu dibuat. Sebaik terpandangkan sebatang anak mempelam, dia teringatkan anaknya Murni yang begitu gemarkan asam mempelam jeruk. Tanpa membuang masa dia terus terburu-buru mencapai parang pendek dan menebang pokok ketapang di hadapan rumah anaknya itu. Tempatnya itu digantikan dengan anak asam mempelam. Kepulangan menantunya sekali lagi dipenuhi dengan suara kemarahan akibat perbuatannya itu......


Jemah kemudiannya mengambil keputusan untuk pulang semula ke kampung halamannya. Hatinya lebih senang tinggal di kampung. Walaupun ibunya tinggal di kampung, anaknya Murni tetap tidak lupa untuk mengirimkan wang kepada ibunya. Tindakannya itu sering mendapat tentangan daripada suaminya yang berpendapat bahawa tidak perlu isterinya memberikan bantuan kepada mentuanya itu kerana hasil tanaman dan ternakan mentuanya di kampung sudah cukup untuk menampung penghidupan mentuanya. Sikap yang ditunjukkan oleh Jamal kadang kala menyebabkan Murni hampir-hampir hilang sabar namun hanya dipendamkannya sahaja......


Suatu hari mereka menerima telegram daripada ibu di kampung yang meminta mereka pulang segera. Jamal terus berprasangka buruk terhadap mentuanya. Setibanya di kampung barulah mereka mengetahui hal yang sebenarnya. Tidak disangka oleh mereka ibu tua itu sanggup membelikan sekeping tanah untuk mereka dengan wang kiriman yang dikumpulkan oleh Murni dan ditokok tambah oleh wang sakunya sendiri. Murni dan Jamal terpegun dengan pengorbanan kasih dan budi ibunya.....


Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Ken untuk mendapatkan nota yang lengkap [sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran/latihan....]

ANSWER FOR QUADRATIC EQUATIONS / FUNCTIONS












FORM FIVE SUNDAY CLASS : BRING FORM 4 / 5 WORKBOOKS ON NEXT SUNDAY!

Tuesday, April 21, 2009

CERPEN : HIKAYAT MAT JENIN oleh Mohd. Ismail Sardini

SINOPSIS

Mat Jenin sentiasa dirundung malang. Pada usia lima tahun, bapa dan emaknya meninggal dunia. Pada usia tujuh tahun, neneknya pula meninggal dunia. Datuknya menasihati Mat Jenin supaya rajin belajar dan tidak mewarisi kerja sebagai pemanjat kelapa. Di sekolah, Mat Jenin menjadi bahan ejekan kawan-kawannya. Mat Jenin lulus SRP dengan keputusan yang baik tetapi dia bertekad hendak berhenti sekolah......



Mat Jenin memulakan kerjaya warisan keluarga, iaitu sebagai pemanjat kelapa dan penjual kelapa muda. Langkah pertamanya gagal. Cikgu Rosh membawa Mat Jenin bekerja di restoran milik abangnya, Haji Sapudin di kota. Selama lima tahun Mat Jenin bekerja dengan jujur dan mempelajari selok-belok perniagaan daripada Haji Sapudin. Kemudian, Mat Jenin berjava membuka restorannya sendiri......


Selepas menerbitkan iklan dalam akhbar, perniagaan Mat Jenin semakin maju. Hal itu menarik perhatian penulis rencana akhbar Sinaran Kota, Raja Nor Mustaqimah untuk menulis rencana tentang kejayaan Mat Jenin. Selepas tersiarnya rencana itu, orang ramai mula mengetahui wujudnya Mat Jenin moden yang berjaya dalam bidang perniagaan. Mat Jenin akhirnya berkahwin dengan Raja Nor Mustaqimah. Mereka dikurniai anak lelaki pada hari perasmian Restoran Mat Jenin cawangan ketiga oleh seorang menteri di Bandar K......


Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Ken untuk mendapatkan nota yang lengkap [sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran/latihan....]


Sunday, April 19, 2009

CERPEN TINGKATAN 5: PUSARAN oleh S. Othman Kelantan

SINOPSIS

Cerpen ini mengisahkan watak Junid, seorang kanak-kanak yang berusia enam tahun. Junid sangat akrab dan sangat menyayangi lembu peliharaan keluarganya yang dinamakan Pusaran. Junid tidak dapat berpisah dengan Pusaran. Junid menjaga Pusaran dengan baik sekali. Junid tidak membenarkan bapanya mencucuk hidung Pusaran. Pusaran dilepas dengan bebas tanpa diikat. Junid suka bermain dengan Pusaran.....

Junid mempunyai persamaan dengan Pusaran iaitu, jika Pusaran sakit, Junid pun turut sakit. Seorang bomoh buta, Pak Cik Kar mengatakan bahawa Junid dan Pusaran adalah adik-beradik. Kata-kata bomoh itu dipercayai oleh orang-orang kampung. Bapa Junid, Mohsin dan ibunya Musalmah cuba memisahkan Junid dengan menghantar Junid ke sekolah namun keakraban Junid dengan Pusaran tidak juga luntur......

Pada musim Raya Haji, Mohsin telah mengambil tindakan dengan menjual Pusaran kepada Tuan Haji Subki. Apabila mendapati Pusaran tiada, Junid menangis dan meraung seluruh kampung sambil mencari Pusaran. Junid berjumpa dengan kumpulan orang kampung yang sedang bersiap untuk menyembelih Pusaran. Junid terus memeluk Pusaran dan meminta dirinya dibunuh sama. Kejadian itu menyebabkan Tuan Haji Subki membatalkan niat untuk menyembelih Pusaran dan menasihati Mohsin supaya berbincang dengan Junid sebelum membuat keputusan. Mohsin berjanji tidak akan memisahkan Junid dengan Pusaran.
.....

Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Ken untuk mendapatkan nota yang lengkap [sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran/latihan....]

Friday, April 10, 2009

PROSA TRADISIONALTINGKATAN 2 : BATU oleh Rahman Shaari

SINOPSIS


Iskandar bertemu dengan Mazlan di kaki lima sebatang jalan. Mazlan bertanyakan Iskandar arah ke Jalan Raja Angkasa, tetapi Iskandar tidak tahu. Zainol hadir pada situasi itu dan bertanyakan tujuan Mazlan hendak ke Jalan Raja Angkasa. Mazlan menerangkan tujuan dan hasratnya. Hal ini mengundang minat Zainol untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang batu gandapuri.....


Di dalam sebuah restoran, Mazlan menunjukkan akan kehebatan batu gandapuri kepada Iskandar dan Zainol. Zainol berminat untuk membeli batu tersebut. Ketika Zainol pergi mendapatkan wang di bank, Mazlan menawarkan batu hikmat itu kepada Iskandar dengan harga yang lebih rendah dengan alasan dia tidak menyenangi dan menyukai sikap Zainol.....


Iskandar bersetuju membelinya. Iskandar pergi ke Jalan Melaka untuk bertemu sahabatnya, Malik. Kehebatan batu ajaib itu diceritakan oleh Iskandar kepada Malik yang merupakan bekas pelajar Tingkatan Enam Sains. Malik menerangkan sebab dan akibat bagaimana batu gandapuri itu boleh bergerak menurut kaedah sains. Iskandar sedar dia cuba ditipu oleh Mazlan.....


Iskandar kembali ke restoran tempat Mazlan menunggunya. Iskandar diajar mantera untuk menjampi batu gandapuri. Malik datang bersama kawannya yang turut ingin membeli batu ganda puri itu. Mazlan akhirnya ditangkap oleh anggota polis yang menyamar sebagai pembeli tersebut atas dakwaan cuba menipu.....



MESEJ

  • Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
  • Lembut budi bahasa bukan bererti semuanya ikhlas dan jujur.
  • Ilmu itu penting dan wajib dituntut atau dipelajari.
  • Berwaspada dan berfikir dengan rasional dan waras sebelum bertindak.
  • Berhati-hati dan berwaspada dengan pujuk rayu seseorang.
  • Peka terhadap sesuatu yang berlaku terutama gejala sosial dan bertanggungjawab membanterasnya atau melaporkannya kepada pihak yang berkuasa.
  • .............................



Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Ken untuk mendapatkan nota yang lengkap [sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran/latihan....]


PROSA TRADISONAL : TUJUH PUTERI TURUN KE DUNIA 七仙女下凡

SINOPSIS

  • Tuanku Malim Demam bersembunyi藏 di bawah kawah semasa tujuh orang puteri kayangan仙女 turun ke dunia下凡.....

  • Apabila ketujuh-tujuh puteri itu mandi-manda, Malim Deman menukar dirinya把自己伪装为 menjadi orang tua hodoh丑陋 lalu mengambil baju layang kain layang Tuan Puteri Bongsu.....

  • Puteri Bongsu小仙女 tidak dapat kembali ke kayangan不能回天堂 kerana gagal menemukan pakaian yang diambil oleh Malim Deman.....

  • Puteri Bongsu berjumpa dengan orang tua pengail钓鱼者 yang hodoh lalu bertanya tentang baju layang kain layangnya tetapi tidak dilayan不被理..

  • Akhirnya, pengail itu berpantun. Melalui pantun itu, Puteri Bongsu mengesyaki怀疑 pakaiannya yang hilang itu ada pada pengail. Perkara itu diadukan投诉 kepada Nenek Kebayan....

  • Ketika Puteri Bongsu menumpang借宿 di rumah Nenek Kebayan, pengail hodoh menukarkan dirinya kembali menjadi Malim Deman yang elok rupanya.....

  • Puteri Bongsu pun terpikat被吸引. Nenek Kebayan mengatur安排 pernikahan婚礼 antara Malim Deman dengan Puteri Bongsu. Hiduplah mereka berdua sebagai suami isteri......

Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Ken untuk mendapatkan nota yang lengkap [sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran/latihan....]

PROSA TRADISIONAL TINGKATAN 1: LEBAI MALANG

SINOPSIS


  • Lebai Malang dijemput menghadiri tiga majlis, iaitu menziarahi jenazah, kenduri khatam pengajian, dan kenduri maulid.
  • Setelah bersembahyang Zuhur, Lebai Malang pun berfikir sebelum membuat keputusan.
  • Jika menziarahi jenazah, dia akan menerima sedekah kain putih dan tikar.
  • Jika dia pergi ke majlis khatam pengajian, dia akan dijamu makan dan menerima sedekah.
  • Jika dia pergi ke kenduri maulid, dia akan dijamu makan lempeng penganan.
  • Dia mengambil keputusan untuk menziarahi jenazah terlebih dahulu kerana perbuatan itu bersesuaian dengan sabda Rasulullah.
  • Ketika dia sampai di semua tempat, acara telah pun selesai.
  • Dia hanya diberi sebungkus lempeng ketika sampai di majlis kenduri maulid.
  • Dia berjalan pulang ke rumahnya.
  • Sampai di kampung, dia teringat akan air nira di atas pohon kabung yang belum berambil.
  • Ketika dia mengambil bacuk yang penuh berisi nira, seekor anjing melarikan lempengnya.
  • Lebai Malang membaling anjing itu dengan golok tetapi tidak kena.
  • Dia membaling anjing itu dengan bacuk nira tetapi tidak kena juga.
  • Lebai Malang meluncur turun dari atas pokok lalu mengejar anjing itu.
  • Lebai Malang menanggalkan semua pakaiannya lalu menyumbat lubang kayu itu.
  • Anjing keluar melalui lubang sebelah lagi.
  • Tidak lama selepas itu, dua ekor burung punai terbang menghala kepada Lebai Malang.
  • Lebai Malang berjaya memerangkap burung-burung itu di bawah ketiaknya.
  • Namun, kedua-duanya berjaya melepaskan diri semasa Lebai Malang berusaha menangkapnya.
  • Apabila Lebai Malang sampai di rumah, dia dipukul isterinya dengan kayu api kerana bertelanjang bulat.
  • Dia lari ke dalam kelambu mencari kain lalu duduk memikirkan nasib malang yang menimpanya.
Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Ken untuk mendapatkan nota yang lengkap [ sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran....]

Thursday, April 9, 2009

CERPEN : DUGONG oleh Hizairi Othman

SINOPSIS

Tuk Dugong dan Nak Dugong berbual tentang sejarah duyung dan nasib keturunan dugong.
Kehidupan dugong kian terancam kerana manusia sentiasa memburunya. Tuk Dugong sedar bahawa keturunan dugong semakin pupus........

Sewaktu Nak Dugong hendak pergi berjumpa dengan Tuk Dugong, Nak Dugong I dan Nak Dugong II mengajak Nak Dugong pergi ke sebelah barat kerana di sana banyak terdapat sumber makanan, iaitu rumpai dan plankton. Cik Dugong menasihati Nak Dugong supaya tidak pergi ke sebelah barat kerana kawasan itu berbahaya. Namun demikian, nasihat itu tidak diendahkan oleh Nak Dugong.........

Semasa Nak Dugong I dan Nak Dugong II bergembira menjamu selera, kedua-duanya ditangkap oleh manusia. Tuk Dugong menyuruh Nak Dugong menyelamatkan diri
dan melarang Nak Dugong menyelamatkan Nak Dugong I dan Nak Dugong II. Tuk Dugong pula ditikam dengan lembing ketika mencuba menyelamatkan Nak Dugong. Nak Dugong akhirnya sempat menyelamatkan diri........

Cerpen ini juga ...............


Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Ken untuk mendapatkan nota yang lengkap [ sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran....]

Ken Calculator