PENGUMUMAN

BLOG INI DITERBITKAN UNTUK MEMUDAHKAN ANAK-ANAK MURID SAYA MEMUAT TURUN LATIHAN, NOTA, JAWAPAN CONTOH , RAMALAN DAN MEMBERIKAN CADANGAN. BAHAN-BAHAN DALAM "SUDUT PELAJAR" HANYA UNTUK RUJUKAN MURID-MURID KEN SAHAJA. HAL INI BERLAKU DEMIKIAN KERANA SESETENGAH BAHAN DALAM SUDUT PELAJAR MERUPAKAN BAHAN KAWALAN HAK CIPTA, OLEH ITU SAYA TIDAK BERHAK MENGUMUMKAN BAHAN-BAHAN PILIHAN TERSEBUT. JADI, JANGAN MARAH SEKIRANYA ANDA TIDAK DAPAT MELAYARI "SUDUT PELAJAR". SILA HUBUNGI SAYA MELALUI MSN: kenlee@live.com.my SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU PERMINTAAN. SAYA SEDIA MENOLONG. TERIMA KASIH.



TAKWIM PEPERIKSAAN

Custom Search
PENGUMUMAN TARIKH PEPERIKSAAN AWAM


UPSR 2011
UPSR Ujian Bertulis 13, 14 & 15 September 2011 (3 hari)


PMR 2011
Ujian Bertulis 4-6 Oktober 2011,10 - 11 Oktober 2011 (5 hari)


SPM 2011
AMALI OKTOBER
Ujian Bertulis 14 November - 14 Disember 2011 (16 hari)


STPM 2011
LISAN 20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
BERTULIS 21 November 2011 - 15 Disember 2011

                                           Ken Lee

Friday, August 1, 2008

Ramalan soalan karangan spm/pmr 2008

____________________________________________

Isu tentang Budaya Membaca sering menjadi tajuk penulisan di sekolah, namun kebanyakan soalan yang ditanya adalah tentang faedah membaca dan langkah-langkah untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita....soalan-soalan tentang peranan lain budaya membaca jarang didedahkan kepada pelajar. Di sini, saya kemukakan satu contoh soalan yang jarang disentuh:


Apakah peranan Budaya Membaca dalam usaha merealisasikan wawasan negara?

_________________________________________________________

Pelajar Ken diingatkan supaya membaca kesemua karangan contoh yang telah saya edarkan sebelum ini kerana soalan berkenaan dengan Budaya Membaca adalah antara tajuk hangat soalan SPM / PMR 2008

  • faktor remaja/masyarakat kurang berminat membaca
  • faedah membaca
  • cara-cara untuk menggalakkan remaja/masyarakat membaca
  • peranan masyarakat / kerajaan / ibu bapa

Ramalan soalan karangan spm 2008

____________________________________________

Isu berkaitan Semangat Kejiranan masih lagi merupakan salah satu daripada skop pilihan saya dalam soalan karangan SPM pada tahun ini. Calon-calon perlu masak akan faktor-faktor kelunturan semangat kejiranan pada masa ini , kesan-kesan kelunturan serta cara-cara untuk menyemarakkan semangat kejiranan.

____________________________________________

Ramalan soalan karangan upsr 2008

____________________________________________

Isu tentang gotong-royong berkemungkinan menjadi skop utama dalam penilaian UPSR 2008 SJK. Antara skop yang menjadi fokus ramalan termasuklah kempen/ aktiviti gotong-royong, kebaikan aktiviti bergotong-royong dan usaha-usaha untuk menggalakkan aktiviti ini dalam kalangan masyarakat kita.
____________________________________________

Kebaikan-kebaikan

1. mempercepat dan meringankan sesuatu pekerjaan yang berat
2. memupuk perpaduan dalam kalangan penduduk setempat seterusnya segenap lapisan masyarakat
3. mengisi masa lapang dengan berfaedah
4. sebagai salah satu daripada aktiviti yang mampu menjana kesihatan masyarakat
5. memupuk nilai-nilai murni dan memberi peluang kepada masyarakat untuk menghayati erti bekerjasama....

peribahasa yang bersesuaian:

1. bagai aur dengan tebing
2. bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
3. bersatu teguh, bercerai roboh......


Ramalan soalan karangan pmr 2008



____________________________________________

Isu tentang Kes Ragut termasuk faktor penyebab, kesan dan cara-cara untuk mengatasi merupakan isu hangat yang berkemungkinan ditanya dalam Bahasa Malaysia PMR pada tahun ini.

____________________________________________

Ken Calculator