PENGUMUMAN

BLOG INI DITERBITKAN UNTUK MEMUDAHKAN ANAK-ANAK MURID SAYA MEMUAT TURUN LATIHAN, NOTA, JAWAPAN CONTOH , RAMALAN DAN MEMBERIKAN CADANGAN. BAHAN-BAHAN DALAM "SUDUT PELAJAR" HANYA UNTUK RUJUKAN MURID-MURID KEN SAHAJA. HAL INI BERLAKU DEMIKIAN KERANA SESETENGAH BAHAN DALAM SUDUT PELAJAR MERUPAKAN BAHAN KAWALAN HAK CIPTA, OLEH ITU SAYA TIDAK BERHAK MENGUMUMKAN BAHAN-BAHAN PILIHAN TERSEBUT. JADI, JANGAN MARAH SEKIRANYA ANDA TIDAK DAPAT MELAYARI "SUDUT PELAJAR". SILA HUBUNGI SAYA MELALUI MSN: kenlee@live.com.my SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU PERMINTAAN. SAYA SEDIA MENOLONG. TERIMA KASIH.



TAKWIM PEPERIKSAAN

Custom Search
PENGUMUMAN TARIKH PEPERIKSAAN AWAM


UPSR 2011
UPSR Ujian Bertulis 13, 14 & 15 September 2011 (3 hari)


PMR 2011
Ujian Bertulis 4-6 Oktober 2011,10 - 11 Oktober 2011 (5 hari)


SPM 2011
AMALI OKTOBER
Ujian Bertulis 14 November - 14 Disember 2011 (16 hari)


STPM 2011
LISAN 20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
BERTULIS 21 November 2011 - 15 Disember 2011

                                           Ken Lee

Sunday, November 9, 2008

SOALAN RAMALAN SEJARAH SPM 2008

CLICK HERE TO DOWNLOAD




KOLEKSI SOALAN-SOALAN MEMBINA AYAT

SPM TAHUN 2008 ( JULAI )

Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas

(i) bila - bila-bila
(ii) banyak - banyak-banyak
(iii) rata - rata-rata



SPM TAHUN 2007 ( NOVEMBER )

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas

(i) muka
(ii) terkemuka
(iii) bersemuka
(iv) permukaan
(v) mengemukakan
(vi) Bermuka-muka



SPM TAHUN 2007 ( JULAI )

Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas

(i) Diam
(ii) Tanggal
(iii) Tawar



SPM TAHUN 2006 ( NOVEMBER )

Tulis satu ayat bagi tiap-tiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) Sabut - Serabut
(ii) Tunjuk - Telunjuk
(iii) Guruh - Gemuruh



SPM TAHUN 2006 ( JULAI )

Tulis satu ayat daripada setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

1. Kuota
2. Konvoi
3. Kontras
4. Kontena
5. Komplot
6. komisen


SPM TAHUN 2005 ( NOVEMBER )

Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

1. Tatasusila
2. Tatacara
3. Prasyarat
4. Prasejarah
5. Dwibahasa
6. Dwitahunan


SPM TAHUN 2005 ( JULAI )

Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

1. Hari
2. Sehari
3. Harian
4. Berhari
5. Berhari-hari
6. Sehari-harian


SPM TAHUN 2004 ( NOVEMBER )

Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata majmuk di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan pada perkataan tersebut.

1. Garis panduan
2. Baik pulih
3. Hapus kira
4. Urus niaga
5. Usaha sama
6. Hak cipta



SPM TAHUN 2004. ( JULAI )

Tulis dua ayat bagi tiap-tiap kata di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa.

(i) kemas
(ii) kental
(iii) kosong
(iv) kacau
( 4 markah )

SPM TAHUN 2003.

Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham maksud dan penggunaannya.

(i) Melayarkan
(ii) Melayurkan
(iii) Mengehadkan
(iv) Mengehakkan
( 4 markah )


SPM TAHUN 2002. ( JULAI )

Tulis ayat bagi tiap-tiap pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan maknanya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukar imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa.

(i) mengalah - menggalah
(ii) bertatang - bertentang
( 4 markah )


SPM TAHUN 2002.

Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham maksud dan penggunaannya.

(i) negarawan
(ii) usahawan
(iii) cendekiawan
(iv) budayawan
( 4 markah )

SPM TAHUN 2001 :

Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.

(i) didik
(ii) pendidik
(iii) didikan
(iv) pendidikan.
( 4 markah )
SPM TAHUN 2000 :

Tulis ayat bagi tiap-tiap pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan maknanya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukar imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa

(i) kuat kuasa - dikuatkuasakan
(ii) urus niaga - diurusniagakan
(iii) bercampur aduk - mencampuradukkan
(iv) bersatu pasu - menyatupasukan
( 12 markah )

SPM TAHUN 1999 :

Tuliskan ayat bagi setiap perkatan dalam pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan maknanya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukar imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa.

(i) mengira - berkira-kira
(ii) membelit - berbelit-belit
(iii) menggulung - bergulung-gulung
(iv) menyempit - bersempit-sempit.
( 12 markah )

SPM TAHUN 1998 :

Bina satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham penggunaan dan dapat membezakan maksudnya. Anda tidak boleh menambah imbuhan atau menggunakan perkataan-perkataan itu sebagai peribahasa.

(i) tumpat - mampat
(ii) telus - tulus
(iii) lewah - lewa
( 9 markah )




SPM TAHUN 1998 ( JULAI ) :

Tuliskan ayat bagi setiap perkatan dalam pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan maknanya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukar imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa

(i) kehabisan - penghabisan
(ii) kekusutan - penyusutan
(iii) kepalsuan - pemalsuan
(iv) kerencatan - perencatan
( 12 markah )






SPM TAHUN 1997 :

Tuliskan satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan maknanya.

(i) kelepasan - pelepasan
(ii) kehidupan - penghidupan
(iii) kesempurnaan - penyempurnaan
(iv) ketetapan - penetapan
( 12 markah )


SPM TAHUN 1997 ( JULAI ) :

Tuliskan satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan maknanya

(i) kupas - kelupas
(ii) suling - seruling
(iii) kuncup - kemuncup
( 9 markah )

SPM TAHUN 1996 :

Tuliskan ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan maknanya. Anda tidak boleh menambah imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa.

(i) mengacau - meracau
(ii) mengalas - menggalas
(iii) menimang - meremang
(iv) mengisahkan - mengesahkan
( 12 markah )




SPM TAHUN 1996 ( JULAI ) :

Tuliskan satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda memahami maksud dan penggunaannya.

(i) larut
(ii) pelarut
(iii) melarutkan
(iv) larutan
(v) berlarutan
( 10 markah )







SPM TAHUN 1995 :

Tuliskan satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham penggunaannya dan maksudnya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan-perkataan itu sebagai peribahasa.

(i) perakuan
(ii) diperakui
(iii) keakuan
(iv) mengaku
(v) pengakuan
( 10 markah )
SPM TAHUN 1995 ( JULAI ) :

Tuliskan satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan maknanya. Anda tidak boleh menambah imbuhan atau menggunakan perkataan-perkataan itu sebagai peribahasa.

(i) bukan - bukan-bukan
(ii) jarang - jarang-jarang
(iii) siang - siang-siang
(iv) putus - putus-putus
( 12 markah )

SPM TAHUN 1994 :

Tuliskan satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham penggunaannya dan maksudnya.

(i) kira
(ii) berkira-kira
(iii) mengira-ngira
(iv) sekira-kira
(v) kira-kiraan
( 10 markah )
SPM ( JULAI ) TAHUN 1994

Tulislah satu ayat bagi tiap-tiap frasa di bawah untuk menunjukkan bahawa anda betul-betul faham akan maksud –maksudnya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan-perkataan itu sebagai peribahasa.

(i) Penatapan - penetapan
(ii) Penandaan – penundaan
(iii) Penegasan - penugasan
(iv) Penampalan - penampilan

SPM TAHUN 1993 :

Tuliskan satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham penggunaannya dan maksudnya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa.

(i) berbonggol-bonggol
(ii) mengungkit-ungkit
(iii) meruntun-runtun
(iv) tercungap-cungap
(v) terngiang-ngiang
( 10 markah )
SPM TAHUN 1993 ( JULAI ) :

Tuliskan satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan maknanya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan-perkataan itu sebagai peribahasa.

(i) bercerai - bercerai-ceraian
(ii) berhabis - berhabis-habisan
(iii) berjauh - berjauh-jauhan
(iv) berutus - berutus-utusan
( 12 markah )

SPM TAHUN 1992 :

Tuliskan satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan maknanya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan-perkataan itu sebagai peribahasa.

(i) bertolak - bertolak-tolakan
(ii) berlebih - berlebih-lebihan
(iii) berkeras - berkeras-kerasan
(iv) berhormat - berhormat-hormatan
( 12 markah )




SPM TAHUN 1992 ( JULAI ) :

Tuliskan satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan maksudnya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan-perkataan itu sebagai peribahasa.

(i) penatapan - penetapan
(ii) penandaan - penundaan
(iii) penegasan - penugasan
(iv) penampalan - penampilan
( 12 markah )



SPM TAHUN 1991 :

Tuliskan satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham penggunaannya dan maksudnya tanpa menambah imbuhan lagi pada perkataan-perkataan itu atau menggandakannya atau menggunakannya sebagai peribahasa.

(i) anggun - unggun
(ii) pasaran - pusaran
(iii) pikulan - pukulan
(iv) caruman - curaman.
( 12 markah )





SPM TAHUN 1991 ( JULAI ) :

Tuliskan satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam kumpulan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham maksudnya dan penggunaannya tanpa menambah imbuhan lagi pada perkataan-perkataan itu atau menggandakannya atau menggunakannya sebagai peribahasa.

(i) masyarakat
bermasyarakat
memasyarakatkan
pemasyarakatan

(ii) sisip
bersisip
menyisipkan
penyisipan
( 12 markah )

SPM TAHUN 1990 :

Tuliskan satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di dalam kumpulan perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham penggunaan dan maksudnya. Anda tidak boleh menambah imbuhan lagi pada perkataan-perkataan itu atau menggandakannya atau menggunakannya sebagai peribahasa.

(i) beragam
meragamkan
keragaman

(ii) bersahaja
menyahajakan
kesahajaan
( 12 markah )

SPM ( JULAI ) TAHUN 1990 :

Tulislah satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan maknanya. Anda tidak boleh menambah imbuhan lagi pada perkataan-perkataan itu atau menggandakannya atau menggunakannya sebagai peribahasa.

(i) Menamu - tetamu
(ii) Melayang - lelayang
(iii) Menampan - tetampan
(iv) Menjentik - jejentik
( 12 markah )

SPM TAHUN 1989:

Perkataan-perkataan di bawah mempunyai lebih daripada satu makna. Tuliskan dua ayat dengan tiap-tiap patah perkataan itu supaya jelas menunjukkan perbezaan makna itu tanpa menambahkan imbuhan atau penggandaan pada perkataan-perkataan itu atau menggunakan perkataan-perkataan itu sebagai peribahasa.

(i) menurun
(ii) mengupas
(iii) menyokong
(iv) menampung (12 markah )
SPM TAHUN 1989 ( JULAI ) :

Tuliskan satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan perbezaan maknanya tanpa menambahkan imbuhan atau penggandaan pada perkataan-perkataan itu atau menggunakan perkataan-perkataan itu sebagai peribahasa.

(i) membantah - membidas
(ii) menyampuk - menyahut
(iii) mencantum - menyambung
( 12 markah )


SPM TAHUN 1988 :

Buat satu ayat bagi tiap-tiap rangkai kata dalam pasangan rangkai kata di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan maknanya tanpa menambah imbuhan dan menggunakan gandaan.

(i) orang berdagang - orang dagang
(ii) daging berdarah - darah daging
(iii) goreng pisang - pisang goreng
(iv) susu lembu - lembu susu
( 12 markah )


SPM ( JULAI ) 1988 :

Buatlah satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan perbezaan maknanya tanpa menambah imbuhan pada perkataan-perkataan itu.

(i) pantang-pantang - pantang larang
(ii) Pahit-pahit - pahit maung
(iii) Pecah-pecah - pecah belah
(iv) Lemah-lemah - lemah lembut
( 12 markah )


SPM TAHUN 1987 :

Buatkan satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan di bawah bagi menunjukkan perbezaan maknanya tanpa menambah imbuhan atau pergandaan.

(i) menoreh - melorek
(ii) menyala - menyara
(iii) mengandung - mengundang
(iv) menanah - menanak









SPM ( JULAI ) 1987 :

Buatlah satu ayat dengan menggunakan tiap-tiap perkataan dalam pasangan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan maknanya. Anda tidak boleh menambah imbuhan pada perkataan-perkataan itu atau menggandakannya atau menggunakannya sebagai peribahasa.

(i) Mengena - pengenaan
(ii) Mendakwa – pendakwaan
(iii) Menanggung - penanggungan
(iv) Menyeleweng - penyelewengan
( 12 markah )

SPM TAHUN 1986 :

Buat satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjuk-kan perbezaan maknanya tanpa menambah imbuhan dan menggunakan gandaan/

(i) Memfitnah - menghasut
(ii) Mengayun - menggoncang
(iii) Mendedahkan - membentangkan
(iv) Mewasiatkan - mengamanahkan.
( 12 markah )

SPM ( JULAI ) TAHUN 1986 :

Perkataan-perkataan di bawah mempunyai lebih daripada satu makna. Buatkan dua ayat dengan tiap-tiap patah perkataan itu supaya jelas menunjukkan perbezaan makna itu tanpa menambah dan menggunakan gandaan.

(i) Terbilang
(ii) Terlancar
(iii) Menunda
(iv) Menggondol
( 12 markah )

SPM TAHUN 1985 :

Buat satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham penggunaannya dan maksudnya.

(i) Para-para
(ii) Pari-pari
(iii) Api-api
(iv) Ura-ura
(v) Julung-julung
(vi) Rambu-rambu
( 12 markah )









SPM ( JULAI ) TAHUN 1985 :

Buat satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahasa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak dibenarkan membubuh sebarang imbuhan pada perkataan-perkataan tersebut atau menggunakannya sebagai peribahasa.

(i) Panjang
(ii) Sepanjang
(iii) Kepanjangan
(iv) Berpanjangan
(v) Pemanjangan
(vi) Memanjangkan
( 12 markah )

SPM TAHUN 1984 :

Buat satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan maknanya tanpa menambah imbuhan dan menggunakan gandaan.

(i) Golongan - gulungan
(ii) Menonton – menuntun
(iii) Petah - petak
(iv) Tafsir - taksir
( 12 markah )

SPM ( JULAI ) TAHUN 1984 :

Buat satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak dibenarkan membubuh sebarang imbuhan pada perkataan-perkataan tersebut atau menggunakannya sebagai peribahasa.

(i) Jejaka
(ii) Lelemak
(iii) Gegetar
(iv) Dedawai
(v) Kekudung
(vi) Bebangun
( 12 markah )

SPM TAHUN 1983 :

Buat ayat dengan menggunakan tiap-tiap perkataan berganda di bawah untuk menunjukkan anda faham penggunaan dan maksudnya .

(i) Kumat-kamit
(ii) Sorak-sorai
(iii) Simpang-siur
(iv) Compang-camping
( 12 markah )





SPM ( JULAI ) TAHUN 1983 :

Buat satu ayat bagi tiap-tiap ungkapan berikut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksudnya.
(i) Menjangkau usia
(ii) Memendankan diri
(iii) Meniupkan semangat
(iv) Mengalihkan pandangan
( 12 markah )

SPM TAHUN 1982 :

Buat satu ayat dengan tiap-tiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maknanya.
(i) Lama
(ii) Selama
(iii) Lama-kelamaan
(iv) Selama-lamanya
(v) Berlama-lama
( 12 markah )

SPM ( JULAI ) TAHUN 1982 :

Buat satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah tanpa menggunakan sebarang imbuhan supaya jelas menunjukkan perbezaan maksudnya.
(i) Ragu - regu
(ii) Rasmi – resmi
(iii) Tulus - lurus
(iv) Tempoh - tempuh
( 12 markah )

SPM TAHUN 1981 :

Buat satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah tanpa apa-apa imbuhan supaya jelas menunjukkan perbezaan maksudnya.
(i) Habis - berhabis-habis
(ii) Siang - siang – siang
(iii) Jarang - jarang-jarang
(iv) Masak - masak-masak
( 12 markah )

SPM ( JULAI ) TAHUN 1981 :

Buat ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan maksudnya.
(i) Melimpah - limpahan
(ii) Mengandung – kandungan
(iii) Perangsang - rangsangan
(iv) Berselisih - perselisihan
( 12 markah )

Ken Calculator