PENGUMUMAN

BLOG INI DITERBITKAN UNTUK MEMUDAHKAN ANAK-ANAK MURID SAYA MEMUAT TURUN LATIHAN, NOTA, JAWAPAN CONTOH , RAMALAN DAN MEMBERIKAN CADANGAN. BAHAN-BAHAN DALAM "SUDUT PELAJAR" HANYA UNTUK RUJUKAN MURID-MURID KEN SAHAJA. HAL INI BERLAKU DEMIKIAN KERANA SESETENGAH BAHAN DALAM SUDUT PELAJAR MERUPAKAN BAHAN KAWALAN HAK CIPTA, OLEH ITU SAYA TIDAK BERHAK MENGUMUMKAN BAHAN-BAHAN PILIHAN TERSEBUT. JADI, JANGAN MARAH SEKIRANYA ANDA TIDAK DAPAT MELAYARI "SUDUT PELAJAR". SILA HUBUNGI SAYA MELALUI MSN: kenlee@live.com.my SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU PERMINTAAN. SAYA SEDIA MENOLONG. TERIMA KASIH.



TAKWIM PEPERIKSAAN

Custom Search
PENGUMUMAN TARIKH PEPERIKSAAN AWAM


UPSR 2011
UPSR Ujian Bertulis 13, 14 & 15 September 2011 (3 hari)


PMR 2011
Ujian Bertulis 4-6 Oktober 2011,10 - 11 Oktober 2011 (5 hari)


SPM 2011
AMALI OKTOBER
Ujian Bertulis 14 November - 14 Disember 2011 (16 hari)


STPM 2011
LISAN 20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
BERTULIS 21 November 2011 - 15 Disember 2011

                                           Ken Lee

Saturday, June 11, 2011

RAMALAN SEJARAH SPM 2011

SUBTOPIK PENTING SEJARAH SPM 2011


SPM 2011 Trial dan Ramalan SPM 2011


TINGKATAN 4

Bab 1 (Tema 1)
-Tamadun India /Indus.
-Tamadun China.
( 6 aspek )

Bab 2 (Tema 1)
-Tamadun Rom
-T.Yunani (keseluruhan sudah keluar)
-T.China.
-T.India.

Bab 3 (Tema 2)
-Kepentingan candi,pengaruh Hindu Buddha dalam sastera.
-Pengaruh Hindu Buddha dalam masyarakat Asia tenggara. (politik, ekon dan sosial)
-Kerajaan Srivijaya & kuasa Maritim.
-Kerajaan Kedah Tua.
-Kepentingan Candi.
-Kepentingan Bahasa Sanskrit.

Bab 4 (Tema 3)Islam di Makkah.
-Amalan sistem Kabilah.
-kerasulan nabi Muhammad s.a.w (SPM 2010)
-Penentangan Islam di Makkah.
-Reaksi masyarakat di Makkah.

Bab 5 (Tema 3)Islam di Madinah.
-Perjanjian Aqabah.
-Pembukaan Kota Makkah (8 hijrah)

Bab 6 (Tema 3)
-Sumbangan Umaiyah (Tahap 1 dan 2)
-Sumbangan Abbasiyah (intelektual)
-Sumbangan Tamadun Islam kepada Tamadun barat.
-Pertembungan Tamadun islam.
-Sumbangan T.Islam dm bidang sains.
-Sumbangan Ibnu Sina.
-Sumbangan dalam bidang seni.

Bab 7 (Tema 4)
-Teori kedatangan Islam Asia tenggara.3 teori (SPM 2010)
-Cara penyebaran Islam ke Asia tenggara.*
Perkahwinan, gol bangsawan,kelhiran K.Islam, pusat kebudayaan, mubaligh, keistimewaan Islam)
-Kesan penyebaran Islam Asia Tenggara.
-Pengaruh Islam ke A.Tenggara (hampir keseluruhannya sudah keluar)


Bab 8 (Tema 4)
-Kesan Islam terhadap sosiobudaya.
(pendidikan, bahasa dan ekon, kesenian & gaya hidup)
-kesan kedatangan islam terhadap perdagangan, m.wang dan percukaian.


Bab 9 (Tema 5)
-Zaman gelap
-Zaman Reformation.
-Ciri-ciri Fedulisme di Eropah dan ciri-masay Melayu tradisional.

Bab 10 (Tema 6)
-Dasar British terhadap Undang-undang tanah.
- Kesan-kesan terhadap ekonomi.
(perbandaran, pembentukan masyarakat berbilang kaum, sistem pendidikan vernakular, perkilangan, pengangkutan & kesihatan)


TINGKATAN 5

Bab 1 (Tema 1)
- Perkembangan nasionalisme pada dua tahap.
-Gerakan nasionalisme di Thailand.
-iktibar drp.gerakan nasionalisme.

Bab 2 (Tema 1)
- Faktor penentangan tempatan
-Tokoh (sudah keluar spm Naning, J.Brooke, Mat Salleh) (SPM PErak & Pahang)
-Gerakan Islah.
-Gerakan nasionalisme Zaman Jepun.

Bab 3 (Tema 2)
-Pembinaan negara bangsa di Melaka dan negeri Melayu. (SPM 2010)
-Undang2 Tubuh Negeri Melayu.(kecuali Johor SPM 2009)

Bab 4 (Tema 3)
-Persekutuan Tanah Melayu 1948. (kecuali….)
-Tokoh penggerak.
-Politik di Sabah dan Sarawak.


Bab 5 (Tema 4)
-Suruhanjaya Reid.
-Peranan tokoh2 kemerdekaan.

Bab 6 (Tema 4) Bab favourite.
- Suruhanjaya Cobbold.
-JAK.



Bab 7 (Tema 5)
-Raja berpelembagaan,Tugas Yang Dipertuan Agong.(SPM 2010)
-Sistem Pemerintahan Malaysia (Tiga badan)*
-Parti politik di Malaysia.
-Senarai Persekutuan & Negeri.
Lambang Negara/Jata negara.
-Lagu Negaraku.
-Bendera Jalur Gemilang.

Bab 8 (Tema 5)
-Rancangan Lima tahun malaysia.(Rancangan Malaya 1 SPM 2010) yang lain belum keluar.
Tahap 1 dan 2.
-Wawasan 2020
-langkah mendaulatkan bahasa
-Dasar pendidikan. kebangsaan.

Bab 9 (Tema 6 )
-Koridorraya Multimedia.
-Konsep K ekonomi dan K masyarakat.
-3 Tahap pembentukan dasar luar Malaysia. (dasar dan kenapa)
-Perang Dunia Pertama.
-globalisasi (SPM 2010)







sumber : Cikgu Noor A I

PROJEK KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2011

PROJEK KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2011

Murid mesti menjawab tiga bahagian projek :

Bahagian A:
1. Dokumentasi Tugasan 1 (Lihat soalan 1)
2. Rumusan patriotisme berhubung kajian terhadap institusi ini. Iktibar mesti dipecahkan kepada diri sendiri,bangsa dan negara.(akan dihuraikan kemudian)

Bahagian B

3. Esei berhubung nilai-nilai patriotsme. (Bahagian B)

Bahagian A: Kajian bertajuk : Tugasan 1. Lihat soalan 1.
Murid mesti mendapatkan bahan-bahan yang berhubung dengan Rancangan Pembangunan Tanah dan Wilayah.
Hasil kajian mesti mengandungi:

4 aspek: lihat soalan (Hasil Kajian)
Rumusan /iktibar kepada diri sendiri, masyarakat dan negara.

Bahagian B:
1.Menulis esei yang tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.

Soalan: Lihat di bawah tajuk Tugasan 2

Contoh objektif kajian.

Objektif Umum:

1. Saya dapat mempelajari kemahiran mencari, mengumpul fakta daripada sumber yang sahih mengenai FELDA.
2. Saya dapat mengelas, menganalisis dan merumus secara rasional berdasarkan tajuk kajian saya iaitu FELDA yang diberikan.
3. Saya dapat mengenal pasti peranan FELDA dalam pembangunan negara.

(Tulis dalam perenggan seperti karangan)

Contoh :Dengan menulis Projek kerja kursus ini, saya dapat ….

Objektif kursus:

Projek kerja kursus ini membolehkan saya mengkaji nama rasmi Felda, lokasi petempatan Felda di seluruh Malaysia. Projek ini juga membolehkan saya mengkaji lokasi FELDA yang telah ditubuhkan sejak kemerdekaan negara, di mana pada masa itu Malaysia masih dikenali dengan nama Tanah Melayu atau Malaya lagi.

Projek kajian ini juga akan dapat membolehkan saya mengkaji sejarah penubuhan FELDA dari awal penubuhannya sehinggalak ke hari ini.
Sekaligus, saya dapat mengkaji peranan FELDA (matlamat atau objektif penubuhan FELDA) terhadap masyarakat setempat, dan negara kita, Malaysia.
Saya juga akan dapat mengenalpasti peranan institusi ini dari segi ekonomi iaitu peranan FELDA dalam meningkatkan ekonomi masayarakat setempat, ekonomi negeri-negeri di mana terdapatnya FELDA dan ekonomi negara.
Selain itu, saya dapat mengkaji kedudukan dan peranan FELDA yang berfungsi dan memainkan peranan dari segi pendidikan, kemasyarakatan, pelancongan, kebajikan masyarakat FELDA.
Kajian ini juga dapat membolehkan saya mengkaji perkembangan FELDA daripada segi kemajuan, cabaran yang dihadapi, pembangunan prasarana dan fizikal dan saranan dan harapan FELDA.

Kaedah Kajian

Saya menggunakan kaedah kajian sumber bertulis seperti buku dan majalah untuk mengkaji perayaan tradisional saya iaitu… (namakan buku-buku itu)
Saya juga telah menalankan penyelidiakn di Perpustakaan iaitu di…………. (alamat perpustakaan)bagi mendapatkan maklumat tambahan bagi mencari isi tambahan bagi melengkapkan projek ini.
Saya telah mewawancara individu seperti datuk saya / ibu saya/ jiran saya iaitu……, …., …. dan …..(nama) bagi mendapatkan maklumat mengenai perayaan ini.
Saya juga telah melayari laman Internet bagi mengetahui latar belakang perayaan, persiapan, tempoh masa sambutan dengan terperinci iaitu lawan web………………………..
Saya juga telah menggunakan kaedah menonton filem bertajuk …bagi memahami keadaan sebenar peristiwa tersebut.
Saya juga telah melawat (Contoh , Muzium Negara atau Arkib Negara ) bagi mendapatkan maklumat tambahan tentang peristiwa/perayaan yang saya kaji.



Rumusan.

Pengkajian terhadap institusi seperti FELDA ini membolehkan saya menghayati sejarah penubuhan, peranan FELDA, cabaran dan pembangunan fizikal dan prasarana FELDA.

Dengan menjalankan kajian seperti ini, saya dapat mengkaji kedudukan FELDA secara menyeluruh. Kajian ini memberikan saya pengalaman baru dari segi mencari maklumat. Saya telah pergi melawat.. (namakan) demi mencari maklumat. Saya juga memperolehi pengalaman dari segi wujudkan kerjasama antara rakan, peluang mewawancara …. (namakan siapa….). Saya juga mendapatkan maklumat melalui pencarian ICT atau internet dengan melihat laman web… (namakan) Saya juga mendapatkan pencarian informasi ke perpustakaan dengan menggunakan buku, majalah dan risalah.

Saya juga mempelajari nilai-nilai kerjasama bersama-sama rakan saya kerana kami bekerja secara kumpulan. Dengan ini juga saya menghayati konsep perpaduan, selari dengan kempen ‘Satu Malaysia’ yang diwara-warakan kerajaan.
Saya amat berbangga mempunyai warisan institusi seperti FELDA yang begitu tinggi nilainya. Di FELDA, yang melibatkan pembangunan petempatan, rakyat Malaysia hidup dengan mengamalkan budaya Kekitaan atau Bersemangat kekitaan (garis nilai) . Bangsa Melayu, Cina , India dan kaum-kaun lain di Malaysia, saling bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain di sana.Perayaan yang berbilang kaum ini menunjukkan semangat perpaduan antara kaum telah berlaku di sana.

Kajian ini juga telah menunjukkan dengan jelas peranan FELDA kepada negara baik dari segi ekonomi da sosial masayarakat. FELDA tela membuktikan bahawa institusi ini bukan sahaja memberi faedah kepada masyarakat FELDA, tetapi juga kepada negara.





Penghargaan

Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru saya iaitu Puan Latifah Binti …/Puan Margaret/ Encik Ayob Bin …kerana dengan bantuannya, saya dapat menyiapkan projek kerja kursus ini dengan jayanya. Tanpa bimbingan guru saya, terutamanya contoh kajian di laman web ‘djlovehistory.blogspot.com’ saya pasti tidak akan dapat menyiapkan projek ini tepat masanya.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa saya iaitu ………………..dan ………………… kerana tanpa sokongan mereka serta keluarga saya, saya tentunya tidak dapat menghapiskan projek kerja kursus saya iaiatu kajian mengenai FELDA. Kedua ibubapa saya bukan sahaja memberi sokongan moral, kewangan malah sanggup bersengkang mata bagi menemani saya bagi menyiapkan laporan dan hasil kajian projek kerja kursus.

Saya juga patut berterima kasih kepada portal dan laman web FELDA iaitu www….. dan kerana menyediakan portal yang lengkap berkaitan dengan ‘FELDA’ bagi membolehkan saya mendapat maklumat terperinci dengan senang.

Saya juga amat berterima kasih kepada kawan-kawan saya iaitu …………….., ………………, dan ……………………. kerana sama-sama berkongsi idea, maklumat dan rujukan agar kami sama-sama menyiapkan laporan kerja kursus ini.

Tanpa kerjasama semua pihak, saya percaya dan yakin kajian projek kerja kursus saya tidak akan dapat dijalankan dengan jaya.Saya yakin dengan projek kerja kursus ini saya dapat menimba banyak pengalaman berharga terutamanya berkaitan sejarah penubuhan FELDA, dan bagaimana FELDA berperanan dalam pembangunan negara terutama aspek ekonomi.




Bahagian B:

1.Menulis esei yang tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.

Soalan: Bagaimanakah isttitusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuhkan integrasi nasional di negara kita?

Integrasi nasional di sini bermaksud perpaduan kaum. Di negara kita, Malaysia, perpaduan kaum sentiasa menjadi asas penting kehidupan yang tenteram dalam negara.

FELDA pada asasnya ditubuhkan untuk memperkukuhkan dan mengimbangkan kemajuan ekonomi dan pembangunan prasarana di kawasan luar bandar. Sekaligus, penubuhan FELDA membawa maksud kita dapat menjaga menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara di mata negara lain. Dengan kemajuan FELDA, sekaligus menaikkan nama Malaysia di mata dunia.

Sejarah kehidupan masyarakat FELDA juga menunjukkan berlakunya berwarisan budaya dan perwarisan sejarah masayarakat lama. Sekaligus menunjukkan bahawa masyarakat kita, menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam ertikata lain, melalui prinsip kehidupan masyarakat FELDA, dan peranan FELDA dalam ekonomi khususnya, kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa.


Melalui kehidupan di FELDA, atau peranan FELDA sebagai salah satu sgensi ekonomi juga, kita dapat menyemai semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk. Dalam melaksanakan peranan FELDA, di Malaysia, kita juga dikehendaki bekerjasama dan tolong menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau semangat bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota masyarakat.

Dalam melaksanakan peranan FELDA juga, masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi Aktiviti seperti seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi undang-undang ketika bekerja sama ada di pejabat di FELDA mahupun kita menjalankan fungsi sebagai ahli masyarakat FELDA. Keadaan ini jika disemai berterusan akan melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadap peraturan negara.

Proses kehidupan di FELDA juga mempamerkan sikap rajin dan gigih . Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan kehdupan di perkampungan FELDA, biasanya dilakukan secara kerjasama berpasukan bermula daripada keluarga, kaum, masyarakat dan negara. Dalam proses di FELDA, kita juga perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran, sekaligus menyatukan masyarakat yang berbilang kaum. Sikap rajin, tabah dan berdikari ini akan menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara.

Rakyat Malaysia yang tinggal di FELDA atau bekerja di FELDA juga telah memperlihatkan Semangat kekitaan yang tinggi, dengan menunjukkan sikap bersatu padu dan berharmoni. Sikap masyarakat pelbagai kaum yang bertolak ansur dan bertoleransi memudahkan proses hormat menghormati antara satu sama lain. Situasi ini sekaligus akan mengwujudkan keadaan muhibbah atau semanagat bermasyarakat yang tinggi, sekaligus mempu mengwujudkan negara yang aman dan makmur.







sumber : Cikgu Noor A . I

Ken Calculator