PENGUMUMAN

BLOG INI DITERBITKAN UNTUK MEMUDAHKAN ANAK-ANAK MURID SAYA MEMUAT TURUN LATIHAN, NOTA, JAWAPAN CONTOH , RAMALAN DAN MEMBERIKAN CADANGAN. BAHAN-BAHAN DALAM "SUDUT PELAJAR" HANYA UNTUK RUJUKAN MURID-MURID KEN SAHAJA. HAL INI BERLAKU DEMIKIAN KERANA SESETENGAH BAHAN DALAM SUDUT PELAJAR MERUPAKAN BAHAN KAWALAN HAK CIPTA, OLEH ITU SAYA TIDAK BERHAK MENGUMUMKAN BAHAN-BAHAN PILIHAN TERSEBUT. JADI, JANGAN MARAH SEKIRANYA ANDA TIDAK DAPAT MELAYARI "SUDUT PELAJAR". SILA HUBUNGI SAYA MELALUI MSN: kenlee@live.com.my SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU PERMINTAAN. SAYA SEDIA MENOLONG. TERIMA KASIH.



TAKWIM PEPERIKSAAN

Custom Search
PENGUMUMAN TARIKH PEPERIKSAAN AWAM


UPSR 2011
UPSR Ujian Bertulis 13, 14 & 15 September 2011 (3 hari)


PMR 2011
Ujian Bertulis 4-6 Oktober 2011,10 - 11 Oktober 2011 (5 hari)


SPM 2011
AMALI OKTOBER
Ujian Bertulis 14 November - 14 Disember 2011 (16 hari)


STPM 2011
LISAN 20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
BERTULIS 21 November 2011 - 15 Disember 2011

                                           Ken Lee

Friday, January 16, 2009

VIRUS ZEL UNTUK ABAH


NOTA UNTUK PELAJAR SMK STAMPIN


CERPEN : VIRUS ZEL UNTUK ABAH (Mawar Shafie)


Peristiwa Utama

Peristiwa Sampingan

Zel merancang untuk melepaskan Virus Zel ke dalam Program ZQ1308 yang telah dicipta oleh ayahnya melalui komputer.

- Imbas kembali nasihat oleh sahabat baiknya tentang perbuatannya terhadap ayahnya.

- Setiap kejadian ada hikmahnya.

- Zel marah kerana dia yang menderita akibat perceraian ibu dan ayahnya.

- Imbas kembali terntang perbualannya dengan Abah yang menerangkan sebab-sebab Abah terpaksa berpisah dengan Mama.

- Sebab-sebab :

- Mama sukar dibentuk/ degil

- Mereka tidak setaraf

- Mama tidak ikhlas mengahwini abah

- Mama hanya simpati terhadap abah

Perbualan Zel dengan Mama . Mama menasihati Zel supaya berbaik-baik dengan Abah .

Prinsip hidup Mama bahawa wanita boleh hidup berjaya tanpa kaum lelaki di sisi.

- Imbas kembali peristiwa Mama menghadiahi Zel sebuah komputer Powerbook pada hari lahirnya yang lalu.

- Imbas kembali pandangan Win tentang Mama yang berjaya dalam perniagaan.

- Win menganggap kejayaan Mama membuatkan Abah berasa rendah diri.

- Zel teringat peribadi Muslimah yang ada pada Mama.

Perbualan Zel dengan Mama tentang anak-anak Aunt Syarifah yang dianggapnya tidak matang dan tidak menerimanya dengan baik.

- Mama menasihati Zel supaya sentiasa memperlihatkan peribadi yang baik sebagaimana asuhannya sehingga Zel dewasa.

- Mama menceritakan kisah anak-anak Nabi Adam yang tidak sanggup berkongsi kasih.

Perbualan Zel dengan Win melalui komputer. Win menasihati Zel supaya tidak meneruskan niatnya.

- Imbas kembali peristiwa perbalahan Zel dan Abang Awi ketika membeli hadiah untuk Abah.

- Zel begitu marah terhadap Abang Awi apabila Abang Awi tidak mahu menerima cadangan baju yang akan dibeli untuk Abah.

Zel menghentikan niatnya untuk menganiayai Abah dengan mematikan Virus Zel bersama matinya dendam dan kemarahannnya terhadap Abah.

- Win terus mendesak Zel agar menghentikan niatnya untuk melepaskan virus itu.

- Win mengingatkan Zel tentang perasaan kecewa Mama terhadap perbuatan Zel itu.

- Zel memadamkan Virus Zel dari sistem komputernya.

Watak dan perwatakan :

i. Zel

Zel yang dilahirkan pada 27 Februari merupakan seorang gadis yang berusia hampir dua puluh tahun. Dia tinggal bersama ibunya , seorang ahli perniagaan yang berjaya. Ayahnya merupakan seorang guru. Zel tinggal bersama ibunya kerana ibu dan ayahnya telah bercerai. Zel mempunyai saudara tiri iaitu Abang Jawi, Aman dan Arif, iaitu anak-anak ayahnya dengan ibu tirinya, Aunt Syarifah. Zel bakal melanjutkan pelajaran di United Kingdom dalam bidang undang-undang juga seorang sangat mahir dengan pengetahuan komputer.

Dari segi perwatakan, Zel merupakan seorang yang pendendam. Sifat ini jelas apabila dia ingin memasukkan Virus Zel untuk memusnahkan program ZQ1308 ayahnya kerana dendamnya terhadap abahnya yang telah menceraikan mama, kemudian mengabaikan Zel dan mama . Mamanya.

Selain itu, Zel juga seorang yang pemarah. Sikap ini dapat dilihat apabila dia menumbuk meja komputer untuk melepaskan marahnya terhadap Abah.

Walau bagaimanapun, Zel seorang yang mudah dipujuk atau seorang anak yang mendengar kata, terutama kata-kata ibunya. Hal ini terbukti apabila dia mematikan Virus Zel apabila dia

teringatkan Mamanya. Begitu juga dengan perasaan tidak puas hatinya terhadap anak-anak Abah, perasaannya menjadi reda apabila Mama menasihatinya.

Zel juga seorang gadis yang pintar dan mahir menggunakan komputer. Kepintarannya jelas apabila dia berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang perundangan . Selain itu, dia telah berjaya mencipta Virus Zel untuk merosakkan atau memusnahkan program Abahnya.

Zel seorang yang peka terhadap kemurnian alam sekitar. Hal ini dapat dilihat apabila dia mencadangkan kepada Mama agar mereka menggunakan pendingin hawa yang tidak merosakkan alam sekitar.

ii. Mama

Mama merupakan ibu Zel dan bekas isteri Abah. Beliau merupakan ibu tunggal/janda. Mama ialah seorang usahawan wanita yang berjaya. Berusia 45 tahun, Mama juga merupakan seorang yang mahir dalam bidang komputer. Mama sentiasa menutup aurat dan lemah-lembut dalam pertuturannya.

Mama seorang wanita yang teguh berpegang pada prinsip. Prinsip yang dipegangnya ialah wanita boleh berjaya tanpa lelaki. Hal ini dibuktikan apabila beliau berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburinya tanpa bantuan seorang yang bergelar suami.

Mama juga seorang wanita yang teguh iman dan kuat pegangan agama. Hal ini terbukti apabila Mama menjaga batas auratnya dengan bertudung walaupun beliau terlibat dalam bidang yang sofistikated, iaitu bidang komputer.

Mama juga seorang yang tidak pendendam. Beliau tidak mendendami bekas suaminya. Hal ini terbukti apabila beliau menasihati Zel agar berbaik-baik dengan Abah dan meminta Zel melupakan dendamnya terhadap Abah dan saudara-saudara tirinya.

Mama juga seorang ibu tunggal yang gigih. Kegigihannya jelas apabila beliau dapat membesarkan Zel sehingga Zel berjaya dan bakal melanjutkan pelajarannya di luar negara. Mama juga seorang yang baik hati dan suka bersangka baik terhadap orang lain. Hal ini terbukti apabila Mama menasihati Zel agar tidak bersangka buruk terhadap anak-anak Aunt Syarifah.

Mama seorang ibu yang penyayang. Beliau telah membesarkan Zel dengan penuh kasih sayang sehingga Zel dewasa .



Persoalan / mesej : ( Perkara positif atau negatif yang mahu disampaikan oleh penulis)

Antara persoalan yang digarap oleh penulis adalah tentang anak-anak yang menjadi mangsa perceraian ibu bapa. Hal ini dipaparkan melalui watak Zel yang begitu tertekan dan kecewa terhadap Abah yang telah menceraikan ibunya.

Kesilapan memilih jodoh akan membawa kehancuran rumah tangga. Hal ini dilihat daripada kegagalan abah mempertahankan rumah tangganya bersama Mama kerana perbezaan status di antara mereka.

Cerpen ini juga mengemukakan persoalan kegigihan ibu tunggal membesarkan anaknya. Mama telah berjaya membesarkan Zel walaupun beliau seorang ibu tunggal.

Kejayaan wanita dalam bidang perniagaan. Perkara ini juga merupakan persoalan yang terdapat dalam cerpen ini. Persoalan ini dipaparkan melalui watak Mama yang sangat berjaya dalam bidang perniagaan sehingga beliau dikagumi oleh banyak orang.

Seseorang boleh berjaya tanpa mengabaikan aspek keagamaan dalam kehidupan juga merupakan persoalan yang terdapat dalam cerpen ini. Persoalan ini dapat dilihat melalui watak Mama yang teguh imannya walaupun beliau menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang mencabar.

Penglibatan wanita dalam bidang teknologi maklumat juga merupakan persoalan cerpen ini. Mama dan Zel merupakan dua orang wanita yang terlibat secara langsung dengan perkembangan teknologi maklumat di negara ini.

Persoalan tentang seorang suami /ayah yang tidak bertanggungjawab juga terdapat dalam cerpen ini. Persoalan ini ditonjolkan melalui watak abah yang telah mengabaikan mama dan Zel setelah abah menceraikan mama.

Kerenggangan hubungan kekeluargaan di antara keluarga tiri juga merupakan salah satu persoalan cerpen ini. Persoalan ini dapat kita lihat daripada hubungan Zel dengan ibu dan adik-beradik tirinya yang tidak begitu mesra.



Nilai-nilai Murni: (nilai-nilai yang baik sahaja)

Nilai-nilai murni banyak dirakamkan oleh penulis melalui cerpen ini. Antara nilai tersebut ialah nilai kasih sayang. Mama begitu mengambil berat dan amat menyayangi Zel, anak tunggalnya. Hal ini dapat dilihat apabila mama telah membesarkan Zel dengan penuh kasih sayang dan tanggungjwab sehingga Zel menjadi seorang gadis yang berpelajaran dan dididik dengan nilai-nilai murni.

Selain itu, terdapat juga nilai hormat-menghormati dalam cerpen ini. Nilai ini juga dapat dilihat pada Mama yang tidak mendendami Abah dan tetap menghormati kedudukan Abah sebagai ayah Zel dengan membenarkan Zel menemui Abah walaupun abah dan mama telah bercerai.

Nilai nasihat-menasihati juga dilihat dalam cerpen ini. Nilai ini jelas terlihat apabila Win sentiasa menasihati Zel agar tidak melepaskan Virus Zel ke dalam program Abah.

Nilai bertanggungjawab juga cuba ditonjolkan penulis melalui cerpen ini. Nilai ini jelas kita lihat apabila Mama dengan penuh tanggungjawab memberi didikan yang sempurna kepada Zel sehingga Zel berjaya dalam bidang akademik .

Nilai kegigihan juga terlihat pada watak mama yang begitu gigih memajukan perniagaannya sehingga beliau menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya.

Nilai berpegang teguh pada ajaran agama Islam juga terdapat dalam cerpen ini. Nilai ini dapat dilihat pada Mama yang berpegang teguh pada ajaran Islam dengan menutup aurat dan tidak mengabaikan ibadah kepada Tuhan..



Latar Masyarakat : ( Keadaan masyarakat, pekerjaan mereka, pegangan dan kepercayaan mereka, perangai/sifat mereka, nilai yang dimiliki mereka, dll , yang merupakan perkara positif dan negatif. )

Cerpen ini menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu yang beragama Islam. Mereka merupakan masyarakat bandar yang terdedah pada unsur kemajuan seperti teknologi maklumat dan komputer. Zel dan ibunya merupakan watak-watak yang mempunyai kemahiran dalam dunia teknologi maklumat. Malahan, Zel telah menerima sebuah komputer Powerbook yang serba canggih daripada ibunya pada hari ulang tahun kelahirannya

Masyarakat dalam cerpen ini juga merupakan golongan yang berpelajaran. Abah Zel ialah seorang guru dan Mamanya seorang usahawan yang tersohor. Zel dan adik-beradik tirinya

juga mendapat pendidikan tinggi.

Cerpen ini juga memaparkan keadaan masyarakat yang pincang rumah tangganya. Mama dan Abah terpaksa bercerai kerana di antara mereka sudah tiada persefahaman. Hal ini mengakibatkan anak menjadi mangsa kekecewaan. Hal ini dapat dilihat daripada watak Zel yang tidak berpuas hati dengan tindakan bapanya bercerai dengan ibunya.

Golongan masyarakat dalam cerpen ini merupakan golongan yang kuat berpegang pada ajaran agama Islam. Mama dan Win sentiasa menasihati Zel tentang hal-hal keagamaan.

Cerpen ini juga memperlihatkan hubungan adik beradik tiri yang kurang baik. Zel tidak dapat menerima saudara-saudara tirinya; begitu juga sebaliknya.

Selain itu, cerpen ini juga memperlihatkan sikap masyarakat yang telah menerima penglibatan wanita dalam bidang perniagaan. Hal ini dilihat apabila kejayaan Mama dalam perniagaan dikagumi oleh banyak orang.



SILA KUNJUNGI SUDUT PELAJAR KEN UNTUK NOTA , SOALAN DAN JAWAPAN LENGKAP virus zel untuk abah

VIRUS ZEL UNTUK ABAH

NOTA UNTUK PELAJAR TINGKATAN LIMA SMK STAMPIN


Virus Zel Untuk Abah

TEMA

Penderitaan anak yang menjadi mangsa akibat perceraian ibu bapa.

PERSOALAN

1. Tanggungjawab seorang ibu tunggal membesarkan anak dengan didikan yang
sempurna
2. Kasih sayang dapat menghapuskan perasaan dendam seorang anak kepada
ayahnya.
3. Perceraian menyebabkan
4. Sahabat sejati sanggup bersama ketika senang atau susah dan sanggup pula
membantu.

WATAK PERWATAKAN

ZEL

1. Anak gadis yang berusia 20 tahun.
2. Mahir menggunakan komputer dan perisiannya.
3. Emosional, iaitu mudah berasa marah apabila terkenang ayahnya yang telah men-
ceraikan ibunya.
4. Pendendam dan prasangka .Zel berhasrat untuk memusnahkan Program ZQ 1308
yang sangat penting kepada ayah dan adik-beradik tirinya.
5. Penyayang.Zel sangat sayang akan ibunya . Dia sentiasa menurut nasihat ibunya dan
selalu berbangga dengan pencapaian ibunya .
6. Berfikiran rasional setelah menerima saranan dan nasihat sahabat baiknya, Win.

MAMA

1. Ibu Zel yang berusia 45 tahun .
2. Janda/ibu tunggal kepada seorang anak bernama Zel.
3. Peniaga komputer yang berjaya.
4. Wanita yang berpelajaran tinggi
5. Memiliki keyakinan yang tinggi bahawa dia akan berjaya walaupun tanpa bantuan
lelaki / suami.
6. Tidak menyimpan sebarang perasaan dendam terhadap bekas suaminya .
7. Bertimbang rasa dan rasional.

WIN

1. Sahabat karib Zel yang sering dihubungi untuk memberi pendapat.
2. Menuntut di Kaherah
3. Menasihati Zel agar membatalkan rancangannya untuk memasukkan virus ke dalam
perisian komputer ayahnya.

LATAR

LATAR TEMPAT

1.Ruang tamu rumah Zel, rumah abah, ruang bilik komputer di rumah Zel, gedung
pakaian, ruang legar di sebuah pusat beli belah.

LATAR MASA

1. Zaman sekarang atau zaman kemajuan teknologi maklumat. Buktinya,penggunaan
komputer secara meluas.
2. Malam. Iaitu ketika Zel mengikut abang tirinya, Awi membeli hadiah untuk ayah
mereka.

LATAR MASYARAKAT

1. Masyarakat korporat / peniaga . Ibu zel merupakan peniaga komputer yang berjaya.
2. Golongan wanita yang menjadi ibu tunggal selepas bercerai.
3. Masyarakat yang mengalami keruntuhan rumah tangga .
4. Masyarakat yang mementingkan penggunaan komputer.

PLOT

1. Permulaan - diperkenalkan watak Zel yang tertekan akibat perceraian ibu dan
ayahnya.
2. Perkembangan - digambarkan watak Zel yang semakin memuncak perasaan
benci terhadap ayahnya. Namun, ibunya melarang dia menyimpan perasaan
dendam.
3. Perumitan -Perasaan benci Zel terhadap Awi, Aman dan Arif (adik beradik

tirinya) kerana bersikap seolah-olah cuba memisahkan diri Zel dengan
ayahnya.
4. Puncak/ klimaks - Zel ingin menghantar virus komputer bagi merosakkan
program ZQ 1308 yang sangat penting kepada ayahnya. Win mengingatkan Zel
bahawa hasratnya itu akan turut menyusahkan dirinya sendiri dan mamanya.
5. Peleraian - Zel membatalkan niatnya .

GAYA BAHASA

1. Bahasa Inggeris, Contohnya, survive, taste, inferior, career woman dan sebagainya..
2. Personifikasi. Contohnya, halilintar yang datang meragut tangkai jantungku
3. Bahasa Arab. Contohnya,InsyaAllah, ukhuwah
4. Pengulangan kata. Contohnya, Tentang keinginan Zel, tentang harapan Zel, tentang masa depan Zel
5. Simile. Contohnya, persis halilintar
6. Metafora. Contohnya, konkrit derita

NILAI

1. Kasih sayang. Contohnya, mama kasih akan anaknya, Zel
2. Simpati. Contohnya, Win,sahabat baik Zel menyatakan rasa simpatinya terhadap
nasib Zel yang menjadi mangsa perceraian.
3. Ketabahan. Contohnya, mama tabah menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal
4. Yakin akan diri. Contohnya, mama yakin dia mampu berjaya walaupun tanpa
bantuan suami.
5. Kebijaksanaan.Contohnya,mama bijak menguruskan perniagaan hingga berjaya
6. Kerajinan. Contohnya, Zel dan Win yang rajin menuntut ilmu.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah memiliki sifat kasih sayang antara mama dan anak atau sahabat.
2. Kita hendaklah menerima takdir tuhan dengan hati yang tabah.
3. Kita hendaklah bersimpati terhadap orang yang ditimpa kesusahan atau nasib
malang.
4. Kita hendaklah bersikap adil dan rasional .
5. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada mempunyai perasaan dendam.
6. Kita hendaklah rajin menuntut ilmu.
7. Kita perlu mengikuti perkembangan semasa terutamanya dalam bidang komputer
supaya tidak ketinggalan.

10 TOPIK PENTING KARANGAN SPM 2009

10 TOPIK PENTING KARANGAN SPM 2009

Pelajar Ken sila berkunjung ke Sudut Pelajar Ken untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkenaan dengan topik hangat yang PERLU dikuasai untuk membuat persediaan awal dalam menghadapi peperiksaan SPM 2009.
25 soalan yang berkaitan dengan topik-topik hangat tersebut juga akan dinaikmuat dari semasa ke semasa.

Ken Calculator