PENGUMUMAN

BLOG INI DITERBITKAN UNTUK MEMUDAHKAN ANAK-ANAK MURID SAYA MEMUAT TURUN LATIHAN, NOTA, JAWAPAN CONTOH , RAMALAN DAN MEMBERIKAN CADANGAN. BAHAN-BAHAN DALAM "SUDUT PELAJAR" HANYA UNTUK RUJUKAN MURID-MURID KEN SAHAJA. HAL INI BERLAKU DEMIKIAN KERANA SESETENGAH BAHAN DALAM SUDUT PELAJAR MERUPAKAN BAHAN KAWALAN HAK CIPTA, OLEH ITU SAYA TIDAK BERHAK MENGUMUMKAN BAHAN-BAHAN PILIHAN TERSEBUT. JADI, JANGAN MARAH SEKIRANYA ANDA TIDAK DAPAT MELAYARI "SUDUT PELAJAR". SILA HUBUNGI SAYA MELALUI MSN: kenlee@live.com.my SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU PERMINTAAN. SAYA SEDIA MENOLONG. TERIMA KASIH.



TAKWIM PEPERIKSAAN

Custom Search
PENGUMUMAN TARIKH PEPERIKSAAN AWAM


UPSR 2011
UPSR Ujian Bertulis 13, 14 & 15 September 2011 (3 hari)


PMR 2011
Ujian Bertulis 4-6 Oktober 2011,10 - 11 Oktober 2011 (5 hari)


SPM 2011
AMALI OKTOBER
Ujian Bertulis 14 November - 14 Disember 2011 (16 hari)


STPM 2011
LISAN 20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
BERTULIS 21 November 2011 - 15 Disember 2011

                                           Ken Lee

Thursday, April 8, 2010

Kepentingan Permainan Tradisional

Sebagaimana kita sedia maklum, setiap negara di muka bumi bertuah ini memiliki permainan tradisional yang tersendiri. Jika ditinjau dari sudut sejarah, permainan tradisional dimainkan pada kala lapang sejak dahulu kala. Oleh hal yang demikian, permainan tradisional seperti congkak, guli, wau, gasing dan tingting memainkan peranan yang penting dalam mengisi masa lapang para penduduk zaman nenek moyang. Kini, permainan tradisional semakin dipandang enteng, justeru rakyat kita mula memboikot permainan ini tanpa menyedari kepentingannya.


Sebenarnya, rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam penjagaan permainan tradisional. Anjakan paradigma mestilah kita ambil agar permainan ini tidak hilang ditelan zaman. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Janganlah kita merindui permainan tradisional selepas permainan ini pupus ditelan zaman. Oleh itu, langkah mempopularkannya seperti kempen “Jom Main Permainan Tradisional” dan pertandingan bermain permainan tradisonal merupakan rencah maslahat untuk mempertahankannya. Langkah tersebut penting supaya ahli masyarakat mendapat pendedahan dan mempelajari permainan tradisional sepanjang kempen dan pertandingan dijalankan kerana tak kenal, maka tak cinta. Dengan langkah proaktif tersebut, kita dapat memastikan permainan tradisional mampu menjadi warisan budaya untuk generasi yang akan datang.

Realitinya, permainan tradisional memainkan peranan penting sebagai lambang keagungan bangsa dan negara tercinta ini. Oleh sebab rakyat negara ini berbilang kaum, permainan tradisional merupakan salah satu cara rakyat tanpa mengira kaum mengisi masa lapang. Tanpa melihat warna kulit mahupun agama, permainan tradisional dilihat sebagai permainan rakyat yang dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni. Kini, kerajaan sudah pun menjadikan permainan tradisional sebagai platform untuk menarik kedatangan pelancong asing ke negara kita. Yang di luar jangkaan, pelancong asing berasa teruja dan takjub dengan warisan bangsa kita dan sanggup tinggal lebih lama di sini hanya untuk mempelajari permainan tradisional kerana pelancong sedar akan peribahasa “sambil menyelam, minum air”. Hal ini sekali gus menjana pendapatan negara melalui industri pelancongan yang semakin meningkat.

Daripada persepsi cendekiawan, permainan tradisional merupakan sejenis pendidikan tidak formal yang amat tinggi nilainya. Hal ini demikian kerana kita dapat mematangkan pemikiran di samping membijakkan otak untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa memainkan permainan tardisional. Sebagai contoh, permainan congkak menguji kebijaksanaan dan kesabaran pemain memasukkan biji guli ke dalam “rumah” dan “kampung” pada papan congkak. Yang indahnya, kita dapat memupuk dan menyemai nilai-nilai murni dalan kalangan rakyat sesebuah negara supaya lebih cinta akan negara daripada dijajah oleh anasir jahat dari luar. Natijahnya, kita harus sedar bahawa permainan tradisional dapat mengukuhkan semangat perpaduan nasional dalam kalangan rakyat supaya mereka sedar bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.

Akhirulkalam, permainan tradisional mestilah dihidupkan semula supaya menjadi tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Saya berharap, satu hari nanti, permainan rakyat ini akan lebih dipandang berat dan diapresiasi oleh segenap lapisan masyarakat di nusa ini. Warisan bangsa ini sebenarnya mestilah kita kekalkan demi kesejahteraan negara. Secara tidak langsung, permainan tradisional dapat mengharumkan nama negara dan menaikkan imej Malaysia di persada dunia. Kesimpulannya, saya berharap permainan tradisional di Malaysia akan terus popular dalam carta kehidupan rakyat dan terus diminati sebagai hobi yang berfaedah.

sumber: spm.im


Tajuk 2 : Permainan Tradisional patut diperkenalkan kepada generasi muda hari ini. Bincangkan.

Masyarakat kita memang kaya dengan pelbagai warisan nenek moyang. Salah satu daripadanya ialah permainan tradisional seperti wau, congkak dan gasing. Permainan tradisional ini tidak lagi mendapat tempat dalam jiwa generasi muda zaman ini. Mereka lebih gemar permainan-permainan moden seperti badminton, bola sepak, tenis dan sebagainya.

Oleh yang demikian sepatutnyalah permainan tradisional ini diperkenalkan kepada golongan muda hari ini. Permaiann tradisional seperti ini hendaklah diperkenalkan di majlis-malis tertentu seperti majlis keramaian atau majlis rasmi di kampung dan juga bandar. Dengan cara ini, golongan belia akan dapat melihat sendiri cara permainan ini dimainkan. Sudah tentu ada di antara mereka yang tertarik hati dengan permainan ini.

Selain itu, persatuan belia patut memainkan peranan mereka. Permainan tradisional boleh dijadikan sebahagian daripada kegiatan belia seperti dengan menganjurkan pertandingan permainan tradisional atau pameran-pameran khas bagi menarik pehatian generasi muda kini. Pendedahan yang luas kepada permainan ini akan menambahkan lagi minat belia terhadap permainan ini.

Ibu bapa juga harus memupuk minat anak-anak dalam permainan tradisional ini. Sejak kecil anak-anak boleh didedahkan dengan permainan seperti congkak dan sebagainya bagi mengisi masa lapang bersama keluarga sewaktu di rumah. Ajarlah anak-anak cara permainan tersebut dimainkan dan terapkan kepada mereka betapa pentingnya ia dikekalkan.

Di samping itu pihak media massa harus selalu menonjolkan berita tentang permainan-permainan tradisional ini. Rencana-rencana khas perlu disiarkan melalui surat khabar, majalah dan lain-lain bagi menimbulkan minat para pembaca terhadap sesuatu sukan itu. Tidak ketinggalan juga ia boleh diperkenalkan dengan lebih meluas melalui internet yang mana boleh dibaca oleh masyarakat seluruh dunia. Dengan ini secara tidak langsung ia dapat membawa imej negara Malaysia di mata dunia umumnya.

Oleh yang demikian adalah wajar bagi kita meneruskan usaha meningkatkan lagi mutu permainan tradisional agar tidak luput ditelan dek zaman. Kekalkanlah ia di persada seni dan budaya negara agar generasi akan datang dapat menikmati akan keindahan warisan seni budaya kita di sepanjang zaman.


sumber: blog im.bm

Ken Calculator

TeleMessage SMS Sender