PENGUMUMAN

BLOG INI DITERBITKAN UNTUK MEMUDAHKAN ANAK-ANAK MURID SAYA MEMUAT TURUN LATIHAN, NOTA, JAWAPAN CONTOH , RAMALAN DAN MEMBERIKAN CADANGAN. BAHAN-BAHAN DALAM "SUDUT PELAJAR" HANYA UNTUK RUJUKAN MURID-MURID KEN SAHAJA. HAL INI BERLAKU DEMIKIAN KERANA SESETENGAH BAHAN DALAM SUDUT PELAJAR MERUPAKAN BAHAN KAWALAN HAK CIPTA, OLEH ITU SAYA TIDAK BERHAK MENGUMUMKAN BAHAN-BAHAN PILIHAN TERSEBUT. JADI, JANGAN MARAH SEKIRANYA ANDA TIDAK DAPAT MELAYARI "SUDUT PELAJAR". SILA HUBUNGI SAYA MELALUI MSN: kenlee@live.com.my SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU PERMINTAAN. SAYA SEDIA MENOLONG. TERIMA KASIH.



TAKWIM PEPERIKSAAN

Custom Search
PENGUMUMAN TARIKH PEPERIKSAAN AWAM


UPSR 2011
UPSR Ujian Bertulis 13, 14 & 15 September 2011 (3 hari)


PMR 2011
Ujian Bertulis 4-6 Oktober 2011,10 - 11 Oktober 2011 (5 hari)


SPM 2011
AMALI OKTOBER
Ujian Bertulis 14 November - 14 Disember 2011 (16 hari)


STPM 2011
LISAN 20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
BERTULIS 21 November 2011 - 15 Disember 2011

                                           Ken Lee

Friday, April 10, 2009

PROSA TRADISIONALTINGKATAN 2 : BATU oleh Rahman Shaari

SINOPSIS


Iskandar bertemu dengan Mazlan di kaki lima sebatang jalan. Mazlan bertanyakan Iskandar arah ke Jalan Raja Angkasa, tetapi Iskandar tidak tahu. Zainol hadir pada situasi itu dan bertanyakan tujuan Mazlan hendak ke Jalan Raja Angkasa. Mazlan menerangkan tujuan dan hasratnya. Hal ini mengundang minat Zainol untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang batu gandapuri.....


Di dalam sebuah restoran, Mazlan menunjukkan akan kehebatan batu gandapuri kepada Iskandar dan Zainol. Zainol berminat untuk membeli batu tersebut. Ketika Zainol pergi mendapatkan wang di bank, Mazlan menawarkan batu hikmat itu kepada Iskandar dengan harga yang lebih rendah dengan alasan dia tidak menyenangi dan menyukai sikap Zainol.....


Iskandar bersetuju membelinya. Iskandar pergi ke Jalan Melaka untuk bertemu sahabatnya, Malik. Kehebatan batu ajaib itu diceritakan oleh Iskandar kepada Malik yang merupakan bekas pelajar Tingkatan Enam Sains. Malik menerangkan sebab dan akibat bagaimana batu gandapuri itu boleh bergerak menurut kaedah sains. Iskandar sedar dia cuba ditipu oleh Mazlan.....


Iskandar kembali ke restoran tempat Mazlan menunggunya. Iskandar diajar mantera untuk menjampi batu gandapuri. Malik datang bersama kawannya yang turut ingin membeli batu ganda puri itu. Mazlan akhirnya ditangkap oleh anggota polis yang menyamar sebagai pembeli tersebut atas dakwaan cuba menipu.....



MESEJ

  • Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
  • Lembut budi bahasa bukan bererti semuanya ikhlas dan jujur.
  • Ilmu itu penting dan wajib dituntut atau dipelajari.
  • Berwaspada dan berfikir dengan rasional dan waras sebelum bertindak.
  • Berhati-hati dan berwaspada dengan pujuk rayu seseorang.
  • Peka terhadap sesuatu yang berlaku terutama gejala sosial dan bertanggungjawab membanterasnya atau melaporkannya kepada pihak yang berkuasa.
  • .............................



Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Ken untuk mendapatkan nota yang lengkap [sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran/latihan....]


PROSA TRADISONAL : TUJUH PUTERI TURUN KE DUNIA 七仙女下凡

SINOPSIS

  • Tuanku Malim Demam bersembunyi藏 di bawah kawah semasa tujuh orang puteri kayangan仙女 turun ke dunia下凡.....

  • Apabila ketujuh-tujuh puteri itu mandi-manda, Malim Deman menukar dirinya把自己伪装为 menjadi orang tua hodoh丑陋 lalu mengambil baju layang kain layang Tuan Puteri Bongsu.....

  • Puteri Bongsu小仙女 tidak dapat kembali ke kayangan不能回天堂 kerana gagal menemukan pakaian yang diambil oleh Malim Deman.....

  • Puteri Bongsu berjumpa dengan orang tua pengail钓鱼者 yang hodoh lalu bertanya tentang baju layang kain layangnya tetapi tidak dilayan不被理..

  • Akhirnya, pengail itu berpantun. Melalui pantun itu, Puteri Bongsu mengesyaki怀疑 pakaiannya yang hilang itu ada pada pengail. Perkara itu diadukan投诉 kepada Nenek Kebayan....

  • Ketika Puteri Bongsu menumpang借宿 di rumah Nenek Kebayan, pengail hodoh menukarkan dirinya kembali menjadi Malim Deman yang elok rupanya.....

  • Puteri Bongsu pun terpikat被吸引. Nenek Kebayan mengatur安排 pernikahan婚礼 antara Malim Deman dengan Puteri Bongsu. Hiduplah mereka berdua sebagai suami isteri......

Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Ken untuk mendapatkan nota yang lengkap [sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran/latihan....]

PROSA TRADISIONAL TINGKATAN 1: LEBAI MALANG

SINOPSIS


  • Lebai Malang dijemput menghadiri tiga majlis, iaitu menziarahi jenazah, kenduri khatam pengajian, dan kenduri maulid.
  • Setelah bersembahyang Zuhur, Lebai Malang pun berfikir sebelum membuat keputusan.
  • Jika menziarahi jenazah, dia akan menerima sedekah kain putih dan tikar.
  • Jika dia pergi ke majlis khatam pengajian, dia akan dijamu makan dan menerima sedekah.
  • Jika dia pergi ke kenduri maulid, dia akan dijamu makan lempeng penganan.
  • Dia mengambil keputusan untuk menziarahi jenazah terlebih dahulu kerana perbuatan itu bersesuaian dengan sabda Rasulullah.
  • Ketika dia sampai di semua tempat, acara telah pun selesai.
  • Dia hanya diberi sebungkus lempeng ketika sampai di majlis kenduri maulid.
  • Dia berjalan pulang ke rumahnya.
  • Sampai di kampung, dia teringat akan air nira di atas pohon kabung yang belum berambil.
  • Ketika dia mengambil bacuk yang penuh berisi nira, seekor anjing melarikan lempengnya.
  • Lebai Malang membaling anjing itu dengan golok tetapi tidak kena.
  • Dia membaling anjing itu dengan bacuk nira tetapi tidak kena juga.
  • Lebai Malang meluncur turun dari atas pokok lalu mengejar anjing itu.
  • Lebai Malang menanggalkan semua pakaiannya lalu menyumbat lubang kayu itu.
  • Anjing keluar melalui lubang sebelah lagi.
  • Tidak lama selepas itu, dua ekor burung punai terbang menghala kepada Lebai Malang.
  • Lebai Malang berjaya memerangkap burung-burung itu di bawah ketiaknya.
  • Namun, kedua-duanya berjaya melepaskan diri semasa Lebai Malang berusaha menangkapnya.
  • Apabila Lebai Malang sampai di rumah, dia dipukul isterinya dengan kayu api kerana bertelanjang bulat.
  • Dia lari ke dalam kelambu mencari kain lalu duduk memikirkan nasib malang yang menimpanya.
Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Ken untuk mendapatkan nota yang lengkap [ sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran....]

Ken Calculator