PENGUMUMAN

BLOG INI DITERBITKAN UNTUK MEMUDAHKAN ANAK-ANAK MURID SAYA MEMUAT TURUN LATIHAN, NOTA, JAWAPAN CONTOH , RAMALAN DAN MEMBERIKAN CADANGAN. BAHAN-BAHAN DALAM "SUDUT PELAJAR" HANYA UNTUK RUJUKAN MURID-MURID KEN SAHAJA. HAL INI BERLAKU DEMIKIAN KERANA SESETENGAH BAHAN DALAM SUDUT PELAJAR MERUPAKAN BAHAN KAWALAN HAK CIPTA, OLEH ITU SAYA TIDAK BERHAK MENGUMUMKAN BAHAN-BAHAN PILIHAN TERSEBUT. JADI, JANGAN MARAH SEKIRANYA ANDA TIDAK DAPAT MELAYARI "SUDUT PELAJAR". SILA HUBUNGI SAYA MELALUI MSN: kenlee@live.com.my SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU PERMINTAAN. SAYA SEDIA MENOLONG. TERIMA KASIH.



TAKWIM PEPERIKSAAN

Custom Search
PENGUMUMAN TARIKH PEPERIKSAAN AWAM


UPSR 2011
UPSR Ujian Bertulis 13, 14 & 15 September 2011 (3 hari)


PMR 2011
Ujian Bertulis 4-6 Oktober 2011,10 - 11 Oktober 2011 (5 hari)


SPM 2011
AMALI OKTOBER
Ujian Bertulis 14 November - 14 Disember 2011 (16 hari)


STPM 2011
LISAN 20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
BERTULIS 21 November 2011 - 15 Disember 2011

                                           Ken Lee

Monday, May 4, 2009

DRAMA: SERUNAI MALAM oleh Usman Awang

SINOPSIS


Cerita bermula dengan penampilan watak Ibu (Limah) dan anaknya Safiah. Safiah dalam keadaan resah menunggu kedatangan Umar, iaitu tunangnya. Umar sebenarnya telah berjanji akan datang ke rumah keluarga Safiah tepat jam 10.00 pagi tetapi sehingga jam 11.00 pagi belum lagi tiba. Sebenarnya hari itu merupakan hari konvokesyen Umar, seorang graduan universiti dan terlibat dalam beberapa persiapan sehingga terlewat sampai ke rumah keluarga Safiah. Setelah Umar sampai, Safiah memfokuskan perbincangan mengenai kerjaya Umar sama ada menjadi seorang guru, MCS atau Foreign Service.......


Hari yang sama juga ayah dan ibu Umar dijangka akan sampai dari kampung dan terus ke rumah keluarga Safiah. Ayah Umar iaitu Majid tiba dari kampung tanpa bersama isterinya (ibu Umar) kerana terlibat dalam majlis potong jambul di rumah keluarga di kampung mereka. Majid membawa pelbagai buah tangan termasuklan beras baru, hasil daripada usaha sendiri. Kedatangan Majid disambut mesra oleh Safiah dan Ibu. Bagaimanapun Safiah agak kekok melayani bakal bapa mentuanya itu kerana sifat malu-malunya. Ketika ayahnya sampai, Umar tidak berada di situ kerana urusan berkaitan konvokesyennya......


Seketika apabila ayah Umar (Majid) dan ibu Safiah (Limah) tidak bersama mereka, Umar dan Safiah berbual pula berkaitan dengan kerjaya Umar. Kehendak Safiah ialah Umar iaitu bakal suaminya memilih kerjaya sebagai MCS atau Foreign Service supaya terbuka peluang kepadanya untuk ke luar negeri. Umar pula berpendirian tegas untuk menjadi seorang guru. Ketika ini terjadi perselisihan kecil sehingga menyebabkan Safiah rnenangis. Namun, dengan penuh hikmah Umar dapat mempengaruhi, menyedarkan, dan memujuk Safiah agar menerima pendiriannya memilih kerjaya seorang guru. Umar telah membangkitkan peristiwa lama termasuklah kenangan mereka di tepi Selat Teberau. Kedua-duanya tersenyum, mata bertemu saling menyapa dan mengucapkan rasa menguntum di hati mereka. Dari wajah mereka bersinar rasa bahagia dalam menyedut udara dan suasana kasih yang agung. Di pintu tercegat ibu Safiah (Limah) yang tersenyum mengerti, dan lagu 'Serunai Malam' terdengar mengalun menambah keasyikan yang menggembirakan.......




Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Ken untuk mendapatkan nota yang lengkap [sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran/latihan....]


Ken Calculator