SINOPSIS
Cerita ini mengisahkan kehidupan makhluk di angkasa raya yang mengembara hingga ke Bumi untuk mencari saudara kembarnya. Makhluk yang bernama Annyss Sophillea telah berkenalan dengan seorang pemuda dari Bumi bernama Akmal. Walaupun jarak masa Persahabatan tersebut agak singkat namun kedua-dua insan ini begitu akrab yang akhirnya membawa kepada pengorbanan yang tidak terkira nilainya......
Saudara kembar Annyss bernama Eyrique Etiqaz sepatutnya menaiki takhta di Alstonia menggantikan bapa saudara yang memangku sebagai pemerintah selepas kematian bapa mereka........
Malangnya saudara sepupunya bernama Strenn telah menculik Eyrique dengan harapan agar dia dapat menjadi pemerintah Alstonia........
Berbekalkan semangat gigih yang tidak kenal erti putus asa, Annyss berjaya berjumpa saudara kembarnya yang telah diculik oleh Strenn akibat daripada tembakan yang dibuat oleh Akmal. Akmal yang sedia maklum dengan peraturan di Alstonia rela menerima risiko daripada tindakannya itu demi kejayaan sahabatnya untuk mendapatkan haknya sebagai pemerintah di Alstonia.......
Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Ken untuk mendapatkan nota yang lengkap [ sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran....]
PENGUMUMAN
TAKWIM PEPERIKSAAN
Friday, April 3, 2009
CERPEN : ANNYSS SOPHILLEA
Posted by ken at 8:22 PM
CERPEN : MENATAP WAJAHNYA
SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan seorang remaja bernama Muliati. Muliati seorang mahasiswi IPT. Beliau cacat dan tidak mempunyai keluarga melainkan neneknya. Semasa di universiti, Muliati begitu merindui gurunya. Beliau mengharapkan gurunya dapat hadir atau membenarkan perjumpaan antara mereka. Tetapi, gurunya tidak dapat memenuhi permintaan Muliati dengan alasan suaminya tidak mengizinkan. Suaminya mahu dia menumpukan lebih perhatian kepada anak mereka sendiri.
Muliati kembali mengingati zaman persekolahannya. Dia begitu rapat dengan Cikgu Balkis. Sejak dari Tingkatan Dua lagi. Malah, gurunya itu dianggap sebagai ibu kandungnya sendiri. Tambahan lagi, ibu, ayah, dan tiga orang adiknya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang dahsyat. Kecacatan yang menimpa Muliati, menyebabkannya sukar bergerak. Kakinya tempang dan sebelah tangannya kudung berpunca ketika mengikuti ekspedisi Kelab Kembara sekolah. Pada waktu itu, Muliati berada dalam Tingkatan Lima. Kesusahan, kepedihan, dan kekecewaan yang dialaminya menyebabkannya sentiasa mengeluh. Namun, Cikgu Balkis berjaya memujuk hati Muliati dan meredakan kesesakan hidupnya. Begitu juga ketika mendapat tawaran ke IPT, Muliati tidak mengendahkan. Cikgu Balkislah yang memberikan semangat dan dorongan kepadanya supaya terus memburu cita-cita.
Kerinduan yang tidak tertahan terhadap Cikgu Balkis menyebabkan Muliati selalu bergenang air mata. Mujurlah rakannya, Riani, memaharni dan memujuk Muliati supaya bersabar. Neneknya juga memujuk Muliati pada waktu dia kemurungan.
Pada hari konvokesyen, Muliati berharap dapat bertemu dengan Cikgu Balkis sebagai cara ia membalas segala kasih pengorbanan Cikgu Balkis. Namun, Cikgu Balkis hanya mengirim sekeping poskad yang mengatakan beliau sekeluarga sekarang berada di
Posted by ken at 8:19 PM