PENGUMUMAN
BLOG INI DITERBITKAN UNTUK MEMUDAHKAN ANAK-ANAK MURID SAYA MEMUAT TURUN LATIHAN, NOTA, JAWAPAN CONTOH , RAMALAN DAN MEMBERIKAN CADANGAN. BAHAN-BAHAN DALAM "SUDUT PELAJAR" HANYA UNTUK RUJUKAN MURID-MURID KEN SAHAJA. HAL INI BERLAKU DEMIKIAN KERANA SESETENGAH BAHAN DALAM SUDUT PELAJAR MERUPAKAN BAHAN KAWALAN HAK CIPTA, OLEH ITU SAYA TIDAK BERHAK MENGUMUMKAN BAHAN-BAHAN PILIHAN TERSEBUT. JADI, JANGAN MARAH SEKIRANYA ANDA TIDAK DAPAT MELAYARI "SUDUT PELAJAR". SILA HUBUNGI SAYA MELALUI MSN: kenlee@live.com.my SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU PERMINTAAN. SAYA SEDIA MENOLONG. TERIMA KASIH.
[ KE atau PERGI KE ]
KE merupakan kata sendi nama, manakala PERGI merupakan kata kerja Tak Transitif ( KKTK ). Oleh itu, KKTK mesti diikuti dengan Kata Sendi Nama dan Kata Nama untuk membentuk ayat yang lengkap.
Berdasarkan keterangan ini, ayat “ Emak pergi ke pasar” betul kerana mengikut pola ayat Frasa Nama( Emak ) + Kata Kerja Tak Transitif ( pergi ) + kata nama ( pasar ) . Ayat ini boleh menjadi “ Emak ke pasar ” mengikut pola frasa kata nama ( emak ) + frasa sendi nama ( ke pasar ).
Walau bagaimanapun, ayat “Emak pergi pasar” salah, tidak baku serta tidak digunakan dalam situasi rasmi.