SINOPSIS
Anak bayan berkawan dengan anak cerpelai. Persahabatan itu dilarang oleh ibu bapa bayan kerana bimbang anak mereka ditimpa malang. Bapa bayan pun bercerita tentang anak kera yang berkawan dengan anak saudagar kepada anaknya.
Setiap hari anak kera bermain dengan anak saudagar walaupun dilarang ibu bapanya. Pada suatu hari, anak saudagar marah kepada anak kera kerana menghamburkan buah catur setelah kalah dalam permainan itu. Anak kera luka terkena pisau yang ditikam anak saudagar. Anak saudagar pula luka terkena pisau yang dicampakkan anak kera.
Bapa kera melarang anaknya berkawan dengan anak saudagar, tetapi tidak diendahkan. Luka anak saudagar hanya akan sembuh jika memakan hati anak kera. Anak kera itu pun dibunuh demi hatinya.
Cerita itu tidak menginsafkan anak bayan. Pada suatu hari, anak cerpelai diambil oleh seorang kanak-kanak. Hal itu diadukan oleh bapa cerpelai kepada serigala. Serigala menyuruh cerpelai menarik perhatian budak itu kepada sarang bayan. Ternyata budak itu tertarik pada sarang bayan. Lubang sarang bayan ditutup oleh budak itu. Semua bayan berpura-pura mati bila budak itu membuka lubang sarang. Bayan yang 'mati' dibuang ke tanah lalu terbang. Budak itu sangat marah dan berazam untuk membunuh bayan yang masih ada di dalam sarang.
Budak itu tidak jadi membunuh bayan tua kerana bayan tua itu boleh dijual kepada raja untuk mengubati penyakit sopak yang dihidapi raja. Raja membeli bayan dengan harga empat ribu dinar. Penyakit raja sembuh. Bayan pun berrnohon untuk kembali kepada anak bininya yang telah lama ditinggalkan.
Selesai bercerita, hari pun siang. Isteri Khoja Maimun pun membatalkan niat untuk berjumpa dengan kekasihnya. Apabila malam tiba, Bibi Zainab pun bersiap-siap untuk berjumpa dengan kekasihnya. Sekali lagi bayan bercerita untuk melalaikan Bibi Zainab.
Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Ken untuk mendapatkan nota yang lengkap [ sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran....]
PENGUMUMAN
TAKWIM PEPERIKSAAN
Sunday, March 8, 2009
CERITA BAYAN TIADA MENURUT KATA IBU BAPANYA
Posted by ken at 8:05 AM
PROSA TRADISIONAL: PEMINANGAN PUTERI GUNUNG LEDANG
SINOPSIS
Sultan Mahmud ingin beristeri lagi setelah ibu Raja Ahmad meninggal dunia. Baginda inginkan isteri yang luar biasa lalu menitahkan Laksamana dan Sang Setia melaksanakannya. Tun Mamat mengarahkan orang Inderagiri menebas jalan. Laksamana, Sang Setia, dan Tun Mamat bertolak ke Gunung Ledang. Oleh sebab perjalanannya terlalu sukar, Tun Mamat dan beberapa orang yang pantas berjalan sahaja yang sanggup ke puncak gunung itu.
Tiba di puncak gunung, buluh perindu pun berbunyi. Tun Mamat tiba di sebuah taman yang sangat indah. Di taman itu, Tun Mamat bertemu sebuah balai. Perkakas balai itu diperbuat daripada tulang dan atapnya rambut. Tun Mamat berdialog dengan seorang perempuan tua yang duduk di atas balai dan kemudian menyampaikan hajat Sultan Mahmud. Dang Raya Rani (pengetua Tuan Puteri Gunung Ledang) meminta izin untuk bertanya yang empunya diri.
Seorang perempuan tua, bongkok belakangnya, berlipat tiga, menyampaikan syarat-syarat penerimaan pinangan, iaitu satu jambatan emas, satu jambatan perak, hati nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh dulang, air mata setempayan, darah raja semangkuk, dan darah Raja Ahmad semangkuk. Sultan Mahmud sanggup menyediakan kesemuanya kecuali darah Raja Ahmad.
Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Ken untuk mendapatkan nota yang lengkap [ sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran....]
Posted by ken at 7:53 AM