Ramalan Soalan Novel
Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tema dan persoalan novel tersebut.
Tema yang dipaparkan dalam novel Timulak Kapal Perang karya Azmah Nordin ialah keberanian dan semangat cinta akan tanah air seorang gadis yang berjuang mempertahankan tanah kelahirannya daripada campur tangan penjajah Inggeris.
Antara persoalan yang ingin digarap oleh pengarang ialah perjuangan untuk mempertahankan tanah air merupakan tanggungjawab semua pihak. Hal ini dapat dilihat pada watak Andayu yang tetap mahu berjuang bersama-sama dengan orang lain walaupun dia seorang gadis belasan tahun.
Selain itu, usaha menentang penjajah memerlukan perancangan dan sikap bersatu padu. Persoalan ini berkait rapat dengan watak Paduka Mat Salleh yang merancang penentangan dengan teliti. Beliau juga tidak terburu-buru dan mendapat kerjasama daripada semua pihak.
Di samping itu, sikap terburu-buru dalam perjuangan akan mendatangkan kesan tidak baik kepada seseorang. Persoalan ini dipaparkan melalui sikap Pak Cik Tidung yang bertindak terburu-buru mengakibatkan dia ditangkap oleh pihak Inggeris dan nyaris ditembak. Nasibnya baik kerana diselamatkan oleh Datu Paduka Salleh setelah ditahan oleh penjajah di Pulau
Ramalan Soalan Bahagian B
1. Cara-cara untuk melahirkan pelajar cemerlang
2. Cara-cara untuk mendisiplinkan pelajar
3. Bencana alam/penyakit berjangkit
Ramalan Soalan Bahagian C
1. Surat kiriman tidak rasmi
2. Pengalaman
3.
4.
5.
Pelajar Ken sila layari SUDUT PELAJAR KEN untuk Ramalan dan CONTOH JAWAPAN yang lengkap