BLOG INI DITERBITKAN UNTUK MEMUDAHKAN ANAK-ANAK MURID SAYA MEMUAT TURUN LATIHAN, NOTA, JAWAPAN CONTOH , RAMALAN DAN MEMBERIKAN CADANGAN. BAHAN-BAHAN DALAM "SUDUT PELAJAR" HANYA UNTUK RUJUKAN MURID-MURID KEN SAHAJA. HAL INI BERLAKU DEMIKIAN KERANA SESETENGAH BAHAN DALAM SUDUT PELAJAR MERUPAKAN BAHAN KAWALAN HAK CIPTA, OLEH ITU SAYA TIDAK BERHAK MENGUMUMKAN BAHAN-BAHAN PILIHAN TERSEBUT. JADI, JANGAN MARAH SEKIRANYA ANDA TIDAK DAPAT MELAYARI "SUDUT PELAJAR". SILA HUBUNGI SAYA MELALUI MSN: kenlee@live.com.my SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU PERMINTAAN. SAYA SEDIA MENOLONG. TERIMA KASIH.
Cerpen Kerana Manisnya Epal mengisahkan kecekalan dan kesabaran seorang ayah bernama Buchanan dalam mempertahankan kebun epal yang diwarisi dan diusahakannya sekian lama. Buchanan mengusahakan kebun epalnya di Tsolum River Fruit Trees. Dalam mengusahakan kebun epalnya, Buchanan dibantu oleh dua orang anak angkatnya, iaitu Mazlina seorang gadis Melayu yang menuntut dalam jurusan Kesusasteraan Inggeris di Universiti Richmond dan YvonneZakharov Rosenblum gadis Moscow yang mengambil felo dalam bidang Ekologi. Kedua-dua anak angkatnya ini rgjin dan gigih membantunya di kebun epal yang rnenawarkan pelbagai jenis epal.
Buchanan kecewa oleh sikap 5 orang anak kandungnya yang memandang hina usaha gigihnya di kebun epal yang sangat bererti baginya. Tambahan Pula kebun epal itu sangat disayangi oleh isterinya dan diwarisi dari nenek moyangnya. Cucu-cucunya juga tidak menunjukkan minat yang mendalam terhadap kebun epal tersebut.
Buchanan kemudiannya dikejutkan dengan surat rasmi dari pejabat Gabenor yang dibawa oleh Yvonne. Pihak Gabenor mahu mengambil alih kebun epal tersebut dan menolak rayuan mereka sebelum ini. Mazlina dan Yvonne turut kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku. Mereka juga resah dan bimbang dengan perubahan sikap bapa angkat mereka yang banyak mengurung diri di dalam bilik, menatap gambar isterinya, dan tidak mahu makanan. Mereka tahu akan sikap bapa angkat mereka yang keras kepala dan sanggup melakukan apa saja untuk mempertahankan haknya.
Keesokan harinya sewaktu Yvonne dan Mazlina mempertahankan kebun epal daripada diambil oleh orang-orang Jabatan Tanah British Columbia dan beberapa orang pegawai tentera untuk pembinaan lapangan terbang tentera, mereka dikejutkan dengan berita yang dibawa oleh Buchanan. Buchanan menyatakan bahawa rayuan mereka telah diterima oleh Gabenor British Columbiayang turut hadir sama pada ketika itu. Rayuan mereka diterima "Kerana Belle de Boskop. Kerana manisnya Epal".
Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Kenuntuk mendapatkan nota yang lengkap [ sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran....]