PENGUMUMAN

BLOG INI DITERBITKAN UNTUK MEMUDAHKAN ANAK-ANAK MURID SAYA MEMUAT TURUN LATIHAN, NOTA, JAWAPAN CONTOH , RAMALAN DAN MEMBERIKAN CADANGAN. BAHAN-BAHAN DALAM "SUDUT PELAJAR" HANYA UNTUK RUJUKAN MURID-MURID KEN SAHAJA. HAL INI BERLAKU DEMIKIAN KERANA SESETENGAH BAHAN DALAM SUDUT PELAJAR MERUPAKAN BAHAN KAWALAN HAK CIPTA, OLEH ITU SAYA TIDAK BERHAK MENGUMUMKAN BAHAN-BAHAN PILIHAN TERSEBUT. JADI, JANGAN MARAH SEKIRANYA ANDA TIDAK DAPAT MELAYARI "SUDUT PELAJAR". SILA HUBUNGI SAYA MELALUI MSN: kenlee@live.com.my SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU PERMINTAAN. SAYA SEDIA MENOLONG. TERIMA KASIH.



TAKWIM PEPERIKSAAN

Custom Search
PENGUMUMAN TARIKH PEPERIKSAAN AWAM


UPSR 2011
UPSR Ujian Bertulis 13, 14 & 15 September 2011 (3 hari)


PMR 2011
Ujian Bertulis 4-6 Oktober 2011,10 - 11 Oktober 2011 (5 hari)


SPM 2011
AMALI OKTOBER
Ujian Bertulis 14 November - 14 Disember 2011 (16 hari)


STPM 2011
LISAN 20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
BERTULIS 21 November 2011 - 15 Disember 2011

                                           Ken Lee

Saturday, May 15, 2010

MELUNAS RINDU [ Sinopsis / Tema / Persoalan / Watak / Latar / Nilai / Pengajaran ]

MELUNAS RINDU

SINOPSIS

Fuad ialah seorang pemuda yang berketurunan Cina dan beragama Islam. Selain nama Fuad, dia juga memiliki dua nama lain iaitu Joshua dan Abdul Halim. Ayahnya ialah Robert Lim yang berketurunan Cina dan berkahwin dengan Mariana yang berketurunan Melayu. Walau bagaimanapun, hidupnya penuh dengan liku kerana sejak kecil lagi dia tidak mengenali dan tidak mendapat kasih sayang daripada ibu dan bapanya. Dia dibesarkan oleh Peter Lim iaitu bapa saudaranya yang juga adik kepada Robert Lim iaitu ayah kandungnya yang sebenar. Selepas itu dia menjadi anak angkat kepada Pak Ismail dan Mak Salmah. Fuad berusaha untuk mencari kubur ibunya yang disangkanya sudah meninggal dunia. Fuad mendapat sokongan

Fuad yang telah diminta moral daripada Pak Ismail, Mak Salmah, Peter Lim, Swee Lan, dan Robert Lim sendiri memberikan bantuan untuk mengesan ibunya melalui cincin yang diberikan Robert Lim kepada Mariana. Selain itu, Fuad juga dibantu oleh Pak Said dan Pak Ngah Lias untuk mengesan kubur ibunya itu. Akhirnya Fuad mendapat maklumat bahawa ibunya tidak meninggal dunia dan masih hidup. Fuad telah ditawarkan sebagai guru sandaran tidak terlatih di Sekolah Menengah Seri Setia oleh Cikgu Abas. Setelah mempertimbangkan Fuad telah menerima tawaran tersebut. Di sekolah itu Fuad telah berkenalan dengan Farhana yang menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris di sekolah yang sama. Fuad sentiasa memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugasnya dan hubungannya menjadi semakin rapat dengan Farhana. Hubungan yang rapat itu akhirnya melahirkan perasaan cinta yang suci antara mereka berdua. Walau bagaimanapun, perasaan itu terpaksa diubah kerana hubungan mereka sebenarnya adalah sebagai adik-beradik daripada ibu yang sama tetapi berlainan bapa.

Sementara itu Farhana menghadapi konflik dengan Cikgu Zamani di sekolah. Hal ini demikian kerana, Cikgu Zamani selalu mengkritik dan mengutuknya dengan pelbagai kritikan dan kutukan. Farhana pula mengatakan bahawa Cikgu Zamani tidak sepatutnya ponteng kelas dan tidak menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya. Sepatutnya cikgu Zamani melakukan tindakan yang selaras dengan perkara yang dikatakannya. Dia selalu mengatakan orang lain sahaja yang melakukan kesalahan dan kesilapan tetapi tidak menyedari bahawa dia sendiri melakukan kesalahan.

Fuad pula menunjukkan keprihatinannya dengan mengambil berat terhadap Farhana. Sebagai contohnya, Fuad mengajak Farhana menaiki keretanya dan dia menghantar Farhana ke rumah ibu Farhana di Kuantan. Selain itu, Fuad juga menemani Farhana di hospital ketika ibu Farhana, iaitu Mariana yang diserang sakit lelah dimasukkan ke hospital. Ketika berada di hospital itulah Fuad mengetahui bahawa nama emak Farhana itu sama dengan nama ibu kandungnya selepas terpandang nama emak Farhana pada rekod catatan perubatan ibu Farhana.

Fuad terpaksa menenangkan perasaan Farhana yang agak sukar menerima hakikat bahawa mereka berdua ialah adik-beradik. Fuad cukup bersedia untuk menerima hakikat itu kerana dia sudah biasa hidup dalam keadaan yang penuh dengan cabaran dan masalah. Ayah kandung Fuad juga mengesali perbuatan silamnya yang meninggalkan Mariana selepas tiga bulan berkahwin tanpa sebarang berita. Robert Lim memohon maaf daripada Pak Ismail, Mak Salmah dan juga Mariana atas kesalahan-kesalahannya itu. Fuad juga akhirnya menerima hakikat bahawa Robert Lim ialah ayah kandungnya, Mariana sebagai ibu kandungnya dan juga Farhana sebagai adik kandungnya.


TEMA & PERSOALAN

Tema novel Melunas Rindu hasil karya Hartini Hamzah ialah kehidupan seorang mualaf yang menjadi mangsa keadaan dan masih mencari penghidupan baru serta mencari asal usul dirinya, contohnya Fuad tidak sanggup untuk berhadapan dengan bapanya dan bapa saudaranya lagi kerana ingin mencari sesuatu yang beliau rasa belum diperoleh, akhirnya dia mencari pusara ibunya yang membawa kepada penemuan ibu kandung dan seterusnya terpaksa melupakan hasrat untuk berkahwin apabila gadis yang ingin dikahwini itu ialah adiknya sendiri yang berlainan bapa. Sejarah pahit hidupnya berulang apabila buat kali kedua beliau jatuh cinta pada adik sendiri. Rupanya perjalanan hidupnya yang agak perit adalah untuk melunasi rindu yang dicari selama ini.

Persoalan novel Melunas Rindu hasil karya Hartini Hamzah ialah taat pada perintah agama, contohnya misalnya Fuad sentiasa menunaikan solat secara berjemaah. Selain itu persoalan kasih sayang antara ibu dan anak. Contohnya, Mak Salmah sangat menyayangi anak angkatnya Sofia sehingga terlantar di hospital apabila Sofia dilarikan oleh Fuad. Seterusnya sikap tidak amanah, contohnya Cikgu Zamani yang sering ponteng kelas dan menyusahkan anak-anak muridnya untuk menerima pendidikan sebaik mungkin. Di samping itu bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan, contohnya Fuad mendidik anak muridnya dengan bersungguh-sungguh dan sanggup pulang lewat petang untuk memastikan anak didiknya mahir berbahasa Inggeris. Akhir sekali menghargai jasa orang tua, contohnya Fuad menjaga Peter Lim yang rnembesarkannya dengan penuh kasih sayang dan sanggup mengelap muntah bapanya.



WATAK & PERWATAKAN

WATAK UTAMA

Watak utama novel Melunas Rindu hasil karya Hartini Hamzah ialah Joshua yang juga dikenali sebagai Fuad dan Abdul Halim. Fuad merupakan seorang pemuda yang berusia 27 tahun. Dilahirkan sebagai Islam dan dibesarkan dalam keluarga Cina dan kembali semula kepada ajaran Islam setelah berlaku tragedi dalam hidupnya. Anak kepada Robert Lim atau dikenali sebagai Roslan dan Mariana. Anak saudara kepada Peter Lim dan Swee Lan yang disangka bapa kandungnya. Anak angkat Pak Ismail dan Mak Salmah. Fuad memiliki ijazah pengurusan perniagaan dari Amerika Syarikat dan menjadi guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia. Fuad seorang pemuda yang taat kepada perintah agama dengan tidak pernah meninggalkan solat walaupun dia seorang mualaf. Fuad juga mempunyai sikap tanggungjawab dalam memastikan anak muridnya berjaya dalam bahasa Inggeris. Dia juga seorang yang gigih, contohnya beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk mengambil hati Mak Salmah yang sangat membencinya. Seorang yang suka membantu orang lain, contohnya membantu Borhan dalam majlis perkahwinannya dengan menanggung segalaa perbelanjaannya.


WATAK SAMPINGAN

Salah seorang watak sampingan dalam novel Melunas Rindu ialah Farhana. Dia merupakan anak kepada Mariana dan Fakhrudin. Dia memiliki ijazah pendidikan dari London dan mengajar di Sekolah Menengah Seri Setia. Dia mempunyai empat orang adik lelaki. Bapanya telah meninggal dunia. Farhana seorang yang periang. Buktinya Fuad tidak pernah melihat Farhana bermasalah. Farhana juga seorang yang tegas, contohnya menegur sikap Cikgu Zamani yang sering tidak masuk ke kelas. Anak yang bertanggungjawab, contohnya segera pulang ke Kuantan apabila mengetahui ibunya sakit lelah. Seorang yang pandai berjimat cermat, contohnya sewaktu tinggal di London, terpaksa mengikat perut untuk memastikan biasiswanya mencukupi agar tidak menyusahkan ibu bapanya.

LATAR

Latar Masyarakat

Latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat yang berpegang kuat pada ajaran agama, contohnya Pak Ismail, Mak Salmah dan Fuad sentiasa menunaikan solat secara berjemaah. Seterusnya masyarakat yang berperanan sebagai guru, contohnya Cikgu Abas, Cikgu Farhana, Cikgu Zamani, dan Fuad sendiri yang menjadi guru di Sekolah Menengah Seri Setia. Selain itu masyarakat pelbagai bangsa, contohnya keluarga Fuad yang terdiri daripada kaum Cina dan kaum Melayu; bapa Fuad. iaitu Robert Lim berkahwin dengan ibu Fuad, iaitu Mariana. Di samping itu masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar pekerjaan, contohnya Robert Lim ialah ahli pemiagaan, manakala Peter Lim merupakan pengawal keselamatan dan penoreh getah, manakala Fuad sebagai guru, dan bapa Farhana sebagai polls. Akhir sekali masyarakat yang tahu membalas jasa, contohnya Fuad yang membayar yang akan menanggung persekolahan adik sepupunya kerana jasa bapa saudaranya yang telah membesarkannya.

Latar Tempat

Latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah Danau Seberang, contohnya tempat tersebut merupakan tinggal Pak Ismail, Mak Salmah, dan Fuad. Seterusnya, Sekolah Menengah Seri Setia, contohnya tempat Fuad mengajar sebagai guru sandaran. Selain itu Sungai Ruan, contohnya tempat Fuad dibesarkan oleh bapa saudaranya, iaitu Peter Lim. Latar tempat seterusnya ialah di Lembah Klau, contohnya tempat asal ibu Fuad. Seterusnya di Kampung Sedili, contohnya Fuad mencari pusara ibunya di sini kerana kampung ini menjadi tempat tinggal Mariah. Latar tempat lain ialah di Restoran Terapung di Taman Syahbandar, contohnya tempat Fuad dan Farhana singgah untuk meraikan hari lahir Farhana. Di samping itu di Pantai Batu Buruk, contohnya tempat Fuad melayan perasaannya sendiri. Akhir sekali di Hospital Tengku Ampuan Afzan, contohnya tempat ibu Farhana dirawat kerana penyakit lelah.


Latar Masa

Latar masa berkisar pada awalnya ketika berlaku rusuhan kaum 1969. Ketika itu berlaku pergaduhan antara kaum menyebabkan sukar untuk Mariana mencari anaknya yang dilarikan, iaitu Abdul Halim. Seterusnya setelah 27 tahun usia Fuad, barulah dia mengetahui nama sebenarnya ialah Abdul Halim. Seterusnya, latar masa pada waktu pagi, contohnya Fuad keluar dari rumahnya pada awal pagi untuk melaporkan diri sebagai guru sandaran di Sekolah Mcnengah Seri Setia. Selain itu, pada waktu senja, contohnya Mak Salmah menegur Fuad yang pulang menghampiri waktu maghrib merisaukan Pak Ismail. Di samping itu pada waktu malam, contohnya apabila Fuad menghantar anak Borhan yang demam panas ke klinik. Selanjutnya pada waktu tengah hari, contohnya apabila Fuad terus makan tengah hari di rumah demi menjaga perasaan Mak Salmah. Latar masa seterusnya pada waktu awal pagi, contohnya sebelum subuh apabila Fuad dan Farhana bertolak ke Terengganu dari Kuantan untuk ke sekolah mereka. Akhir sekali pada waktu petang, contohnya Fuad mengajar bahasa Inggeris sehingga lewat petang selam dua hingga tiga jam selepas tamat sesi persekolahan.


NILAI MURNI

Antara nilai yang terdapat dalam novel Melunas Rindu hasil karya Hartini Hamzah ialah kasih sayang, contohnya Mariana sangat menyayangi Abdul Halim, iaitu anaknya yang dilarikan oleh Ah Sok dan sentiasa merinduinya. Selain itu tanggungjawab, contohnya tanggungjawab yang harus dipikul oleh guru-guru dalam mendidik anak murid supaya berjaya seperti ditunjukkan oleh watak Fuad dan Farhana. Seterusnya kegigihan, contohnya kegigihan Swee Lan mengambil alih tugas ketua kcluarga setelah Peter Lim sakit demi membesarkan anak-anak mereka yang masih bersekolah. Di samping itu keikhlasan, contohnya Fuad membantu membawa anak Borhan yang demam panas ke klinik walaupun sudah lewat malam. Selain itu kerjasama, contohnya Farhana dan Fuad sering bekerjasama untuk meningkatkan pencapaian anak didik mereka dalam bahasa Inggeris. Selanjutnya rasional, contohnya Fuad memujuk dirinya agar menerima dengan reda bahawa gadis yang dicintainya, Farhana merupakan adik kandungnya.


PENGAJARAN

Antara pengajaran yang terdapat dalam novel Melunas Rindu hasil karya Hartini Hamzah ialah kita mesti mengerjakan suruhan Tuhan, contohnya Fuad tidak pernah meninggalkan solat walaupun dalam musafir dan rajin membaca Al-Quran serta Fuad juga rajin solat berjemaah. Selain itu kita wajib mesti menghormati orang yang membesarkan kita, contohnya Fuad menghormati Peter Lim yang telah membesarkannya dengan menjaganya dengan baik sewaktu Peter Lim sakit. Seterusnya kita hendaklah mengamalkan semangat kerjasama dalam pasukan, contohnya Farhana dan Fuad berusaha keras dalam Panitia Bahasa Inggeris untuk memastikan murid-murid berjaya dalam subjek yang agak sukar itu dan sering berbincang untuk meningkatkan prestasi murid-murid. Selanjutnya kita perlulah menerima takdir yang telah ditentukan, contohnya Fuad dan Farhana mula dapat menerima bahawa mereka adalah adik-beradik dalam tempoh yang agak singkat. Seterusnya kita mesti berusaha untuk memperoleh sesuatu yang diinginkan, contohnya Fuad berusaha untuk mencari ibu kandungnya yang disangka telah meninggal dunia. Akhir sekali kita mesti mengenang jasa. contohnya Fuad membayar yuran Ah Soh dan membuka akaun untuk adik sepupunya sebagai mengenang jasa Peter Lim dan Swee Lan.


Pelajar saya sila layari Sudut Pelajar Ken untuk soalan contoh, jawapan contoh , nota yang lebih lengkap.


Ken Calculator