PENGUMUMAN

BLOG INI DITERBITKAN UNTUK MEMUDAHKAN ANAK-ANAK MURID SAYA MEMUAT TURUN LATIHAN, NOTA, JAWAPAN CONTOH , RAMALAN DAN MEMBERIKAN CADANGAN. BAHAN-BAHAN DALAM "SUDUT PELAJAR" HANYA UNTUK RUJUKAN MURID-MURID KEN SAHAJA. HAL INI BERLAKU DEMIKIAN KERANA SESETENGAH BAHAN DALAM SUDUT PELAJAR MERUPAKAN BAHAN KAWALAN HAK CIPTA, OLEH ITU SAYA TIDAK BERHAK MENGUMUMKAN BAHAN-BAHAN PILIHAN TERSEBUT. JADI, JANGAN MARAH SEKIRANYA ANDA TIDAK DAPAT MELAYARI "SUDUT PELAJAR". SILA HUBUNGI SAYA MELALUI MSN: kenlee@live.com.my SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU PERMINTAAN. SAYA SEDIA MENOLONG. TERIMA KASIH.



TAKWIM PEPERIKSAAN

Custom Search
PENGUMUMAN TARIKH PEPERIKSAAN AWAM


UPSR 2011
UPSR Ujian Bertulis 13, 14 & 15 September 2011 (3 hari)


PMR 2011
Ujian Bertulis 4-6 Oktober 2011,10 - 11 Oktober 2011 (5 hari)


SPM 2011
AMALI OKTOBER
Ujian Bertulis 14 November - 14 Disember 2011 (16 hari)


STPM 2011
LISAN 20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
BERTULIS 21 November 2011 - 15 Disember 2011

                                           Ken Lee

Tuesday, April 21, 2009

CERPEN : HIKAYAT MAT JENIN oleh Mohd. Ismail Sardini

SINOPSIS

Mat Jenin sentiasa dirundung malang. Pada usia lima tahun, bapa dan emaknya meninggal dunia. Pada usia tujuh tahun, neneknya pula meninggal dunia. Datuknya menasihati Mat Jenin supaya rajin belajar dan tidak mewarisi kerja sebagai pemanjat kelapa. Di sekolah, Mat Jenin menjadi bahan ejekan kawan-kawannya. Mat Jenin lulus SRP dengan keputusan yang baik tetapi dia bertekad hendak berhenti sekolah......



Mat Jenin memulakan kerjaya warisan keluarga, iaitu sebagai pemanjat kelapa dan penjual kelapa muda. Langkah pertamanya gagal. Cikgu Rosh membawa Mat Jenin bekerja di restoran milik abangnya, Haji Sapudin di kota. Selama lima tahun Mat Jenin bekerja dengan jujur dan mempelajari selok-belok perniagaan daripada Haji Sapudin. Kemudian, Mat Jenin berjava membuka restorannya sendiri......


Selepas menerbitkan iklan dalam akhbar, perniagaan Mat Jenin semakin maju. Hal itu menarik perhatian penulis rencana akhbar Sinaran Kota, Raja Nor Mustaqimah untuk menulis rencana tentang kejayaan Mat Jenin. Selepas tersiarnya rencana itu, orang ramai mula mengetahui wujudnya Mat Jenin moden yang berjaya dalam bidang perniagaan. Mat Jenin akhirnya berkahwin dengan Raja Nor Mustaqimah. Mereka dikurniai anak lelaki pada hari perasmian Restoran Mat Jenin cawangan ketiga oleh seorang menteri di Bandar K......


Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Ken untuk mendapatkan nota yang lengkap [sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran/latihan....]


Ken Calculator