PENGUMUMAN

BLOG INI DITERBITKAN UNTUK MEMUDAHKAN ANAK-ANAK MURID SAYA MEMUAT TURUN LATIHAN, NOTA, JAWAPAN CONTOH , RAMALAN DAN MEMBERIKAN CADANGAN. BAHAN-BAHAN DALAM "SUDUT PELAJAR" HANYA UNTUK RUJUKAN MURID-MURID KEN SAHAJA. HAL INI BERLAKU DEMIKIAN KERANA SESETENGAH BAHAN DALAM SUDUT PELAJAR MERUPAKAN BAHAN KAWALAN HAK CIPTA, OLEH ITU SAYA TIDAK BERHAK MENGUMUMKAN BAHAN-BAHAN PILIHAN TERSEBUT. JADI, JANGAN MARAH SEKIRANYA ANDA TIDAK DAPAT MELAYARI "SUDUT PELAJAR". SILA HUBUNGI SAYA MELALUI MSN: kenlee@live.com.my SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU PERMINTAAN. SAYA SEDIA MENOLONG. TERIMA KASIH.



TAKWIM PEPERIKSAAN

Custom Search
PENGUMUMAN TARIKH PEPERIKSAAN AWAM


UPSR 2011
UPSR Ujian Bertulis 13, 14 & 15 September 2011 (3 hari)


PMR 2011
Ujian Bertulis 4-6 Oktober 2011,10 - 11 Oktober 2011 (5 hari)


SPM 2011
AMALI OKTOBER
Ujian Bertulis 14 November - 14 Disember 2011 (16 hari)


STPM 2011
LISAN 20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
BERTULIS 21 November 2011 - 15 Disember 2011

                                           Ken Lee

Tuesday, March 17, 2009

PERMOHONAN SEMAK SEMULA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2008

Kepada Cynthia Chong dari Seremban, sila cuba 'link' di bawah untuk semakan semula.


Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari daripada tarikh keputusan diumumkan.

Klik SEMAK SEMULA SPM2008 untuk keterangan lanjut.

Terima kasih kerana mengunjungi laman blog saya, semoga berjaya.

PROSA TRADISIONAL : SIKAP TERBURU-BURU MEMBAWA PADAH

SINOPSIS

Setelah suaminya Barga Singa dibunuh Maharaja Rawana, Sura Pandaki menyuruh anaknya, Darsa Singa bertapa di dalam rumpun buluh. Sura Pandaki berulang-alik ke situ untuk menghantar makanan. Pada suatu hari, Laksamana telah terpenggal leher Darsa Singa.
Sura Pandaki menjadikan dirinya seorang perempuan yang sangat cantik. Dia cuba menggoda Seri Rama tetapi tidak dilayan, sebaliknya disuruh berjumpa Laksamana. Laksamana enggan melayannya. Sura Pandaki bertukar menjadi raksasa, menangkap Laksamana, dan menerbangkannya. Laksamana memarang hidung Sura Pandaki hingga rompong.
Kejadian itu diketahui Rawana. Rawana dibawa dua raksasa menyeberangi laut ke tanah besar. Rawana menyuruh raksasa Teki menjadi kijang emas dan raksasa Martanja menjadi kijang perak. Kedua-dua kijang itu berjaya menarik perhatian Sita. Rama meninggalkan Sita kepada Laksamana untuk menangkap kijang-kijang itu.

Laksamana terdengar suara Rama meminta tolong. Sebelum keluar mencari Rama, Laksamana `memagar kawasan' tempat tinggal Sita dengan cara menggores tanah dengan jarinya. Sepeninggalan Laksamana, Rawana bertukar rupa menjadi Brahman lalu memohon suatu pemberian daripada Sita. Rawana tidak dapat mengambil bunga pemberian Sita kerana `pagar' Laksamana. Apabila Sita mengeluarkan tangannya dari kawasan itu, Rawana menyeretnya dan membawanya terbang dengan rata. Jentayu cuba menghalang tetapi gagal.
Rama mengetahui kehilangan Sita setelah pulang bersama Laksamana membawa kijang-kijang yang telah dipanahnya. Mereka pun mencari Sita Dewi.

Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Ken untuk mendapatkan nota yang lengkap [ sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran....]

PROSA TRADISIONAL : PERTARUNGAN TUAH DAN JEBAT

SINOPSIS

Hang Jebat telah mengamuk dan membunuh banyak orang kerana menuntut bela `kematian' Hang Tuah. Dia telah menawan istana, bersuka ria di istana, dan berrnukah dengan dayang-dayang yang disukainya. Hang Tuah yang disembunyikan oleh Bendahara telah dipanggil untuk menghapuskan penderhakaan Hang Jebat itu.

Sebelum bertarung, Hang Jebat meninggalkan pesan supaya Hang Tuah memelihara anak hasil permukahannya dengan Dang Baru jika anak itu lelaki, jika anak itu perempuan terpulanglah kepada ibunya .Hang Tuah dan Hang Jebat bertarung dalam istana. Mereka terpaksa bertarung di atas talam besar kerana penduduk Melaka mencucuk senjata masing-masing dari bawah lantai. Akhirnya, Hang Jebat dapat dikalahkan oleh Hang Tuah.


URUTAN PERISTIWA (PLOT)

  • Plot petikan itu berlangsung secara kronologi.

  • Peringkat permulaan mengisahkan Hang Jebat yang mengamuk telah membunuh banyak orang dan sedang menduduki istana.

  • Perkembangan cerita diisi dengan konflik. Hang Jebat dituduh derhaka kerana menentang tuannya. Manakala Hang Tuah sebagai wira merupakan orang yang taat setianya kepada raja tidak berbelah bagi. Konflik berakhir dengan pertarungan.

  • Cerita mencapai kemuncaknya apabila Hang Jebat berjaya dikalahkan oleh Hang Tuah dan menemui ajalnya.

Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Ken untuk mendapatkan nota yang lengkap [ sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran....]



Ken Calculator