PENGUMUMAN

BLOG INI DITERBITKAN UNTUK MEMUDAHKAN ANAK-ANAK MURID SAYA MEMUAT TURUN LATIHAN, NOTA, JAWAPAN CONTOH , RAMALAN DAN MEMBERIKAN CADANGAN. BAHAN-BAHAN DALAM "SUDUT PELAJAR" HANYA UNTUK RUJUKAN MURID-MURID KEN SAHAJA. HAL INI BERLAKU DEMIKIAN KERANA SESETENGAH BAHAN DALAM SUDUT PELAJAR MERUPAKAN BAHAN KAWALAN HAK CIPTA, OLEH ITU SAYA TIDAK BERHAK MENGUMUMKAN BAHAN-BAHAN PILIHAN TERSEBUT. JADI, JANGAN MARAH SEKIRANYA ANDA TIDAK DAPAT MELAYARI "SUDUT PELAJAR". SILA HUBUNGI SAYA MELALUI MSN: kenlee@live.com.my SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU PERMINTAAN. SAYA SEDIA MENOLONG. TERIMA KASIH.



There was an error in this gadget

TAKWIM PEPERIKSAAN

Custom Search
PENGUMUMAN TARIKH PEPERIKSAAN AWAM


UPSR 2011
UPSR Ujian Bertulis 13, 14 & 15 September 2011 (3 hari)


PMR 2011
Ujian Bertulis 4-6 Oktober 2011,10 - 11 Oktober 2011 (5 hari)


SPM 2011
AMALI OKTOBER
Ujian Bertulis 14 November - 14 Disember 2011 (16 hari)


STPM 2011
LISAN 20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
BERTULIS 21 November 2011 - 15 Disember 2011

                                           Ken Lee

Tuesday, October 21, 2008

RAMALAN BAHASA MALAYSIA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2008
[ Tingkatan 4 ]

Kertas 1

1. warga tua
2. alam sekitar
3. hutan
4. surat
5. peribahasa


Kertas 2

Novel :
1. watak
2. tema
3. pengajaran




________________________________________________




RAMALAN KARANGAN BAHAGIAN BERGAMBAR PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2008 [ Tingkatan 1 & 2 zon A/B ]

1. Hobi
2. Penyakit Berjangkit
3. Pencemaran
4. Jenayah
5. Sukan
6. Gaya hidup yang sihat

RAMALAN KARANGAN PANJANG PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
2008 [ Tingkatan 1 & 2 Zon A/B ]


CARA-CARA UNTUK MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

Amalan gaya hidup sihat amat penting dalam kehidupan seharian. Menurut kajian, kira-kira satu perempat atau dua puluh lima peratus masyarakat Malaysia mengalami masalah berat badan yang berlebihan atau lebih dikenali sebagai obesiti. Hal ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat. Kita sebenarnya harus makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.

Antara langkah yang boleh dipraktikkan untuk kekal sihat adalah dengan melakukan hobi yang menyihatkan badan seperti memasak, melancong, membaca, dan melukis. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat mengembangkan bakat semula jadi yang terpendam dalam diri. Contoh hobi luaran yang boleh dilakukan untuk kekal sihat adalah seperti bersenam, mendaki gunung, berkayak, bersilat, sukan bermotor, dan memancing. Aktiviti ini mampu menyihatkan serta mencergaskan badan kita secara efektif. Bak kata orang, otak yang cerdas ada pada badan yang sihat.

Selain itu, kita perlu mengamalkan corak pemakanan yang seimbang. Hal ini demikian kerana badan kita memerlukan zat serta vitamin yang secukupnya untuk kekal sihat seperti karbohidrat, protein, vitamin, dan kalsium. Kita harus sedar akan maksud peribahasa manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dibuang dan amalkan dalam tabiat pemakanan kita. .Di samping makan makanan yang berkhasiat, kita juga perlu menjauhi makanan yang memudaratkan kesihatan seperti makanan yang terlalu berlemak, berminyak serta mengandungi garam dan gula yang berlebihan. Kata orang, 'sediakan payung sebelum hujan'.

Dalam pada itu, kesihatan juga harus dijaga bagi mengelakkan sebarang penyakit yang berbahaya seperti kencing manis, darah tinggi, dan sakit jantung. Dengan bersenam, kita dapat mengeluarkan peluh serta bahan-bahan toksik yang tidak berguna daripada badan. Menurut kajian sains, aktiviti bersenam dapat melancarkan pengaliran darah. Kita dinasihati untuk bersenam sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu, bak kata pepatah, 'alah bisa, tegal biasa'.

Seterusnya, aktiviti-aktiviti yang memudaratkan diri sendiri seperti menghisap rokok, minum minuman keras, menghidu gam, dan menagih dadah perlu dielakkan. Kempen 'Katakan Tak Nak kepada Rokok' diharapkan dapat membuka mata serta minda rakyat tentang bahaya rokok. Kajian menunjukkan bahawa dalam sebatang rokok mengandungi bahan yang berbahaya seperti nikotin dan tar. Seharusnya kita 'beringat sementara belum kena, berjimat sementara belum habis'. Janganlah 'sudah terhantuk baru tengadah'.

Rakyat juga perlu menjaga kebersihan kawasan kediaman dan alam sekitar untuk menjaga kesihatan. Perkara ini tidak seharusnya dipandang ringan kerana kebersihan turut mempengaruhi kesihatan anggota masyarakat. Masyarakat yang sihat lahir daripada persekitaran yang sihat. Alam sekitar dan kawasan kediaman yang kotor mendedahkan diri kita kepada pelbagai jenis penyakit.

Sebagai konklusinya, kesihatan yang baik menjadi pemangkin kepada segala-galanya. Gaya hidup yang sihat mencerminkan keperibadian yang cergas, cerdas, dan jauh daripada seribu satu penyakit. Amalan gaya hidup sihat boleh mengurangkan kadar penyakit di negara seiring dengan slogan, 'rakyat sihat, hidup ceria'.







Ken Calculator

TeleMessage SMS Sender