SINOPSIS
Mun, seekor kucing berusaha mencari makanan kerana perutnya lapar. Mun dicaci dan disepak kerana dianggap kotor. Mun dipukul dan dihalau oleh pemilik gerai makanan kerana mengganggu pelanggan-pelanggan yang sedang makan. Mun hairan akan sikap manusia yang tidak bersimpati kepadanya. Ketika Mun mencuba mendapatkan makanan di dalam tong sampah, Mun diserang pula oleh anjing yang garang.
Di sebuah rumah yang besar, Mun bertemu dengan Jonny, seekor kucing peliharaan yang besar dan cantik. Jonny dikurung di dalam kandang dan dipelihara dengan baik oleh tuannya. Bagi Mun, Jonny amat bertuah kerana makanannya, kebersihannya, dan kesihatannya diurus dengan sempurna oleh tuannya. Mun pula melarat hidupnya. Sungguhpun demikian, sebenarnya, Jonny sedih kerana hidupnya tidak bebas. Jonny ingin hidup bebas seperti Mun. Mun pula ingin hidup senang seperti Jonny. Jonny ingin keluar dari kandang besi dan Mun bersetuju untuk menggantikan tempat Jonny.
Semasa Mun berusaha membuka kandang besi, Mun dipukul dan disepak oleh tuan Jonny. Mun terpaksa lari menyelamatkan diri walaupun badannya cedera. Mun semakin lemah, akhirnya pengsan. Sebuah kereta berhenti. Mun mendapat simpati daripada orang yang turun dari kereta itu. Mun dibawa ke klinik haiwan.
Akhirnya..........
Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Ken untuk mendapatkan nota yang lengkap [ sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran....]