PENGUMUMAN

BLOG INI DITERBITKAN UNTUK MEMUDAHKAN ANAK-ANAK MURID SAYA MEMUAT TURUN LATIHAN, NOTA, JAWAPAN CONTOH , RAMALAN DAN MEMBERIKAN CADANGAN. BAHAN-BAHAN DALAM "SUDUT PELAJAR" HANYA UNTUK RUJUKAN MURID-MURID KEN SAHAJA. HAL INI BERLAKU DEMIKIAN KERANA SESETENGAH BAHAN DALAM SUDUT PELAJAR MERUPAKAN BAHAN KAWALAN HAK CIPTA, OLEH ITU SAYA TIDAK BERHAK MENGUMUMKAN BAHAN-BAHAN PILIHAN TERSEBUT. JADI, JANGAN MARAH SEKIRANYA ANDA TIDAK DAPAT MELAYARI "SUDUT PELAJAR". SILA HUBUNGI SAYA MELALUI MSN: kenlee@live.com.my SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU PERMINTAAN. SAYA SEDIA MENOLONG. TERIMA KASIH.



TAKWIM PEPERIKSAAN

Custom Search
PENGUMUMAN TARIKH PEPERIKSAAN AWAM


UPSR 2011
UPSR Ujian Bertulis 13, 14 & 15 September 2011 (3 hari)


PMR 2011
Ujian Bertulis 4-6 Oktober 2011,10 - 11 Oktober 2011 (5 hari)


SPM 2011
AMALI OKTOBER
Ujian Bertulis 14 November - 14 Disember 2011 (16 hari)


STPM 2011
LISAN 20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
BERTULIS 21 November 2011 - 15 Disember 2011

                                           Ken Lee

Sunday, April 26, 2009

CERPEN : BUDI YANG TAK TERBELI oleh KHADIJAH HASHIM

SINOPSIS

Mengisahkan pengorbanan hati budi seorang ibu tua, Jemah terhadap anaknya, Murni. Kisah bermula dengan persetujuan ibu tua itu yang menerima pelawaan anaknya Murni untuk tinggal bersarna-sama dengannya di bandar. Sebagai orang kampung, Jemah telah biasa melakukan pelbagai kerja kampung dan setibanya di rumah anaknya itu kehidupannya serba tidak kena. Bagi Murni pula, dia berharap agar ibunya dapat duduk-duduk berehat di rumahnya tanpa perlu memikirkan kerja-kerja hariannya lagi. Pada pendapat Murni sudah sampai masanya dia membalas jasa dan pengorbanan ibu tua itu terhadapnya......


Namun begitu kesibukan anak menantunya bekerja menyebabkan Jemah sering tinggal sendiri. Hal ini menyebabkan dia sentiasa teringat akan kampung halamannya. Dia menjadi risau kerana tidak bekerja. Hal ini menyebabkan lekas tangannya mencapai tajak dan menajak rumput di sekeliling rumah anak menantunya itu. Hatinya benar-benar puas dan tidak sabar-sabar menunggu kepulangan anak menantunya itu. Namun, setelah lama menunggu akhirnya dia terdengar akan suara orang marah-marah. Dia tidak menyangka bahawa perbuatannya menajak rumput di sekeliling rumah telah menimbulkan kemarahan menantunya. Namun begitu Murni, sebagai seorang anak yang bersopan tetap mempertahankan ibunya walaupun disindir oleh suaminya......


Setelah orang gaji anaknya pulang, sekali lagi Jemah termangu‑mangu di rumah tidak tahu apa yang perlu dibuat. Sebaik terpandangkan sebatang anak mempelam, dia teringatkan anaknya Murni yang begitu gemarkan asam mempelam jeruk. Tanpa membuang masa dia terus terburu-buru mencapai parang pendek dan menebang pokok ketapang di hadapan rumah anaknya itu. Tempatnya itu digantikan dengan anak asam mempelam. Kepulangan menantunya sekali lagi dipenuhi dengan suara kemarahan akibat perbuatannya itu......


Jemah kemudiannya mengambil keputusan untuk pulang semula ke kampung halamannya. Hatinya lebih senang tinggal di kampung. Walaupun ibunya tinggal di kampung, anaknya Murni tetap tidak lupa untuk mengirimkan wang kepada ibunya. Tindakannya itu sering mendapat tentangan daripada suaminya yang berpendapat bahawa tidak perlu isterinya memberikan bantuan kepada mentuanya itu kerana hasil tanaman dan ternakan mentuanya di kampung sudah cukup untuk menampung penghidupan mentuanya. Sikap yang ditunjukkan oleh Jamal kadang kala menyebabkan Murni hampir-hampir hilang sabar namun hanya dipendamkannya sahaja......


Suatu hari mereka menerima telegram daripada ibu di kampung yang meminta mereka pulang segera. Jamal terus berprasangka buruk terhadap mentuanya. Setibanya di kampung barulah mereka mengetahui hal yang sebenarnya. Tidak disangka oleh mereka ibu tua itu sanggup membelikan sekeping tanah untuk mereka dengan wang kiriman yang dikumpulkan oleh Murni dan ditokok tambah oleh wang sakunya sendiri. Murni dan Jamal terpegun dengan pengorbanan kasih dan budi ibunya.....


Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Ken untuk mendapatkan nota yang lengkap [sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran/latihan....]

Ken Calculator