PENGUMUMAN

BLOG INI DITERBITKAN UNTUK MEMUDAHKAN ANAK-ANAK MURID SAYA MEMUAT TURUN LATIHAN, NOTA, JAWAPAN CONTOH , RAMALAN DAN MEMBERIKAN CADANGAN. BAHAN-BAHAN DALAM "SUDUT PELAJAR" HANYA UNTUK RUJUKAN MURID-MURID KEN SAHAJA. HAL INI BERLAKU DEMIKIAN KERANA SESETENGAH BAHAN DALAM SUDUT PELAJAR MERUPAKAN BAHAN KAWALAN HAK CIPTA, OLEH ITU SAYA TIDAK BERHAK MENGUMUMKAN BAHAN-BAHAN PILIHAN TERSEBUT. JADI, JANGAN MARAH SEKIRANYA ANDA TIDAK DAPAT MELAYARI "SUDUT PELAJAR". SILA HUBUNGI SAYA MELALUI MSN: kenlee@live.com.my SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU PERMINTAAN. SAYA SEDIA MENOLONG. TERIMA KASIH.



TAKWIM PEPERIKSAAN

Custom Search
PENGUMUMAN TARIKH PEPERIKSAAN AWAM


UPSR 2011
UPSR Ujian Bertulis 13, 14 & 15 September 2011 (3 hari)


PMR 2011
Ujian Bertulis 4-6 Oktober 2011,10 - 11 Oktober 2011 (5 hari)


SPM 2011
AMALI OKTOBER
Ujian Bertulis 14 November - 14 Disember 2011 (16 hari)


STPM 2011
LISAN 20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
BERTULIS 21 November 2011 - 15 Disember 2011

                                           Ken Lee

Friday, April 10, 2009

PROSA TRADISIONAL TINGKATAN 1: LEBAI MALANG

SINOPSIS


  • Lebai Malang dijemput menghadiri tiga majlis, iaitu menziarahi jenazah, kenduri khatam pengajian, dan kenduri maulid.
  • Setelah bersembahyang Zuhur, Lebai Malang pun berfikir sebelum membuat keputusan.
  • Jika menziarahi jenazah, dia akan menerima sedekah kain putih dan tikar.
  • Jika dia pergi ke majlis khatam pengajian, dia akan dijamu makan dan menerima sedekah.
  • Jika dia pergi ke kenduri maulid, dia akan dijamu makan lempeng penganan.
  • Dia mengambil keputusan untuk menziarahi jenazah terlebih dahulu kerana perbuatan itu bersesuaian dengan sabda Rasulullah.
  • Ketika dia sampai di semua tempat, acara telah pun selesai.
  • Dia hanya diberi sebungkus lempeng ketika sampai di majlis kenduri maulid.
  • Dia berjalan pulang ke rumahnya.
  • Sampai di kampung, dia teringat akan air nira di atas pohon kabung yang belum berambil.
  • Ketika dia mengambil bacuk yang penuh berisi nira, seekor anjing melarikan lempengnya.
  • Lebai Malang membaling anjing itu dengan golok tetapi tidak kena.
  • Dia membaling anjing itu dengan bacuk nira tetapi tidak kena juga.
  • Lebai Malang meluncur turun dari atas pokok lalu mengejar anjing itu.
  • Lebai Malang menanggalkan semua pakaiannya lalu menyumbat lubang kayu itu.
  • Anjing keluar melalui lubang sebelah lagi.
  • Tidak lama selepas itu, dua ekor burung punai terbang menghala kepada Lebai Malang.
  • Lebai Malang berjaya memerangkap burung-burung itu di bawah ketiaknya.
  • Namun, kedua-duanya berjaya melepaskan diri semasa Lebai Malang berusaha menangkapnya.
  • Apabila Lebai Malang sampai di rumah, dia dipukul isterinya dengan kayu api kerana bertelanjang bulat.
  • Dia lari ke dalam kelambu mencari kain lalu duduk memikirkan nasib malang yang menimpanya.
Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Ken untuk mendapatkan nota yang lengkap [ sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran....]

Ken Calculator