SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan seorang remaja bernama Muliati. Muliati seorang mahasiswi IPT. Beliau cacat dan tidak mempunyai keluarga melainkan neneknya. Semasa di universiti, Muliati begitu merindui gurunya. Beliau mengharapkan gurunya dapat hadir atau membenarkan perjumpaan antara mereka. Tetapi, gurunya tidak dapat memenuhi permintaan Muliati dengan alasan suaminya tidak mengizinkan. Suaminya mahu dia menumpukan lebih perhatian kepada anak mereka sendiri.
Muliati kembali mengingati zaman persekolahannya. Dia begitu rapat dengan Cikgu Balkis. Sejak dari Tingkatan Dua lagi. Malah, gurunya itu dianggap sebagai ibu kandungnya sendiri. Tambahan lagi, ibu, ayah, dan tiga orang adiknya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang dahsyat. Kecacatan yang menimpa Muliati, menyebabkannya sukar bergerak. Kakinya tempang dan sebelah tangannya kudung berpunca ketika mengikuti ekspedisi Kelab Kembara sekolah. Pada waktu itu, Muliati berada dalam Tingkatan Lima. Kesusahan, kepedihan, dan kekecewaan yang dialaminya menyebabkannya sentiasa mengeluh. Namun, Cikgu Balkis berjaya memujuk hati Muliati dan meredakan kesesakan hidupnya. Begitu juga ketika mendapat tawaran ke IPT, Muliati tidak mengendahkan. Cikgu Balkislah yang memberikan semangat dan dorongan kepadanya supaya terus memburu cita-cita.
Kerinduan yang tidak tertahan terhadap Cikgu Balkis menyebabkan Muliati selalu bergenang air mata. Mujurlah rakannya, Riani, memaharni dan memujuk Muliati supaya bersabar. Neneknya juga memujuk Muliati pada waktu dia kemurungan.
Pada hari konvokesyen, Muliati berharap dapat bertemu dengan Cikgu Balkis sebagai cara ia membalas segala kasih pengorbanan Cikgu Balkis. Namun, Cikgu Balkis hanya mengirim sekeping poskad yang mengatakan beliau sekeluarga sekarang berada di