PENGUMUMAN

BLOG INI DITERBITKAN UNTUK MEMUDAHKAN ANAK-ANAK MURID SAYA MEMUAT TURUN LATIHAN, NOTA, JAWAPAN CONTOH , RAMALAN DAN MEMBERIKAN CADANGAN. BAHAN-BAHAN DALAM "SUDUT PELAJAR" HANYA UNTUK RUJUKAN MURID-MURID KEN SAHAJA. HAL INI BERLAKU DEMIKIAN KERANA SESETENGAH BAHAN DALAM SUDUT PELAJAR MERUPAKAN BAHAN KAWALAN HAK CIPTA, OLEH ITU SAYA TIDAK BERHAK MENGUMUMKAN BAHAN-BAHAN PILIHAN TERSEBUT. JADI, JANGAN MARAH SEKIRANYA ANDA TIDAK DAPAT MELAYARI "SUDUT PELAJAR". SILA HUBUNGI SAYA MELALUI MSN: kenlee@live.com.my SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU PERMINTAAN. SAYA SEDIA MENOLONG. TERIMA KASIH.



There was an error in this gadget

TAKWIM PEPERIKSAAN

Custom Search
PENGUMUMAN TARIKH PEPERIKSAAN AWAM


UPSR 2011
UPSR Ujian Bertulis 13, 14 & 15 September 2011 (3 hari)


PMR 2011
Ujian Bertulis 4-6 Oktober 2011,10 - 11 Oktober 2011 (5 hari)


SPM 2011
AMALI OKTOBER
Ujian Bertulis 14 November - 14 Disember 2011 (16 hari)


STPM 2011
LISAN 20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
BERTULIS 21 November 2011 - 15 Disember 2011

                                           Ken Lee

Wednesday, May 20, 2009

Ramalan Kertas 2 Bahasa Malaysia Stampin


Ramalan Soalan Novel


Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tema dan persoalan novel tersebut.


Tema yang dipaparkan dalam novel Timulak Kapal Perang karya Azmah Nordin ialah keberanian dan semangat cinta akan tanah air seorang gadis yang berjuang mempertahankan tanah kelahirannya daripada campur tangan penjajah Inggeris.


Antara persoalan yang ingin digarap oleh pengarang ialah perjuangan untuk mempertahankan tanah air merupakan tanggungjawab semua pihak. Hal ini dapat dilihat pada watak Andayu yang tetap mahu berjuang bersama-sama dengan orang lain walaupun dia seorang gadis belasan tahun.


Selain itu, usaha menentang penjajah memerlukan perancangan dan sikap bersatu padu. Persoalan ini berkait rapat dengan watak Paduka Mat Salleh yang merancang penentangan dengan teliti. Beliau juga tidak terburu-buru dan mendapat kerjasama daripada semua pihak.


Di samping itu, sikap terburu-buru dalam perjuangan akan mendatangkan kesan tidak baik kepada seseorang. Persoalan ini dipaparkan melalui sikap Pak Cik Tidung yang bertindak terburu-buru mengakibatkan dia ditangkap oleh pihak Inggeris dan nyaris ditembak. Nasibnya baik kerana diselamatkan oleh Datu Paduka Salleh setelah ditahan oleh penjajah di Pulau Gaya.




Ramalan Soalan Bahagian B


1. Cara-cara untuk melahirkan pelajar cemerlang

2. Cara-cara untuk mendisiplinkan pelajar

3. Bencana alam/penyakit berjangkit



Ramalan Soalan Bahagian C


1. Surat kiriman tidak rasmi

2. Pengalaman

3.

4.

5.



Pelajar Ken sila layari SUDUT PELAJAR KEN untuk Ramalan dan CONTOH JAWAPAN yang lengkap






Ken Calculator

TeleMessage SMS Sender