Sinopsis
Cikgu Bustam menyuruh murid-murid Tahun Enam Kenanga menulis karangan yang bertajuk "Saya Sayang Ayah". Semua muriddigalakkan berbincang, tetapi hal itu tidak menggembirakan
Angamah. Angamah tidak tahu apa yang harus ditulisnya. Diateringat akan ayah tirinya yang bengis, yang tanpa belas kasihan memukulnya dengan kayu, rotan, dan tali pinggang. Sudah berkali-kali dia dipukul teruk oleh ayah tirinya itu. Malah, Angamah selalu dipersalahkan apabila adik-adiknya menangis. Emaknya tidak pernah menolongnya. Angamah pernah tidak pergi ke sekolah selama tiga hari kerana menderita kesakitan dibelasah oleh ayahnya.
Cikgu Bustam memanggil Angamah kerana dia tidak menghantar buku karangan. Angamah hanya menangis tanpa memberitahukan masalah sebenar yang dihadapinya. Pada suatu pagi, Cikgu Bustam mendapati Angamah dalam kesakitan. Angamah dibawa berjumpa dengan Guru Besar. Angamah menceritakan penderitaan yang ditanggungnya akibat daripada deraan ayah tirinya. Guru Besar hendak membuat laporan polis. Tiba-tiba dua orang anggota polis datang. Angamah dibawa ke hospital. Angamah dimaklumkan bahawa ayahnya mati akibat kemalangan di tempat kerja. Angamah menangis. Angamah tetap sayang akan ayahnya.