PENGUMUMAN

BLOG INI DITERBITKAN UNTUK MEMUDAHKAN ANAK-ANAK MURID SAYA MEMUAT TURUN LATIHAN, NOTA, JAWAPAN CONTOH , RAMALAN DAN MEMBERIKAN CADANGAN. BAHAN-BAHAN DALAM "SUDUT PELAJAR" HANYA UNTUK RUJUKAN MURID-MURID KEN SAHAJA. HAL INI BERLAKU DEMIKIAN KERANA SESETENGAH BAHAN DALAM SUDUT PELAJAR MERUPAKAN BAHAN KAWALAN HAK CIPTA, OLEH ITU SAYA TIDAK BERHAK MENGUMUMKAN BAHAN-BAHAN PILIHAN TERSEBUT. JADI, JANGAN MARAH SEKIRANYA ANDA TIDAK DAPAT MELAYARI "SUDUT PELAJAR". SILA HUBUNGI SAYA MELALUI MSN: kenlee@live.com.my SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU PERMINTAAN. SAYA SEDIA MENOLONG. TERIMA KASIH.



TAKWIM PEPERIKSAAN

Custom Search
PENGUMUMAN TARIKH PEPERIKSAAN AWAM


UPSR 2011
UPSR Ujian Bertulis 13, 14 & 15 September 2011 (3 hari)


PMR 2011
Ujian Bertulis 4-6 Oktober 2011,10 - 11 Oktober 2011 (5 hari)


SPM 2011
AMALI OKTOBER
Ujian Bertulis 14 November - 14 Disember 2011 (16 hari)


STPM 2011
LISAN 20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
BERTULIS 21 November 2011 - 15 Disember 2011

                                           Ken Lee

Friday, February 27, 2009

PROSA TRADISIONAL : PAK KADOK

SINOPSIS

Kisah ini berlaku di negeri Chempaka Seri, yang diperintah oleh raja yang bernama Indera Sari. Baginda sangat suka menyabung ayam sehingga rakyatnya turut asyik dan leka berjudi dengan bersabung ayam.

Pada suatu hari, Pak Kadok teringin hendak menyabung ayam di gelanggang raja. Dia ingin menyabung ayamnya, iaitu Si Kunani.

Pak Kadok menyuruh isterinya membuat baju daripada kertas. Walaupun ditempelak oleh isterinya, namun Pak Kadok tetap dengan kehendaknya. Oleh sebab ingin cepat siap, Pak Kadok melarang isterinya menjahit pakaian tersebut tetapi sebaliknya melekatkannya sahaja.

Apabila dilihat oleh raja akan ayam Pak Kadok yang sangat bertuah, maka baginda pun menukarkan ayam baginda Si Jalak dengan Si Kunani dengan alasan Si Kunani kurang bertuah jika dibandingkan dengan Si Jalak.

Oleh sebab terlalu percayakan raja serta hormat dan taat kepada raja, maka Pak Kadok tanpa berfikir panjang menerima permintaan baginda untuk bertukar ayam. Pak Kadok menggadaikan kampung halaman kepada raja dengan nilai 50 rial untuk dijadikan wang pertaruhan.

Apabila perlawanan sabung ayam itu dilangsungkan, Si Jalak telah ditewaskan oleh Si Kunani. Pak Kadok yang menyangka Si Kunani masih miliknya, melompat-lompat kegembiraan. Akibatnya, tanpa disedari baju kertasnya koyak-rabak sehingga akhirnya Pak Kadok bertelanjang bulat. Apabila menyedari dia sudah berbogel serta ditertawakan orang, dia pun lari pulang ke rumah.

Begitulah kisah malang Pak Kadok, ayamnya menang bersabung tetapi kampungnya yang tergadai.


Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Ken untuk mendapatkan nota yang lengkap [ sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran....]

Ken Calculator