PENGUMUMAN

BLOG INI DITERBITKAN UNTUK MEMUDAHKAN ANAK-ANAK MURID SAYA MEMUAT TURUN LATIHAN, NOTA, JAWAPAN CONTOH , RAMALAN DAN MEMBERIKAN CADANGAN. BAHAN-BAHAN DALAM "SUDUT PELAJAR" HANYA UNTUK RUJUKAN MURID-MURID KEN SAHAJA. HAL INI BERLAKU DEMIKIAN KERANA SESETENGAH BAHAN DALAM SUDUT PELAJAR MERUPAKAN BAHAN KAWALAN HAK CIPTA, OLEH ITU SAYA TIDAK BERHAK MENGUMUMKAN BAHAN-BAHAN PILIHAN TERSEBUT. JADI, JANGAN MARAH SEKIRANYA ANDA TIDAK DAPAT MELAYARI "SUDUT PELAJAR". SILA HUBUNGI SAYA MELALUI MSN: kenlee@live.com.my SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU PERMINTAAN. SAYA SEDIA MENOLONG. TERIMA KASIH.



There was an error in this gadget

TAKWIM PEPERIKSAAN

Custom Search
PENGUMUMAN TARIKH PEPERIKSAAN AWAM


UPSR 2011
UPSR Ujian Bertulis 13, 14 & 15 September 2011 (3 hari)


PMR 2011
Ujian Bertulis 4-6 Oktober 2011,10 - 11 Oktober 2011 (5 hari)


SPM 2011
AMALI OKTOBER
Ujian Bertulis 14 November - 14 Disember 2011 (16 hari)


STPM 2011
LISAN 20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
BERTULIS 21 November 2011 - 15 Disember 2011

                                           Ken Lee

Friday, February 20, 2009

DRAMA SERUNAI MALAM


Drama Serunai Malam mengisahkan Umar dan tunangnya bernama Safiah. Umar menemui Safiah di universiti lalu mereka berdua saling jatuh cinta. Pertemuan bermula ketika majlis meraikan junior dan pada waktu tersebut lagu Serunai Malam diputarkan, Umar memberitahu Safiah dia akan mengambil diploma pendidikan untuk menjadi guru. Pada mulanya, Safiah tidak bersetuju dengan cadangan Umar kerana mahu Umar bekerja sebagai pegawai kerajaan (MSC) atau pegawai di Kementerian Luar Negeri (Foreign Service). Bagaimanapun, Umar tetap dengan pendirian untuk menjadi guru dengan alasan dia berminat untuk menjadi guru agar dapat berbakti kepada masyarakat di kampungnya. Pada masa itu tidak banyak graduan universiti menjadi guru dan negara sedang mengalami kekurangan guru. Babak seterusnya ialah kedatangan ayah Umar, Majid ke rumah Safiah untuk melihat Majlis Konvokesyen Umar. Ibunya tidak dapat hadir kerana ada kenduri potong jambul di kampung. Majid membawa beras baru, petai dan tempoyak sebagai buah tangan dan makanan tersebut kegemaran Umar. Ibu Safiah menyambut kedatangan Majid dan memberi layanan yang baik. Dia meminta Safiah menghidangkan air untuk Majid. Mereka berbual tentang hajat Majid dan isterinya yang hendak ke Mekah.Majid berhasrat menjual tanah dusun yang berdekatan hutan kerana banyak orang yang telah bertanya. Majid pula tidak pernah dapat merasa hasil kebunnya akibat dimakan kera. Majid terkejut melihat bakal menantunya, Safiah yang berpakaian seksi iaitu berseluar ketat. Majid meluahkan perasaannya kepada Umar dan Umar berjanji akan mengubah penampilan Safiah apabila berkahwin kelak. Safiah terus memujuk Umar bekerja di Kementerian Luar Negeri tetapi Umar tetap dengan keputusannya untuk menjadi guru di kampungnya. Umar kemudiannya, menceritakan kesusahan hidupnya pada waktu dulu iaitu ayahnya hanya bekerja sebagai penebang pokok di dalam hutan manakala ibunya tidak bekerja. Umar pergi ke sekolah berkaki ayam dan tidak membawa wang saku. Dia selalu ke sekolah dengan perut kosong dan berjalan kaki ke sekolah.Umar menjelaskan kepada Safiah bahawa dia perlu menjadi guru untuk membangunkan masyarakat di kampungnya. Safiah akhirnya mengalah dan bersetuju agar Umar menjadi guru. Umar teringat semula peristiwa masa lalu bersama-sama Safiah dan teringat akan lagu Serunai Malam yang menjadi kegemaran mereka.


Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Ken untuk mendapatkan nota yang lengkap [ sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran....]

Ken Calculator

TeleMessage SMS Sender