SINOPSIS
Sultan Mahmud ingin beristeri lagi setelah ibu Raja Ahmad meninggal dunia. Baginda inginkan isteri yang luar biasa lalu menitahkan Laksamana dan Sang Setia melaksanakannya. Tun Mamat mengarahkan orang Inderagiri menebas jalan. Laksamana, Sang Setia, dan Tun Mamat bertolak ke Gunung Ledang. Oleh sebab perjalanannya terlalu sukar, Tun Mamat dan beberapa orang yang pantas berjalan sahaja yang sanggup ke puncak gunung itu.
Tiba di puncak gunung, buluh perindu pun berbunyi. Tun Mamat tiba di sebuah taman yang sangat indah. Di taman itu, Tun Mamat bertemu sebuah balai. Perkakas balai itu diperbuat daripada tulang dan atapnya rambut. Tun Mamat berdialog dengan seorang perempuan tua yang duduk di atas balai dan kemudian menyampaikan hajat Sultan Mahmud. Dang Raya Rani (pengetua Tuan Puteri Gunung Ledang) meminta izin untuk bertanya yang empunya diri.
Seorang perempuan tua, bongkok belakangnya, berlipat tiga, menyampaikan syarat-syarat penerimaan pinangan, iaitu satu jambatan emas, satu jambatan perak, hati nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh dulang, air mata setempayan, darah raja semangkuk, dan darah Raja Ahmad semangkuk. Sultan Mahmud sanggup menyediakan kesemuanya kecuali darah Raja Ahmad.
Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Ken untuk mendapatkan nota yang lengkap [ sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran....]