SINOPSIS
Hang Jebat telah mengamuk dan membunuh banyak orang kerana menuntut bela `kematian' Hang Tuah. Dia telah menawan istana, bersuka ria di istana, dan berrnukah dengan dayang-dayang yang disukainya. Hang Tuah yang disembunyikan oleh Bendahara telah dipanggil untuk menghapuskan penderhakaan Hang Jebat itu.
Sebelum bertarung, Hang Jebat meninggalkan pesan supaya Hang Tuah memelihara anak hasil permukahannya dengan Dang Baru jika anak itu lelaki, jika anak itu perempuan terpulanglah kepada ibunya .Hang Tuah dan Hang Jebat bertarung dalam istana. Mereka terpaksa bertarung di atas talam besar kerana penduduk Melaka mencucuk senjata masing-masing dari bawah lantai. Akhirnya, Hang Jebat dapat dikalahkan oleh Hang Tuah.
URUTAN PERISTIWA (PLOT)
- Plot petikan itu berlangsung secara kronologi.
- Peringkat permulaan mengisahkan Hang Jebat yang mengamuk telah membunuh banyak orang dan sedang menduduki istana.
- Perkembangan cerita diisi dengan konflik. Hang Jebat dituduh derhaka kerana menentang tuannya. Manakala Hang Tuah sebagai wira merupakan orang yang taat setianya kepada raja tidak berbelah bagi. Konflik berakhir dengan pertarungan.
- Cerita mencapai kemuncaknya apabila Hang Jebat berjaya dikalahkan oleh Hang Tuah dan menemui ajalnya.
Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Ken untuk mendapatkan nota yang lengkap [ sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran....]