PENGUMUMAN

BLOG INI DITERBITKAN UNTUK MEMUDAHKAN ANAK-ANAK MURID SAYA MEMUAT TURUN LATIHAN, NOTA, JAWAPAN CONTOH , RAMALAN DAN MEMBERIKAN CADANGAN. BAHAN-BAHAN DALAM "SUDUT PELAJAR" HANYA UNTUK RUJUKAN MURID-MURID KEN SAHAJA. HAL INI BERLAKU DEMIKIAN KERANA SESETENGAH BAHAN DALAM SUDUT PELAJAR MERUPAKAN BAHAN KAWALAN HAK CIPTA, OLEH ITU SAYA TIDAK BERHAK MENGUMUMKAN BAHAN-BAHAN PILIHAN TERSEBUT. JADI, JANGAN MARAH SEKIRANYA ANDA TIDAK DAPAT MELAYARI "SUDUT PELAJAR". SILA HUBUNGI SAYA MELALUI MSN: kenlee@live.com.my SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU PERMINTAAN. SAYA SEDIA MENOLONG. TERIMA KASIH.



TAKWIM PEPERIKSAAN

Custom Search
PENGUMUMAN TARIKH PEPERIKSAAN AWAM


UPSR 2011
UPSR Ujian Bertulis 13, 14 & 15 September 2011 (3 hari)


PMR 2011
Ujian Bertulis 4-6 Oktober 2011,10 - 11 Oktober 2011 (5 hari)


SPM 2011
AMALI OKTOBER
Ujian Bertulis 14 November - 14 Disember 2011 (16 hari)


STPM 2011
LISAN 20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
BERTULIS 21 November 2011 - 15 Disember 2011

                                           Ken Lee

Tuesday, March 17, 2009

PROSA TRADISIONAL : SIKAP TERBURU-BURU MEMBAWA PADAH

SINOPSIS

Setelah suaminya Barga Singa dibunuh Maharaja Rawana, Sura Pandaki menyuruh anaknya, Darsa Singa bertapa di dalam rumpun buluh. Sura Pandaki berulang-alik ke situ untuk menghantar makanan. Pada suatu hari, Laksamana telah terpenggal leher Darsa Singa.
Sura Pandaki menjadikan dirinya seorang perempuan yang sangat cantik. Dia cuba menggoda Seri Rama tetapi tidak dilayan, sebaliknya disuruh berjumpa Laksamana. Laksamana enggan melayannya. Sura Pandaki bertukar menjadi raksasa, menangkap Laksamana, dan menerbangkannya. Laksamana memarang hidung Sura Pandaki hingga rompong.
Kejadian itu diketahui Rawana. Rawana dibawa dua raksasa menyeberangi laut ke tanah besar. Rawana menyuruh raksasa Teki menjadi kijang emas dan raksasa Martanja menjadi kijang perak. Kedua-dua kijang itu berjaya menarik perhatian Sita. Rama meninggalkan Sita kepada Laksamana untuk menangkap kijang-kijang itu.

Laksamana terdengar suara Rama meminta tolong. Sebelum keluar mencari Rama, Laksamana `memagar kawasan' tempat tinggal Sita dengan cara menggores tanah dengan jarinya. Sepeninggalan Laksamana, Rawana bertukar rupa menjadi Brahman lalu memohon suatu pemberian daripada Sita. Rawana tidak dapat mengambil bunga pemberian Sita kerana `pagar' Laksamana. Apabila Sita mengeluarkan tangannya dari kawasan itu, Rawana menyeretnya dan membawanya terbang dengan rata. Jentayu cuba menghalang tetapi gagal.
Rama mengetahui kehilangan Sita setelah pulang bersama Laksamana membawa kijang-kijang yang telah dipanahnya. Mereka pun mencari Sita Dewi.

Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Ken untuk mendapatkan nota yang lengkap [ sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran....]

Ken Calculator