SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan watak Junid, seorang kanak-kanak yang berusia enam tahun. Junid sangat akrab dan sangat menyayangi lembu peliharaan keluarganya yang dinamakan Pusaran. Junid tidak dapat berpisah dengan Pusaran. Junid menjaga Pusaran dengan baik sekali. Junid tidak membenarkan bapanya mencucuk hidung Pusaran. Pusaran dilepas dengan bebas tanpa diikat. Junid suka bermain dengan Pusaran.....
Junid mempunyai persamaan dengan Pusaran iaitu, jika Pusaran sakit, Junid pun turut sakit. Seorang bomoh buta, Pak Cik Kar mengatakan bahawa Junid dan Pusaran adalah adik-beradik. Kata-kata bomoh itu dipercayai oleh orang-orang kampung. Bapa Junid, Mohsin dan ibunya Musalmah cuba memisahkan Junid dengan menghantar Junid ke sekolah namun keakraban Junid dengan Pusaran tidak juga luntur......
Pada musim Raya Haji, Mohsin telah mengambil tindakan dengan menjual Pusaran kepada Tuan Haji Subki. Apabila mendapati Pusaran tiada, Junid menangis dan meraung seluruh kampung sambil mencari Pusaran. Junid berjumpa dengan kumpulan orang kampung yang sedang bersiap untuk menyembelih Pusaran. Junid terus memeluk Pusaran dan meminta dirinya dibunuh sama. Kejadian itu menyebabkan Tuan Haji Subki membatalkan niat untuk menyembelih Pusaran dan menasihati Mohsin supaya berbincang dengan Junid sebelum membuat keputusan. Mohsin berjanji tidak akan memisahkan Junid dengan Pusaran......
Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Ken untuk mendapatkan nota yang lengkap [sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran/latihan....]
PENGUMUMAN
BLOG INI DITERBITKAN UNTUK MEMUDAHKAN ANAK-ANAK MURID SAYA MEMUAT TURUN LATIHAN, NOTA, JAWAPAN CONTOH , RAMALAN DAN MEMBERIKAN CADANGAN. BAHAN-BAHAN DALAM "SUDUT PELAJAR" HANYA UNTUK RUJUKAN MURID-MURID KEN SAHAJA. HAL INI BERLAKU DEMIKIAN KERANA SESETENGAH BAHAN DALAM SUDUT PELAJAR MERUPAKAN BAHAN KAWALAN HAK CIPTA, OLEH ITU SAYA TIDAK BERHAK MENGUMUMKAN BAHAN-BAHAN PILIHAN TERSEBUT. JADI, JANGAN MARAH SEKIRANYA ANDA TIDAK DAPAT MELAYARI "SUDUT PELAJAR". SILA HUBUNGI SAYA MELALUI MSN: kenlee@live.com.my SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU PERMINTAAN. SAYA SEDIA MENOLONG. TERIMA KASIH.
TAKWIM PEPERIKSAAN
Custom Search
Sunday, April 19, 2009
CERPEN TINGKATAN 5: PUSARAN oleh S. Othman Kelantan
Posted by ken at 4:08 AM
Ken Calculator