PENGUMUMAN

BLOG INI DITERBITKAN UNTUK MEMUDAHKAN ANAK-ANAK MURID SAYA MEMUAT TURUN LATIHAN, NOTA, JAWAPAN CONTOH , RAMALAN DAN MEMBERIKAN CADANGAN. BAHAN-BAHAN DALAM "SUDUT PELAJAR" HANYA UNTUK RUJUKAN MURID-MURID KEN SAHAJA. HAL INI BERLAKU DEMIKIAN KERANA SESETENGAH BAHAN DALAM SUDUT PELAJAR MERUPAKAN BAHAN KAWALAN HAK CIPTA, OLEH ITU SAYA TIDAK BERHAK MENGUMUMKAN BAHAN-BAHAN PILIHAN TERSEBUT. JADI, JANGAN MARAH SEKIRANYA ANDA TIDAK DAPAT MELAYARI "SUDUT PELAJAR". SILA HUBUNGI SAYA MELALUI MSN: kenlee@live.com.my SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU PERMINTAAN. SAYA SEDIA MENOLONG. TERIMA KASIH.



TAKWIM PEPERIKSAAN

Custom Search
PENGUMUMAN TARIKH PEPERIKSAAN AWAM


UPSR 2011
UPSR Ujian Bertulis 13, 14 & 15 September 2011 (3 hari)


PMR 2011
Ujian Bertulis 4-6 Oktober 2011,10 - 11 Oktober 2011 (5 hari)


SPM 2011
AMALI OKTOBER
Ujian Bertulis 14 November - 14 Disember 2011 (16 hari)


STPM 2011
LISAN 20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
BERTULIS 21 November 2011 - 15 Disember 2011

                                           Ken Lee

Friday, April 10, 2009

PROSA TRADISIONALTINGKATAN 2 : BATU oleh Rahman Shaari

SINOPSIS


Iskandar bertemu dengan Mazlan di kaki lima sebatang jalan. Mazlan bertanyakan Iskandar arah ke Jalan Raja Angkasa, tetapi Iskandar tidak tahu. Zainol hadir pada situasi itu dan bertanyakan tujuan Mazlan hendak ke Jalan Raja Angkasa. Mazlan menerangkan tujuan dan hasratnya. Hal ini mengundang minat Zainol untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang batu gandapuri.....


Di dalam sebuah restoran, Mazlan menunjukkan akan kehebatan batu gandapuri kepada Iskandar dan Zainol. Zainol berminat untuk membeli batu tersebut. Ketika Zainol pergi mendapatkan wang di bank, Mazlan menawarkan batu hikmat itu kepada Iskandar dengan harga yang lebih rendah dengan alasan dia tidak menyenangi dan menyukai sikap Zainol.....


Iskandar bersetuju membelinya. Iskandar pergi ke Jalan Melaka untuk bertemu sahabatnya, Malik. Kehebatan batu ajaib itu diceritakan oleh Iskandar kepada Malik yang merupakan bekas pelajar Tingkatan Enam Sains. Malik menerangkan sebab dan akibat bagaimana batu gandapuri itu boleh bergerak menurut kaedah sains. Iskandar sedar dia cuba ditipu oleh Mazlan.....


Iskandar kembali ke restoran tempat Mazlan menunggunya. Iskandar diajar mantera untuk menjampi batu gandapuri. Malik datang bersama kawannya yang turut ingin membeli batu ganda puri itu. Mazlan akhirnya ditangkap oleh anggota polis yang menyamar sebagai pembeli tersebut atas dakwaan cuba menipu.....



MESEJ

  • Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
  • Lembut budi bahasa bukan bererti semuanya ikhlas dan jujur.
  • Ilmu itu penting dan wajib dituntut atau dipelajari.
  • Berwaspada dan berfikir dengan rasional dan waras sebelum bertindak.
  • Berhati-hati dan berwaspada dengan pujuk rayu seseorang.
  • Peka terhadap sesuatu yang berlaku terutama gejala sosial dan bertanggungjawab membanterasnya atau melaporkannya kepada pihak yang berkuasa.
  • .............................



Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Ken untuk mendapatkan nota yang lengkap [sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran/latihan....]


Ken Calculator