PENGUMUMAN

BLOG INI DITERBITKAN UNTUK MEMUDAHKAN ANAK-ANAK MURID SAYA MEMUAT TURUN LATIHAN, NOTA, JAWAPAN CONTOH , RAMALAN DAN MEMBERIKAN CADANGAN. BAHAN-BAHAN DALAM "SUDUT PELAJAR" HANYA UNTUK RUJUKAN MURID-MURID KEN SAHAJA. HAL INI BERLAKU DEMIKIAN KERANA SESETENGAH BAHAN DALAM SUDUT PELAJAR MERUPAKAN BAHAN KAWALAN HAK CIPTA, OLEH ITU SAYA TIDAK BERHAK MENGUMUMKAN BAHAN-BAHAN PILIHAN TERSEBUT. JADI, JANGAN MARAH SEKIRANYA ANDA TIDAK DAPAT MELAYARI "SUDUT PELAJAR". SILA HUBUNGI SAYA MELALUI MSN: kenlee@live.com.my SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU PERMINTAAN. SAYA SEDIA MENOLONG. TERIMA KASIH.



There was an error in this gadget

TAKWIM PEPERIKSAAN

Custom Search
PENGUMUMAN TARIKH PEPERIKSAAN AWAM


UPSR 2011
UPSR Ujian Bertulis 13, 14 & 15 September 2011 (3 hari)


PMR 2011
Ujian Bertulis 4-6 Oktober 2011,10 - 11 Oktober 2011 (5 hari)


SPM 2011
AMALI OKTOBER
Ujian Bertulis 14 November - 14 Disember 2011 (16 hari)


STPM 2011
LISAN 20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
BERTULIS 21 November 2011 - 15 Disember 2011

                                           Ken Lee

Tuesday, February 24, 2009

Cerpen Tingkatan 2 : Tina

Sinopsis


Cerpen ini mengisahkan seorang remaja lelaki bernama Haidi. Dia mempunyai seorang adik perempuan bernama Sutina(ringkasnya Tina). Namun begitu adik yang sangat disayanginya itu telah meninggal dunia ketika kecil kerana menghidap sakit jantung. Kehilangan Tina begitu dirasainya.

Kenangan suka duka bersama Tina muncul kembali dalam ingatan Haidi apabila dia bersua dengan seorang pelajar perempuan bernama Kursiah yang mirip wajah dan perwatakan Tina di sekolah barunya. Setelah beberapa kali berusaha untuk bertemu muka dengan Kursiah, akhirnya Haidi dapat juga berbual dengan Kursiah walaupun tidak mendapat layanan yang mesra sewaktu rehat di kantin sekolah.

Pada hari sukan, Haidi dapat bertemu dan berbual sekali lagi dengan Kursiah yang kebetulan satu rumah sukan dengannya. Kursiah merupakan pelari jarak jauh. Haidi sangat gembira kerana Kursiah mula melayannya. Dia membayangkan adiknya Tina kalau masih hidup tentulah sebaya Kursiah juga. Haidi sempat mencabar Kursiah dengan hadiah RM5.00 jika berjaya menjadi johan dan disambut baik oleh Kursiah.

Kursiah akhirnya berjaya menjadi johan, membuatkan Haidi berasa sangat gembira dan teringatkan adiknya Tina. Namun begitu Haidi terkejut dan tiba-tiba menjadi tidak bermaya apabila melihat Kursiah diusung di atas tandu dengan muka yang biru. Haidi meraung dan menjerit supaya Kursiah segera dihantar ke hospital. Dia tidak mahu kejadian yang menimpa adik kesayangannya, Tina terjadi kepada Kursiah pula. Dalam keadaan lemah itu Haidi berdoa agar Kursiah tidak mati dan dapat menjadi pengganti adiknya, Tina.


Plot

Permulaan

Dalam cerpen "Tina", cerita dimulakan dengan kenangan watak "`aku" terhadap pertemuannya dengan seorang pelajar perem­puan yang seakan-akan adiknya, Tina yang telah meninggal dunia. Kesan peristiwa itu, dia teringat akan adiknya Tina yang telah pengsan ketika bermain layang-layang. Dalam peristiwa ini digambarkan Tina sebagai watak kanak-kanak periang dan bercita-cita tinggi. Ketika pengsan Tina mengalami tanda-tanda sakit jantung.

Perkembangan

Cerita berkembang menerusi usaha Haidi untuk bersua muka dengan Kursiah. Kali pertama dia gagal kerana gadis itu berjaya melarikan diri. Kali kedua dia dapat berbual dengan gadis ter­sebut di kantin sekolah walaupun tidak mendapat layanan baik daripadanya. Akhirnya, dia dapat berbual mesra dengan gadis tersebut ketika Hari Sukan kerana dia serumah dengan gadis itu. Gadis itu menyertai acara lari jarak jauh manakala Haidi pula menyertai acara lompat tinggi.


Klimaks


Klimaks cerita berada pada -peristiwa gadis tersebut pengsan setelah memenangi acara 5 000 meter. Haidi begitu terkejut dan takut kalau-kalau gadis tersebut akan meninggal dunia seperti adiknya, Tina.


Peleraian


Cerita diakhiri dengan Haidi teringat akan adiknya Tina yang diusung keluar dari ambulans, diikuti dengan tangisan keluarga dan orang-orang kampung. Haidi pula tidak jadi menyertai acara lompat tinggi kerana badannya lemah dan terpaksa di­papah setelah melihat peristiwa yang dialami oleh gadis ter­sebut. Namun begitu, Haidi tetap berdoa agar gadis itu tidak meninggal dunia dan dapat menjadi pengganti adiknya, Tina.


Imbas kembali


Dalam mengembangkan plot, pengarang menggunakan teknik imbas kembali untuk mengemukakan kenangan Haidi terhadap adiknya, Tina. Pengarang turut memasukkan unsur konflik pada watak Haidi, iaitu Haidi berasa sedih dan sering teringat akan peri­stiwa bersama adik kesayangannya yang telah meninggal dunia dan ketika dia berhadapan dengan gadis yang seakan-akan adiknya yang tiba-tiba pengsan setelah menyertai perlumbaan lari jarak jauh.

Ada sedikit unsur saspens dalam cerpen ini, iaitu pada awal cerita di mana pembaca tertanya-tanya siapakah sebenarnya "aku" yang dikemukakan pada awal cerita ini. Pembaca juga tertanya­tanya berjayakah "aku" berjumpa dengan gadis tersebut dan ter­tanya-tanya sama ada gadis tersebut dapat diselamatkan atau tidak ketika dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.



Pelajar Ken sila kunjungi Sudut Pelajar Ken untuk mendapatkan nota yang lengkap [ sinopsis/plot/watak/perwatakan/tema/persoalan/gaya bahasa/latar/nilai/pengajaran....]

Ken Calculator

TeleMessage SMS Sender